Thursday, October 20, 2011
pajeri nenas
tengahari semalam ni laluk yang saya makan.actually bukan nak cerita sal pajeri nenas pun dan bukan lauk kegemaran saya,tapi lauk kegemaran mak saya.tengok je pajeri nenas tu teringat mak pulak.yang sebetul-betulnya saya amat-amat rindukan mak saya.rindu rasanya nak gaduh ngan mak..hihihihi.dah tak de sape teman gaduh mak la jadi mangsa.pernah satu ketika mak stress dengan kerja dan hal-hal lain maka tempiasnya terkena pada kami semua.tapi saya faham situasi mak walaupun dalam masa yang ama saya juga stress dengan masalah lain.hari-hari saya berdoa supaya Allah berikan kekuatan dan kesabaran kepada mak mengharungi ujianNya.saya hadiahkan buku motivasi 'wahai wanita jangan besedih" yang ditulis oleh Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni supaya kesedihannya beransur pulih.saya tahu agak berat untuknya berceritakan kepada saya.tetapi saya bersedia untuk menjadi telinga kepadanya dan memberi kesejukkan dihatinya.mungkin mak ingat saya budak kecil lagi kot dan malu untuk menceritakan beban yang ditanggung.hihihi anak mak da besar dan kuat sekarang tau.natijah dari kesedihan itu,saya dan emak semakin rapat kerana kami sangat-sangat menyanyagi antara satu sama lain dan kasihnya seorang ibu tiada tolak bandingnya.jauh disudut hati saya,saya selalu berdoa supaya saya sentiasa tabah dan cekal sepertimana tabah dan cekalnya mak. semoga dia dalam perlindungan ALLAH di sana.lagi 1bulan baru dapat jumpa insyallah tanpa apa-apa halangan.semoga ibadahnya dipermudahkan.mak cepat balik ye nanti kite gaduh lagi..hihihi
Wednesday, October 19, 2011
my YM kene virus
harini saje da dua orang bagitahu my YM kne virus.padahal da 2tahun lebih tak bukak ym kot.mcmn lak ade orang anta message sal steve job?then baru la tergerak ati nak buka email yang da usang itu.skali bukak hah?????487143 email dalam inbox??da la tu sume email ngengarut je like spam.spam saje pun da 179.so mulai dari sekarang tak mo pakai Yahoo lagi mau pakai gmail je.nekad tuk berpaling tadah dari ym because of keselamatanku digugat oleh yahoo.gmail jugak yang terbaik.
thinking only about u
when we can meet?
hohoho seems like miss u very much
tada!!!luve u my 'felt"..i want to create some beautiful gadget from u.
Monday, October 17, 2011
busan..
kerja belambak-lambak nak kena buat tapi sume tergendala semata-mata surat dari jabatan tak siap-siap lagi..bila mau siap?rabu da kene present..aduhai..then aku pulak busan tak de keje sebab tunggu surat tak siap-siap.pegi pejabat tunggu berjam-jam pun tak guna still tak siap jugak.huh!!tension..
Sunday, October 16, 2011
selamat pengantin baru kak wana
cantikkan pelamin kak wana..cam ala-ala taman.sejuk je mata tengok hijau je.
kak wana dan suami serta pengapitnye kak shabib:-)
ni je pic yang sempat snap.kak mia n kak shada da balik
Saturday, October 15, 2011
konvo!!konvo!!
suke beno je rupeye..best memories!!
