Blogger Templates

Thursday, August 11, 2011

POLKA DOT..


assalamualaikum semua..maaf da lama tidak menulis pada bulan Ramadhan yg sungguh mulia ini.banyak halangan dan kerja yang perlu dilaksanakan pada bulan ini..memandangkan musim perayaan hampir tiba banyak kain menanti untuk dijahit.maka saya terus menyepi tapi buat seketika sahaja. ada apa ye dengan satatement title di atas.polka dot? apakah polka dot tu?polka dot ialah sejenis corak yang berbentuk bulat dengan pelbagai warna. seingat saya zaman saya kecil lagi terkenal jugak corak ni pada ketika itu.tapi walaupun zaman semakin moden tetapi tren polka dot kembali lagi menyerikan dunia fesyen sekarang.buktinya lihat sahaja ramai gadis-gadis memakai pelbagai jenis aksesori dan pakaian dari corak polka dot ini.teringat zaman kanak-kanak dahulu.saya juga suka memakai baju polka dot.tiap kali pakai baju kurung mesti nak jugak pakai baju kurung polka dot.tak tau la nape tapi mungkin kain cotton membuatkan saya rasa selasa untuk memakainya dan tahan lasak.kalau mak suruh pakai baju kurung lain mesti nak jugak pakai baju kurung polka dot merah tu.sampaikan makcik saya gelarkan saya "kak bintik".mateh dan maksu suka sangat mengusik saya pada masa itu.saya sangat marah ketika itu.yela nama pun budak-budak kan.kena usik skit mula la nak marah.saya pasti jika ada diantara kita pn suka mengusik kanak-kanak kerana jika kanak-kanak marah rasa comel melihat telatah mereka.(persan comel je dia ni.hihihihi).tapi tak de la marah betul-betul.hihihihi.nak dijadikan cerita, peperiksaan akhir tahun tahun 3 keluar keputusan dan saya mendapt tempat ke 2.memang menjadi tradisi keluarga saya jika mana-mana anak saudara makcik dan pakcik-pakcik saya jika mendapat top 5 akan ada habuan atas kecemerlangan dalam peperiksaan.maka saya dihadiahkn sebuah piano oleh makco(terima kasih makco..tapi da tak tau ke mana hilang piano tu,abis ditelan zaman).jangan main-main kecik-kecik lagi da dapat piano tau.(ala piano mainan je tu pun nak kecoh..hahaha).kemudian ada song kat piano.tersebut.saya ingat lagi irama dan lagu itu.pernahkah anda mendengar lagu ini "its a small worl after all (3x)..it's a small..small...word".pasti anda pun mesti pernah mendengar lagu ini kan.elok-elok je lagu berkumandang tiba maksu dan makteh saya menukar lirik.yela niat dihati nak jadi komposer tapi tak berkesempatan dapat ubah lirik jadi la kan dari gubah lagu.mereka pun mulalah nyanyian mereka hasil dari lirik baru mereka yang ditujukan khas buat saya."kak bintik..bintik..kak bintik..bintik.."aduhai..ape lagi geram je rasa.mau saja cop polka dot di baju mereka.(apa pulak kat baju kat muka pun ok ape..:-) ).begitu la cerita saya mengenai polka dot sehingga kini masih menjadi ingatan saya,lagu itu dan polka dot. jika mendengar lagu tersebut dan kadang-kadang mengundang gelak dan bunga-bunga kegembiraan dihati saya mengingatkan memori tersebut.nak buat macam mana da hobi makcik-makcik saya,suka mengusik bak kate orang peghak "nak nyakat selogho pun tak boleh".orang sekarang cakap pulak "ape pun tak boleh".semoga anda ceria-ceria selalu.bubye..

kepada blogger-blogger sekalian selamat datang dan selamat bertemu kembali..