Blogger Templates

Thursday, July 21, 2011

kehidupan vs sifat pentingkan diri

baik entri kali ni saya nak bincangkan kepada anda sekalian mengenai kehidupan dan sifat pentingkan diri ianya satu perkara yang berbeza tetapi boleh menjadi satu apabila ia digabungkan.saya akan rungkaikan satu persatu mengenai sifat pentingkan diri ini.anda pernah dengar tak ada orang cakap sikap pentingkn diri ni penting tuk kehidupan.pada saya mungkin tapi melihat situasi.pentingkan diri bermaksud amalan yang berkaitan keutamaan kepentingan diri sendiri berbanding kepentingan orang lain.mengikut saya ada keperluan dan keseimbangan jika kita menggunakan kepentingan diri dalam kehidupan tetapi jika ianya berlebihan da tidak ada keseimbangan maka timbul masalah kepada kepentingan dan hak orang lain yang boleh menganggu kehidupan orang lain dan mugkin juga kehidupan anda.namun begitu sikap pentingkan diri selalunya memberi kemudaratan tetapi ada juga baiknya.saya cuba bahagikan sifat kepentingan diri dar segi kebaikan dan keburukannya.

kebaikan
  • dapat mencari peluang-peluang baik yang memberi kebaikan kepada anda
  • untuk mempertahankan diri sendiri dan hak anda supaya tidak dirampas

keburukan
  • menangkiskan sikap kasih sayang antara manusia
  • adik beradik dengan hasad dengki juga (dari sikap pentingkan diri akan berpindah kepada sikap irihati)
  • hilang kepercayaan terhadap individu tersebut
  • kurang memberi kerjasama dalam kerja dan aktiviti berkumpulan
  • sifat pentingkan diri=sifat ego=sentiasa nak betul je orang lain sume salah
  • penilaian yang tidak telus dan berat sebelah kerana kepentingan peribadi ertikata lain tidak berlaku adil.
  • berlaku permusuhan antara keluarga,adik beradik,rakan,rakan kerja dan orang lain
ok kita da senaraikan kebaikan dan keburukan sifat kepentingn diri.sekarang anda sendiri boleh menilai baik da buruk sifat ini.terpulang pada kita untuk memilih.justeru Allah menjadikan tiap-tiap perkara baik dan buruknya supaya kita berfikir dan memuhasabah diri.sifat mahmudah dan mahmudah anda yang mencorakkannya pada diri sendiri bukan orang lain termasuk ibubapa kita sendiri.samada kita pandai mengawal diri dari perkara dan salah satu sikap mazmumah ini sebelum ianya yang mngawal diri dan sudah menguasai diri.berdoalah kita supaya terhindar dari sifat-sifat mazmumah ini.

Monday, July 18, 2011

hujung minggu

Hujung minggu lalu pelbagai aktiviti telah saya lakukan.hehehe(sebenarnye tak de pepun aktiviti,just aktiviti menghabiskan masa je)

Baik kita mulakan dengan hari sabtu:

Hari sabtu ni meneman makcikku a.k.a.makco service printernya yang ink hitam dia tak kuar-kuar.terpaksa la bawa service.kami pun bertolak dari umah makco pas solat zohor ke yik fong.ikutkan jemu jugak ke yik fong ni dekat je ngan opis.tapi tak pela nak temankan makco punya pasal bersama sepupu a.k.a junadedah dan maksu.janji dapat berjalan nanti tak pasal-pasal cakap kat makco 'ai tak kemana-mana pun"hihihihi(ayat ni aku guna masa kecik-kecik dulu)rasa cam ke zaman kanak-kanak balik pulak makco dan maksu bawa jejalan macamni.kemana ade deme kesitu la ade caye.ase berjalan je ade la teman tak kira dekat ke jauh.nak dijadikan cerita masa nak balik makcoku reserve la kete dia sambil tu ada sorang pakcik ni tolong tengokkan line clear ke tak kat belakang.tiba-tiba dengar "dump" ada satu kereta langgar kereta kami.makco aku pelik la camna lak ade kete padahal tengok kat GPS line clear je.kami kuar kete,kete calar.dan pemandu tersebut pun kuar dengn harapan dapat la klim duit dari perlanggaran tadi.(yela tu nak duit klim dia yang hentam kite ade hati nak mintak duit klim).sangatlah berhemah pemandu tersebut,dah tau parking penuh nak gak memyempit belakang petak parking yang da dipenuhi kereta dan jalan tersebut juga merupakn jalan sehala yang sibuk.sekolah memandu mana la yang ajar dia landing parking tempat yng betul ni.apa lagi bermulalah kisah pertengkaran sekejap.tapi pemandu berbangsa cina itu dengan sekeras-kerasnya tidak mahu membayar ganti rugi walaupun da terang-terang dia yang salah.da tau salah taknak ngaku.ade jugak perangai manusia macam tu.ngaku jela da awak yang salah.ni nak jugak tegakkan benang yang basah.last sekali aku dan adik sepupu aku dapat curi-curi snap gambar kereta dan pemandu itu mulalah mengelabah nak jugak snap gambar kereta kami(hem..tau takut..takut kami wat report la tu).ni gambar kereta wanted sapa-sapa yang ternampak sila buat aduan kepada polis sebagai pemandu yang berhemat di ipoh..hihihiihihi

Sunday, July 17, 2011

haPPY BESDAY ATUN...


Hai cik atun katun selamat hari lahir ke 16 semoga panjang umur murah rezeki,semoga sentiasa dilindungi ALLAH dan jangan lupa Allah,jaga solat.semoga diberi kebahagian da keceriaan dalam hidup,berjaya di dunia dan di akhirat.semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari akan datang lebih baik dari hari ini.da beso pn da leh kawin la camni..hihihihihi.kak long ada hadiah buat atun.nak tau ape die?? meh nak bagitahu.tada----->harini saya telah berjaya membuatkan hati anda bengkek dan geram dengan ragam saya.kak long berjaya mengenakan anda ye atun sehingga anda fedup dengan saya.dan apa jawapan kak long ialah P@D@N Muk@.haahahaha.Dia tak kenal sape lagi kak long dia ni.dia ingat dia je terror.kak long pun terror jugak la...:-P.ok la belajar rerajin tau leh masuk universiti nanti jangan masuk pusat serenti sudah la.doakan kak long dapat jd DR ye..bubye.

Friday, July 15, 2011

Tanda anda semakin matang

entri kalini saya akan kongsikan bersama anda apabila anda semakin matang dalam mengurus kehidupan anda..jika tanda-tanda di bawah banyak memihak pada anda, maka anda semakin matang..kredit to iluvislam.com kerana banyak memberi input berguna dan nasihat-nasihat yang berguna untuk bekalan di sana.pelbagai info menarik yang boleh memupuk motivasi dan perangsang kepada anda.sila ke link disini untuk info yang lebih menarik-->http://www.iluvislam.com/
ok mari kita lihat dan nilai sendiri tahap kematangan anda:

  1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  3. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  6. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  8. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  9. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  11. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  13. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  15. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  16. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  17. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  18. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  19. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Sunday, July 10, 2011

HAPPY BIRTHDAY CIK...


Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to cik.selamat hari lahir cik..semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah..semoga berjaya dalam semua lapangan.semoga cepat sembuh.lain kali hati-hati naik moto.da pesan hari tu hati-hati tapi kena jugak.maaf kak long tak dapat lawat kamu.harap semuanya baik-baik belaka.jadikan pengajaran dari pengalaman.semoga dapat meneruskan pengajian denagn baik pada semester ni..insyallah semester ni lebih cemerlang lagi..gambar di atas harijadi kamu masa kamu umur 5tahun..hehehe..