orang lain yang konvo kami yang melaram
konvo maksu di usm tahun 2010
konvo ayah di UTM tahun 1995
ucapan tahniah buat mokda dan mokda konvo tahun 2008
like3!!gambar ni.da cam tugu negara je deme ni..hihihi
bersama rakan seperjuangan konvo diploma tahun 2008
bersama family
yang ni maksu dan ayah muda melaram baju konvo kawan ayah kat kampung
amboi bukan main lagi melaramnyemakcik dan maksu ni..hihihi
maksu mude-mude.:-)
mood konvo
tiba-tiba lak cite sal konvo.bukan pe mood konvo sudah mari..lagi 2minggu lagi saya akan berkonvokesyen.actually mood tak de tuk konvo tak tau nape..orang yang paling saya sayang tiada bersama pada masjlis konvokesyen nanti.jadi mood sedikit down.sebenarnya majlis tersebut merupakan majlis istimewa buat saya setelah pelbagai dugaan dan cabaran semasa pengajian.tetapi syukur alhamdulillah saya sempat menghabiskan pengajian walaupun bukan pada masanya.majlis ini istimewa buat saya dan tentunya buat mak dan ayah yang bersusahpayah menyekolahkan saya dan tidak putus-putus memberi dorongan dan semangat buat saya ketika saya sangat-sangat down dengan pengajian dan begitu juga buat ahli keluarga yang lain makco,maksu,makcik makteh,ayah lop dan ayahmuda dan juga tidak lupa kepada arwah nenek saya dan seluruh ahli keluarga.mugkin tiada rezeki mak dan ayah menyaksikan hari bersejarah saya namun insyallah tahun hadapan saya akan tebus balik supaya mak dan ayah dapat menyaksikan hari bersejarah di pengajian sekarang.insyallah saya berhasrat detik-detik indah saya sehingga ke peringkat tertinggi akan saya kongsikan bersama mereka selagi saya dan mereka masih diberi peluang oleh Allah menghirup udara.semoga Allah memberkati perjalanan hidup saya dan dipermudahkan segala urusan saya.namun hari konvo saya nanti akn dihadiri oleh makcik-makcik dan pakcik sebagai ganti tempat ayah dan mak dan juga adik-adik yang lain.teruja sangat nak konvo ni bukan ape.tak sabo nak pakai baju konvo design sendiri dan hasil tangan sendiri.ni pun atas bantuan my mento makco menyiapkan baju tersebut tak sampai 2hari pn.sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan sendiri.:-)
ni hasilnya setelah 2hari bertungkus lumus menyiapkan 1set baju khas tuk konvokesyen saya
ini pula majlis perkahwinan shuhada dan pasangannya emy serta rakan-rakan seperjuangan di politeknik Ungku Omar.dan saya mengenakan baju buatan sendiri..sape-sape mau tempah sila bagitahu ye.:-)
weekend time
hujung minggu ni saya tidak pulang ke kampung halaman memandangkan sudah 2minggu berturut-turut balik kampung.so minggu ni duk je la kat bangi ni.busan jugak.tapi takpe kurang-kurang leh siapkan keje yang terbengkalai.harini sempat berjumpa kawan sekelas.kami berkawan hampir 9tahun.dan kawan saya itu akan menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya setelah 6tahun perkenalan pada bulan hadapan.semoga perjalanan dia ke fasa baru dipermudahkan.nampaknya agak penuh jugak jadual bulan depan dan bulan 12.sume kawan-kawan kebanyakkannya memilih tarikh perkahwinan hujung tahun ini.hope dapat menghadirkan diri ke majlis bersejarah mereka.bukan apa ade je kenduri kawen sekaligus dapat mengumpulkan semula kawan-kawan lama cam ala-ala reunion gitu.thankz alot kawanku kerana sudi menemani saya hujung minggu ni dan tunjukkan jalan kilang-kilang sekitar sini tuk site visit minggu depan dan jalan-jalan bangi.maklum sajalah baru sebulan disini.thankz jugak belanja makan kat alamanda dan big apple.sangat suke..nanti kenduri ko aku kasi hadiah ye..hihihi.esok pulak nak gi kenduri kawen ex-university kat rawang kak shawana.maaf ye kak tak dapat datang ke majlis belah pompuan ade urusan lain kene selesaikan.tapi esok insyallah ain sampai sana..tunggu...................
Tuesday, September 27, 2011
sudi-sudikan luangkan masa
NurHannah Bte Mohamed Helmi
saya menjumpai post dari fb berkisarkan cerita seorang ibu yang di uji oleh Allah mengenai penyakit anaknya sedari dilahirkan lagi.maka saya harap anda sekalian dapat meluangkan masa untuk membaca sedikit luahan ikhlas dari hati ibu ini supaya kita semua dapat membantu mendokan anaknya hana sembuh seperti kanak-kanak yang sihat yang lain.semoga ibu ini sentiasa tabah mengahungi ujian dan musibah yang Allah turunkan kepasanya.dan semoga anak ini dapat bertahan dan boleh menikmati kebahagian seperti kanak-kanak lain.semoga dengan doa kita semua hana diselamatkan dari segala penyakit yang dihadapinya sekarang.ikuti luahan ibu hana.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Monday, September 26, 2011
jahit menjahit
raya kalini tak dapat pun bergambar bersama keluarga.jika ada inter-frame tu pun nasib-nasib je la.cakap sal jahit menjahit ni.makcik kecik saya telah membuat entry khas tuk saya.adohai malu je.raye pertama masih menjahit lagi.dia pulak leh snap senyap-senyap picture semasa saya tengah sibuk menjahit.macamana leh tak nampak die snap picture??ni sume gara-gara mesin jahit saya rosak last minit.ada dua baju tak siap-siap lagi.mak eden punye baju tak siap-siap lagi.sebenarnye da siap da.tapi memandangkan jahitan tak kemas disebabkan mesin buat hal.tetas la balik.tak best lak baju tak kemas jahit ni kan.baju kita pun kite nak jahit kemas tak kan baju orang kita tak nak kemaskan.ni die entry khas makcik kecik saya tu.
gambar yang di snap oleh makcik kecik saya bersama dengan keluarganya(berbaju merah semua).baju selain baju merah tu keluarga saya(depan sekali berbaju biru adik bongsu dan disebelah saya maksu saya).baju saya berwarna merah juga da macam geng keluarga belah makcik kecik pulak ye.tapi sebenarnya lebih kurang la kan kadang-kadang da jadi keluarga makcik kecik sobirin jugak.hihihi(baju adik dan saya dijahit sendiri oleh saya.tiap-tiap tahun baju keluarga yang perempuan dijahit oleh saya.
keluarga Mohd khalil:anak-anak dan cucu atok saya.amboi dibah kasut pun pakai dalam umah.jangan bawa tido sudah la.tak pe faham kasut baru sayang nak pakai raye kan.hihihi
ni potret terakhir keluarga tahun 2004.dan ni jugak la first time saya jahit baju raya 1 family.sedondon je semua.senang nak kenal kami ni anak sape.:-).hope jika ada kesempatan saya nak jahit baju 1family lagi.insyallah.
ni pulak kawan saya banun,ceria dan cantik dengan baju hijaunya dipagi raya.dijahit oleh saya juga.thank banun nanti tempah lagi ye tahun depan.
SIAPAKAH GERANGAN LELAKI ITU??
bangun dia menangis dan menceritakan azab-azab meninggalkan solat subuh.dan pesanan dari beliau menyuruh saya mengamalkan surah al-fatihah setiap hari sebagai pendinding seolah-olah akan ada musibah yang akan berlaku pada saya akan datang.saya segera bangun dalam kedaan menggigil akibat terlalu terkejut dan terus berwuduk menunaikan solat subuh.dan selepas membaca al-ma'tsurat,saya termenung seketika memikirkan siapakah gerangan lelaki itu?sehingga sekarang masih bermain diminda saya.siapakah dirinya,adakah saya mengenalinya ataupun tidak?.saya menceritakan hal ini kepada ayah saya,mengikut kata ayah,mungkin lelaki itu adalah amalan kita ataupun amalan harian,bacaan yasin serta doa ayah buat saya.kata ayah,dia juga kadangkala dikejutkan untuk bangun menunaikan solat dengan menggerakkan ibu jari kaki ayah.pendapat saya,mungkin ada betulnya.kerana selama ini saya juga mengamalkan ayat-ayat lazim untuk amalan harian saya jika tidak berkesempatan membaca Al-Quran.ayat-ayat itu ialah surah Al-Fatihah,surah tiga Qul,surah A-Fil dan ayat Qursi (setiap satu ayat
dibacakan sebanyak 3kali).insyallah jika diamalkan segala urusan kita akan dipermudahkan Oleh Allah.saya sendiri merasainya setelah mengamalkan ayat-ayat ini.tentang suara yang menjadi tanda tanya itu,mungkin teguran buat saya kerana selama ini saya lalai dalam melakukan solat subuh malah bukan solat subuh sahaja tetapi solat 5waktu,sering saja terlewat.dan mungkin meyuruh saya lebih peka dan lebih mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan samada ibadah ataupun tugas sebagai pelajar dan juga dalam kerjaya.dan pesanan buat ayah untuk saya amalkanlah amalan baik yang beliau pesankan.dan tidak lupa amalkan surah yassian agar sebati didalam tubuh kita.manala tahu beliau nak bagi sesuatu pada saya sebagai pelindung diri.mudah-mudahan amalan itu juga dapat membantu orang lain juga.ayah saya juga pengamal surah yassin setiap hari lebih 3kali sehari dan selepas subuh adalah rutin hariannya membaca surah yassin sehingga ayah mengafal keseluruhan surah yassin.