KASIH SEORANG AYAH



Assalamulaikum semua..dikesempatan ini ingin saya ucapkan selmat hari bapa buat ayah saya Junit Bin Mohd Khalil.hehehe hari bapa lepas sudah sang anak baru nak wish selamat hari bapa.janji dapat jugak wish disini walaupun lambat.pastinya kalian semua telah mengucapkan selamat hari bapa kepada ayah,abah,abi,walid,bapak kalian bukan.bagi saya setiap hari pun adalah hari kepada bapa saya.tu la saya slamber je buat ucapan hari ni.hihihihihihi.begitu juga hari ibu setiap hari pun adalah hari ibu buat ibu saya.betapa besar pengorbanan seorang ayah membesarkan anak-anak supaya menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.penat lelah mereka mencari rezeki buat isteri dan anak-anak dengan gigih.teringat saya semasa hari pendaftaran saya di universiti slip yuran saya tertinggal di rumah semasa kami dalam perjalanan ke sana.kami baru perasan slip yuran pendaftaran tertinggal selepas 2jam perjalanan dari rumah.saya diantara orang yang paling lambat bertolak dari rumah ke sana memandangkan perjalanan kami memakan masa sehingga 12jam.namun tidak menjadi halagan buat ayah pulang kembali kerumah mengambil slip yuran pendaftaran tersebut.rasa bersalah yang amat sangat apabila saya menangis didepan ayah kerana kecuaian ayah. Dengan nada bersalah Ayah saya sempat berkata “kak long marah ayah ke?.sedih pulak dengar ayah berkata begitu.sian ayah susah payah mencari perbelanjaan pelajaran buat saya pulak bertindak begitu.di saat saya berputus asa ayah juga adalah orang sentiasa tidak putus-putus memberi semangat untuk saya walaubagaimana kedaan sekalipun semasa saya sihat ataupun sakit dia juga lah yang merawat dan menjaga saya dengan baik selepas ibu saya.disaat saya sakit semasa pengajian saya ayah sanggup ke Johor tiap-tiap minggu dari perak untuk melihat perkembangan kesihatan saya tidak kira walaumacamna sekalipun dia tetap ingin melihat saya mendapatkn segulung ijazah buatnya.begitu besar pengorbanaan ayah saya buat saya.kasih ayah sepanjnag masa,begitu juga kasih pada anak-anaknya iaitu adik beradik saya yang lain.pernah satu ketika semasa kami masih kecil ayah menyambung pengajian dan ketika itu juga adik saya sakit,ayah sanggup balik tiap-tiap minggu dari johor untuk melihat sendiri kedaan kesihatan adik sehingga menganggu pelajaran ayah.namun atas dasar tanggunjawab ayah sebagai ayah beliau sanggup berkorban apa saja buat kami sekeluarga.begitulah sikap ayah. suatu pagi di hening saya terdengar sayup-sayup suara ayah saya pagi itu membaca surah Yassin dan berdoa “Ya Allah jadikan anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan soleheh”.ada lagi doa ayah buat kami tapi tidak mendapat mendengar dengan jelas.terharu dan kagum dengn doa ayah tidak putus-putus doa buat kami.jika nak saya kongsikan pengorbanan ayah pada saya dan adik-adik yang lain.memang begitu banyak sekali tapi ini adalah sebahagian dari pengorbanan besar yang ayah saya tunjukkan pada saya.jika ada dikalangan ayah anda tidak menunjukkan kasih sayang mereka janganlah anda salahkan mereka kerana setiap orang mempunyai cara masing-masing bagaimana mereka menunjukkan kasih sayang mereka pada anda.mungkin anda tidak nampak kasih sayang mereka namun percayalah mereka sentiasa ingat anda setiap waktu pada anda dengan doa yang tidak putus kepada anda.tidak ada ayah yang sanggup melihat anak-anaknya dalam kedaan susah.jika tiada ayah siapalah kita.dan siapalah juga yang mengazankan kita selepas kita dilahirkan.kepada anda yang tidak menpunyai ayah lagi jangan lupa mengirimkan kasih sayang anda melalui doa kepada mereka kerana doa adalah harta yang tidak ternilai buat ayah dan ibu samada didunia dan di akhirat. sebagai anak adakah anda sentisa mendoakan ayah dan ibu anda setiap kali menunaikan solat??itu adalah persoalannya.berapa ramai anak-anak yang ingat jasa ayah dan ibu setelah mencapai kejayaan dan kesenangan.semoga kita dikalagan orang-orang sentiasa menghargai perngorbanan dan jasa ibubapa kita kerana mereka sanggup berkorban apa saja walaupun nyawa sekalipun.semoga kita dapat menjaga dan memberi kasih sayang kepada ibu dan ayah seperti mana mereka menjaga dan mengasihini dari kita masih kecil.selamat hari bapa ayah..kami semua sayangkan ayah.berbilion-bilion terima kasih atas pengorbanan ayah pada kami.terimakasih dan syukur juga kepada Allah kerana mengirimkan ayah yang begitu yang terbaik buat kami.tambahan…..semoga bakal suami saya pun seperti ayah juga..hihihihi…:-P-----àwith love anak-anakmu……

Wednesday, July 6, 2011

pengalaman praktikal..

Baik entri kali ni ialah pengalaman praktikal.tapi pengalaman ni bukan pengalaman saya tapi pengalaman sepupu saya menjalani latihan industri.nukilan ini adalah hasil tulisan beliau mencoretkan pengalamannya sebagai satu jalan cerita yang boleh membuatkan perut anda merasa kejang.pertama kali baca pengalaman belaiu membuatkan saya tergelak tak beringat di office sampai semua staf pelik tengok saya menahan gelak..ok kita layan je cerita beliau ni ye...



mEMaNdaNgkN kU xdEr lg tAg tUk swAp msUk opIs, kNe la mNta org kt dLm bUkEkN pIntu..sLalo gUard awL2 dH bUkEkn.tP tB2 rIni xbUka La pLak..tB2 kUar sorg haMba Allah dR kauNtEr uNit zAkat..pEr lg dgN sLumbEr ku tgUr " pAkcik npEw xbUke pIntu? sLalo awL2 dH bukE.." pAkcIk toh pLak jwB " xdEr tag kEr? ..Nk bt pEr msUk?" kU jwB bLik " Nk pUncH La.." laLu pakcIk tOh pOn swAp n bLah taNpa b'katE2..tB2 soRg stAff tgUr " wAh baEk Tuan Mansur arini bUke pIntu tok staff..sIap bUkEkN pIntu lagI!!"..kU dgN mUkE bLur tyEr la maMat tUh " sApE Tuan MansUr toh?" maMAt tUh poN jwb "Lorh awk xtaHu kEr, tUh kN kEtua uNit zAkat..dIe br bLik dR uMrAh..dIe tUh strAight ckEt..tp rIni cm xcyEr jERk diE bukE pIntu tOk awk..adEess maLunyE dIrikU inI asE Nk sImpaN jErk mukE dLm boNet kEte.(^_^)..mALu glEw wEyhh!!..sUmpAh maLu!!


Ms Nk trN bL mkNan bEkpaS kt kaNtIn tB2 bErseLisIh dgN tUan MansUr dLm Lif, kU sEnyUm jErk taNda tIme kasIh..tB2 dIe pOn tgUr kU "sy dEr rUpe gUard kEr? aDuzz tB2 aSe bErdarAh tLiNga..kU pOn jwB dgN pNuh cOnfidEntNye " iSh xdEr la eNcIk, mNe dEr xsMe Lgsg dgN gUard"..dIe poN b"cKp bLik "oWhh Sy igAt dEr rUpe gUard tD, bOLe la paSni sy Bt dWi taSk"..adUz dIe pErli puLakk..Lif pLak kU asE sNgaja jEr trN LmBt..padaHal 2 tiNgkat jEr pOn..iKut atI kU LompAt jEr kUar lIf tUh..hUhU Lalu sBlm pIntu Lif bUke kU b'Kt " sy mNta mAaf eNcIk, sy xsEngajA..xnIat poN sy Nk aNggaP EncIk nEh pAk gUard.."..tUan MansUr pOn bLs " Its ok, sy xmarE pOn..dL mS sy jD stAff mcM awk sy pOn bt kEsLhan yg smE..bkN caLang2 org, cEo sy paNggIl pakcIk!!..sO bL jD pd sy, sY asE kLakAr sBb t'igAt mEmori LmE..hIhihi diE ktAwa tp kU kEtaq Lutut..sEb bEk kMi berdUa jErk dLm Lif tUh..Lau dEr org Lain mALu dEr..