buku ini saya beli di pesta konvo UKM ke 39 pagi tadi selepas membuat medical check-up.minat pulak untuk mengumpul surah yassin kecil.mudah untuk dibawa dan di amalkan selalu insyallah.
new friend
jam 2petang tadi saya bersiap-siap ke kelas.patutnya tak de kelas rini.ade pulak kelas ganti.aiseh!!malas betul la nak gi.tak pe la nak berjaya kena ada pergorbanan kan.setibanya di kelas.alamak da ade orang guna kelas.so macamana ni??sementara menunggu lecturer dan kawan-kawan yang lain,ada sorang foreigner berasal dari iraq bertanyakan kelas harini.sembang punya sembang rupanya bukan kelas dia tapi isterinya kerana isterinya sedang menunggu anak-anak dibawah.kemudian dia membawa isteri berjumpa dengan saya.namanya daniah.memandangkan english me is broken.hahaha da macam ayam ngan itik pulak bercakap.apabila lecturer dari iraq tu sampai kami pun kelam kabut mencari kelas kosong.dan saya bertanya kepada classmate saya berbangsa melayu "kelas ni kosong ke?"i'm not sure.i think class not empty.ade pulak orang nak kene jotos pale kang.elok-elok orang melayu nak cakap omputih lak.kalo ade dak foreigner tak pe la nak speaking.break time class daniah keluar mendapatkan suami dan anak-anaknya.kesian dia terpaksa bergilir-gilir menjaga anak kerana suaminya juga turut menyambung pengajian tetapi dalam bidang mechanical engineering.saya sangat memahami kedaan daniah sekeluarga kerana saya juga pernah merasainya tetapi bukan sebagai ibubapa tetapi sebagai anak.pernah dulu ketika ayah menyambung pengajian semasa kami adik-beradik masih kecil lagi.mak menjadi ibu dan ayah buat kami untuk sementara.sukarnya bila tiada ayah disisi.itu hakikat dan pengorbanan yang patut diterima setelah mempunyai komitmen dan tanggungjawab terhadap keluarga.sebab itulah saya tak mo ada komitmen sepanjang belajar kerana belum sedia mental dan fizikal lagi untuk menggalas beban itu.tapi yang telah tiba masanya insyallah Allah akan permudahkan.Anak-anak penguat semgat kepada ibu dan ayah untuk terus berjaya.dan kerana pengorbanan ibubapa mengejar ilmu juga boleh memberi semangat yang kuat untuk anak-anak terus mengapai impian meneruskan cita-citanya.nice to meet u daniah dan muhamad.semoga pengorbanan kalian untuk menuntut ilmu mendapat habuan yang setimpal nanti dan semoga segala urusan kalian dipermudahkan oleh Allah.
NOTE: peringatan buat saya jangan malas-malas nak gi kelas orang lain yang da ada family pun datang kelas awal siap bawa anak-anak lagi.kagum ngan pengorbanan daniah dan ahmad.