sO Nk dIabEzkN cIte..pAs kUar dR Lif diE ajK g bEkpAs skAli, tP kU mNoLak dgN alasaN kwN dh tgg kUar smE2..padaHal ku mnE dEr kwN lg kT cNi..Last2 kU xjD g kaNtin trUz nAek atZ bLik sMbuNg kIje..sApAi oPis kU cIte pD dAk2 oPis, pEr lg dOrg gElak sapAi gULing2..s/visOr2 pOn gElak xmAu iNgat pUyE sApai aSe nk pEcah opIs nIh..kU thN maLu jErla..hUhU

mOral of stOriEs : "jgN iNgat sUme org y pkAi baJu aLa2 gUard tUh, adaLah gUard..pAstikN btOl2 dL bajU tUh smAda gUard puyE or pgawAi pUyE..jIka pErlu mInta tUnjUkkN logo pD bajU..sBb cNi jMaat pKai bJ kOrporAt aLa2 gUard pOn dEr..kIhkIh adEss..

Tuesday, July 5, 2011

PENGALAMAN BALIK KAMPUNG

hujung minggu lepas,saya pulang ke kampung halaman (walaupun bukan la di kategorikan sebagai kampung..tapi da mak ayah di sana kena la panggil kampung halaman jugakkan.:-p).hari-hari sebelum pulang saya menjalani kehidupan seperti biasa.kebiasaanya jika sebelum pulang ke kampung saya akan menyediakan keperluan kewangan mencukupi dengan kredit pun sama la kan..tapi da nak dijadikan cite saya tak boleh meyediakan kewangan mencukupi seperti biasa di sebabkan masalah teknikal.(yo la nk kuar duit kat atm bank tak boleh, limit rm50 paling minimum tapi duit pn tak sampai rm 50..ni kira masalah teknikal ke cik zaifasha??yela masalah teknikal la jugak atm mesin tu kira masalah teknikal la tu..hihihihi).Ok,berbalik pada cerita asal.pada hari tersebut saya pun menunggu maksu saya mengambil saya dari pejabat ke stesen bas medan kit.tiba-tiba saya dapat panggilan telefon dari maksu mengatakan pakcik saya akan menghantar saya ke stesen bas dengan menaiki moto.setibanya pakcik,saya pun mencapai helmet yang beliau berikan.terkial-kial betulkan helmet yang tak de visor itu.bila pakai terasa lucu lak dalam hati ni~macamana la rupa muka aku ni pakai helmet ni mesti rupe dak botak berkepala biru..hahahaha~tak kesah la janji saya sampai ke destinasi nk di tuju.tiba-tiba teringat pulak kewangan saya.atas moto saya check purse melihat perkembangan kewangan saya.tengok-tengok..wawawawa kewangan tidak mencukupi nak balik kampung.bas pulak lagi 10minit nak bergerak.sempat ke nk cari atm bank??sampai di stesen bas saya pun dengan rasa rendah diri dan malunya meminjam menyatakan ingin meminjam kewangan pakcik saya.kebetulan pulak pakcik tidak mencukup kewangan..aduhai..ape la nasib..dengan rasa mengelabah dan risaunya saya pun mgeluarkan segala mak nenek kewangan dalam purse saya.pada mulanya hanya rm 12 confirm tak cukup tiket rm 13++ sahaja, dalam hati ~Ya Allah,aku memohon pertolongan darimu sesungguhnya engakau sebaik-baik pertolongan~.setelah mengeluarkan segala isi perut kewangn dalam purse hasilnya dapat mengumpulkan rm13.10.alahai kewanganku sayang cukup ke saya nak balik ni?ta kan nak mintak sedekah jap nak cukupkan tambang bas..hohohoho saya sangat malu.saya pun bertanyakan kepada akak penjual tiket itu,"akk,saya nak taye harga tiket bas ke destinasi ini berapa ye".akak tu pun menjawab,"Rm 13.10 dik,bas kul 2.30 lagi 5minit bas gerak.."wuhu!!! selamat cukup-cukup je la."akak nah RM13.10,terima kasih akak.fuh!! lega leh balik juga naik bas kul 2.30 kalau tak mau aku tercongok kat stesen bas smpai kul 6.30,terima kasih Ya Allah syukur..hehehehe.disini saya ingin mengingatkan jika sekiranya kalian ingin balik kampung atau mana-mana destinasi dengan menaiki bas(maksud disini destinasi yang jauh), pastikan semua ni settle dulu sebelum berangkat~ni pun dari pengalaman sendiri~:

  • pastikan kewangan anda mencukupi dan spare lebih sikit kewangan anda sebelum bertolak
  • sediakan kredit mencukupi,tak pun spare topap dalam purse anda itu
  • beli makan siap-siap sebelum bertolak sekiranya destinasi tersebut jauh.
  • bagi yang beragama islam,tunaikan solat anda terlebih dahulu sebagai hamba Allah sebelum bertolak sekiranya bas tidak berhenti di mana-mana R & R.
  • jika tidak sempai tunaikan solat ambik wuduk terlebih dahulu dan lakukan solat anda semasa dalam perjalanan.
  • sediakan plastik, tisu, sapu tangan dan air mineral sekiranya anda mabuk dalam perjalanan
  • sediakan ubat yang berkaitan dengan penyakit anda atau pun penyakit yang berkaitan semasa dalam perjalanan.
moral of the story:

  • baru la saya sedar begitu berharga duit syiling walaupun 1sen.selama ni kalau sapu sampah nampak syiling saya wat tak tau je.siap men lambai-lambai gud bye lagi kat duit yang hina itu.~hehehe tak de la macam tu gurau je~
  • lain kali prepare siap-siap duit sebelum balik baru boleh balik dengan lega.
  • jangan ambil mudah saja semua perkara,ingat senang-senang ke orang nak bagi free duit walaupun 1sen.~tak dapat la orang nak kasi duit free of charge lu pikir la sendiri..huhuhuhu~

Monday, July 4, 2011

cara menghindari perasaan hasad dengki, cemburu, denda, & seumpamanya

“Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.” – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

Cara menghindari penyakit ini:

1. Rendahkan diri kepada ALLAH dan banyakkan berdoa:

Allhummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri

Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”

2. Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad. Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.

3. Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid al-Mursalin.

4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman Ra’fat al-Basha.

5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca isti’azah.

6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata:

“Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.”

7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.

Sabda Nabi s.a.w:

“Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara jika kamu lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa memberi salam antara kamu.” –Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi.

Wallahu a’lam.