Sunday, September 25, 2011
hakisan tanah (erosion)
hakisan tanah?nape pulak entry kalinni sal hakisan tanah.sebab rata-rata kejadian bencana alam di malaysia berpunca dari hakisan tanah.
Hakisan ialah proses pemechan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak.
Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan ahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian.
Tanah di kawasan yang berhutan ternyata masih kekal kesuburannya disebabkan oleh kurangnya kejadian hakisan. Lindungan yang diberikan oleh daun-daun pokok dapat mengelakkan tanah daripada ditimpa terus oleh air hujan. Daun yang gugur atau tumbuhan yang mati dapay menambahkan bahan organan di dalam tanah dan memperbaiki lagi teksturnya. Tanah yang gembur dapat menyerap air dan mengurangkan larian permukaan serta hakisan.(sumber dari: http://soiltrg05.tripod.com/Hakisan_tanah.htm) contoh hakisan tanah di kawasan perumahan berdekatan lereng-lereng bukit
ni pulak contoh hakisan tanah dijalan raya
nauzubillah..minta dijauhkan dari bencana cam dalam gambar ni
hanya orang yang pakar lebih mengetahui kenapa hakisan ini berlaku.tentunya orang yang kejuruteraan pakar dalam bidang ini.dan ada yang lebih pakar dari pakar kejuruteraan iaitu Allah.segala apa yang berlaku atas kehendak Allah.kita sebagai hamba hanya mampu merancang dan Dia sebagai Tuhan menentukan.kun fayakun...
semoga kita sentiasa dijauhkan dari sebarang bencana dan musibah..
sudut penjagaan gigi
entry kalini berkisar tentang penjagaan gigi kanak-kanak.hah!!nape kanak-kanak je orang dewasa tak perlu jaga gigi ke?.hehehe bukan la,begini pasa cuti sem sebelum praktikal bermula,saya membantu mak menghias sudut penjagaan gigi bagi tadikanya.sian mak saya dalam tempoh 2hari pihak kesihatan gigi meminta menyediakan sudut penjagaaan gigi pada semua tadika daerah Gerik dan sekaligus pihak pejabat kesihatan gigi akan mengadakan pertandingan peringkat daerah penjagaan kesihatan gigi seluruh tadika daerah Gerik.secara automatik tadika emak terlibat sekali menyertai pertandingan tersebut.dengan masa yang ada saya bertungkus lumus menyiapkan sudut penjagaan gigi mengikut kehendak pejabat kesihatan gigi.ringan sikit beban mak kerana dia punya tugas yang lain untuk diselesaikan.dan alhamudulillah sempat siap sebelum tibanya waktu penilaian dari pejabat kesihatan gigi.
under construction sudut penjagaan gigi
dan hasilnya setelah 100% siap
kasi zoom sikit
dan zoom lagi.
saya sanagt berpuas hati dapat menyiapkan dan memberi kegembiraan buat emak saya setelah sudut penjagaan gigi ini berjaya menjadi juara tadika swasta di peringkat Hulu Perak.syukur Alahmdulillah.pastinya mak tersenyum lebar kerana ini merupakan anugerah pertama buat tadika baru ini.
aktiviti mingguan
meminta diri unutk pulang.dua lagi kawan saya semasa sekolah menengah Rem tak dapat bertemu memandangkan dia sibuk berkerja kerana company tempat dia bekerja membuka gerai semperna pesta konvo di UKM dan Kak As, rakan semasa di UTHM juga tidak esempatan untuk berjumpa kerana sibuk bergambar bersama keluarga merakamkan hari konvokesyen abangnya.jika ada masa dan kelapangan boleh kita berjumpa insyallah
hanya ni je gambar yang dapat snap semasa keluar bersama nisa.gambar yang lain-lain tak sempat nak snap kerana just pertemuan yang singkat.apepun happy sangat kuar ngan nisa coz hilang jugak busan harini.thank nisa..
(tak sempat nak bergambar ngan ikin dan hani nanti ada masa kita jumpa lagi ye)
Subscribe to:
Posts (Atom)