Sunday, July 3, 2011

KESAN KEEGOAN DAN SOMBONG

Perkataan kibir mengikut istilah bahasa Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan dihuraikan di sini.
Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.
Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.
Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)
Di sini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa. Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas, daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.
Dari sini lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam, hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan. Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.
Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)
Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah:“Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60) “Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)
Sedangkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lain yang sebanyak 99 (Asmaul Husna) itu tidak salah untuk hamba-hamba-Nya memilikinya. Misalnya sifat Rahman, Rahim, Kaya, Kasih Sayang, Pemurah, Pemaaf, Alim dan lain-lain lagi. Ini dibenarkan bahkan diperintahkan supaya kita memilikinya. Oleh kerana sifat sombong ini menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain sehingga melahirkan kejahatan-kejahatan lahiriah yang banyak di tengah kehidupan masyarakat, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.”(Riwayat Muslim)
Tidak akan masuk Syurga, ertinya ke Nerakalah jawabnya. Dengan membawa sikap sombong, di dunia lagi orang tidak suka dan tidak ada kedamaian jiwa. Di Akhirat terjun ke Neraka. Sebab itu sombong ini mesti dicabut sampai ke akar umbinya hingga tidak ada walaupun sebesar zarah, barulah kita selamat. Walhal mengikut kata Imam Al Ghazali, sifat sombong ini hampir-hampir mustahil dapat dibuang. Oleh itu kita mesti mengenal pasti lebih dahulu tanda-tanda penyakit ini dan sebab atau punca-punca penyakit supaya mudah mengubati atau mengikisnya.
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.
SEBAB-SEBAB SOMBONG
Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pem-bantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.
Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.
4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.
Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
KESAN SIFAT SOMBONG
Di antara kesan sifat sombong ialah:
1. Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan. Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri. Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.
2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.
3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.
Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.
Memandangkan betapa merbahayanya penyakit ini maka usaha-usaha lahir mesti dibuat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah diberi untuk mengikisbuang dan mengubatinya secepat mungkin secara serius supaya kita tidak terus mengidap penyakit yang mengerikan ini.
Di antara cara-caranya ialah:
1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
Adanya ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat-sifat mazmumah di dalam diri itu termasuk sifat kibir atau sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula dikesan oleh orang lain.
2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
Sedarkan hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang itu, kejadiannya sama dengan orang lain. Kejadian yang pertama asalnya daripada tanah. Walaupun berdarjat, berpangkat, berkuasa, berharta, berilmu, sama ada yang alim atau tidak, yang kaya atau miskin, yang cantik atau buruk, namun mereka semuanya sama. Samasama berasal daripada tanah.
Lihatlah raja-raja besar seperti Firaun. Walau bagaimana hebatnya dia sehingga mengaku dirinya tuhan, di manakah dia sekarang? Bukankah dia tidak dapat mempertahankan kehebatannya, akhirnya mati dan kembali ke tanah! Jadi untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Sedangkan semuanya setaraf, yakni berasal daripada tanah dan akhirnya kembali ke tanah jua. Tidak mampu untuk memanjangkan umur sendiri.
3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
Kalau diperlihatkan kepada manusia, amat jijik dan benci sekali untuk melihatnya. Ertinya, kejadian manusia itu tidak ada beza di antara satu sama lain, sama ada orang kaya, orang berilmu, pembesar atau lain-lain lagi, semuanya berasal daripada air mani yang hina. Kalaulah orang kaya berasal daripada intan, pembesar daripada emas, orang berilmu daripada berlian dan orang biasa berasal daripada air mani, boleh jugalah berbanggabangga. Ini tidak, semuanya berasal daripada benda yang sama iaitu air mani yang hina. Dari segi kejadian, tidak ada perbezaan apa-apa pun. Jadi untuk apa kita berbangga-bangga dengan keistimewaan diri pada orang lain?
4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
Dalam pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka, jiran-jiran meluat, kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Apa pendapat kita? Adakah untung kita mempertahankan sikap begitu? Apalah indahnya! Bukankah kita dapat rasakan betapa buruk padahnya akibat mempertahankan penyakit keji dan jahat ini. Lebih-lebih lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. Lagi tinggi pangkat dan darjat, lagi banyak urusan kerja yang perlu dibereskan, dibantu oleh tenaga-tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Oleh itu pertolongan, bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh kita lupakan. Kalau tidak ada mereka ertinya kita tidak jadi hebat dan kaya. Kalau begitu untuk apa kita rasa lebih istimewa?
Bilamana orang sudah benci, di waktu-waktu tertentu seperti waktu sakit atau waktu kematian atau kecemasan, masyarakat akan pulaukan. Atau lambat-lambatkan bantuan atau tidak beri bantuan supaya kita terasa susah lebih dahulu. Ini semua hasil dari mereka sakit hati dengan sifat sombong kita itu.
5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Cuba fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah yang dihantar melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah anda mampu melawan kematian dengan kesombongan dan kekibiran itu? Tentu tidak! Kalau begitu kenapa kita merasakan lebih istimewa daripada orang lain? Walhal tidak ada keistimewaan apa-apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa-apa pun kehebatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan ilmu, kekayaan, pangkat dan lain-lain, tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak mengidap sakit. Misalnya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain sehingga kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan itu semuanya tidak ada erti apaapa lagi. Akhirnya, nikmat yang dikumpul-kumpulkan sekian lama, tidak dapat dinikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain. Oleh itu untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan yang ada itu?
6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
Cubalah renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah. Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.
Ingatkan Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api, di bawahnya api, di kiri api, di kanan api, di depan api, di belakang api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang-belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang berlaku sepanjang masa. Walhal di waktu itu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat digambarkan. Kalaulah ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia, akan matilah semua lantaran busuknya.
Perkara-perkara di atas tadi perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan diulang-ulang memikirkannya. Diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Tuhan dan dengan manusia. Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri.
SUMBER:

Hanya Kerana DIA

Hadirnya aku hanya kerana Dia,
Bernafasnya aku hanya kerana izinNya
Mata ini salah satu bukti wujudnya Dia
Bibir ini ku kumat-kamitkan untuk menyebut khalimahNya
Tubuhku ini anugerah terindah dari Dia

Hanya kerana Dia,
Aku bisa menikmati keindahan dunia
Hanya kerana Dia,
Perjalanan sejauh ini tertempa
Hanya kerana Dia,

Aku terlalu redha dengan semuanya
Dan hanya kerana Dia,
Aku sanggup kehilangan segalanya tetapi aku tidak pula sanggup kehilangan cinta dari Nya kerana hanya cinta dari Nya yang aku dambakan.

Aku bersujud hanya kerana Dia,
Aku berdoa hanya kerana Dia,
Ibadatku juga hanyalah kerana Dia,
Semuanya hanya kerana Dia,
Kerana Dia adalah kekasihku, sahabatku dan Tuhanku..

sumber:

http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/2925-hanya-kerana-dia.html

Friday, July 1, 2011

Aku Yakin Allah Tidak Akan Mensia-siakanku

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.

Sempurna vs Terbaik?

Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.

Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita.Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.

Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.

Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar?Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.

Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku?Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.

Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.

Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.

Cukuplah Allah sebagai pelindungku.

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.

sumber:

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/2877-aku-yakin-allah-tidak-akan-mensia-siakanku.html

KEKAYAAN ANUGERAH ALLAH


Kebahagiaan, kesihatan dan kesenangan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Sebagai orang Islam, mensyukuri nikmat Allah merupakan salah satu sifat Mukmin yang dituntut. Hakikatnya, semua ini adalah anugerah daripada Allah kepada hambanya samada ia seorang yang beriman ataupun tidak.

Disebutkan dalam Al-Quran, Al-Baqarah:268 yang bermaksud "Allah menjanjikan keampunan dan kurniaNya kepadamu, dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui".

Apakah konsep kekayaan (Wealth) dalam Islam?

Kekayaan adalah amanah daripada Allah yang mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya. Konsep amanah ini menunjukkan bahawa segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah adalah merupakan pinjaman semata di dunia ini. Walaubagaimanapun, yang Maha Pemurah dan Maha Luas sifatnya memberikan kebebasan kepada hambanya menggunakan nikmat ini untuk manfaat dunia dengan berpandukan Syariah.

Melaksanakan amanah ini dengan baik bukan sahaja akan mendapat kesenangan duniawi, malahan Allah akan memberikan ganjaran pahala sebagai bekalan di Akhirat nanti.

Selain itu, kekayaan adalah merupakan salah satu jalan menuju kejayaan. Ayat 10-12, Surah As-Saff yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

Dengan memahami kedua-dua konsep kekayaan dalam Islam ini, maka aspek perancangan kewangan perlulah diberi perhatian. Melaksanakan perancangan kewangan yang baik dan berkesan merupakan suatu Ibadah dengan tujuan menjaga Amanah daripada Allah dan salah satu mehnah mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sepertimana janji Allah yang disebutkan diatas.

Seorang Muslim yang beriman itu adalah baik, tetapi seorang Muslim yang beriman dan menggunakan kekayaan anugerah Allah untuk kemaslahatan ummah adalah amat disukaiNya.

sumber daripada:

http://www.iluvislam.com/pendidikan/kewangan/1663-kekayaan-anugerah-allah.html