NOTE: peringatan buat saya jangan malas-malas nak gi kelas orang lain yang da ada family pun datang kelas awal siap bawa anak-anak lagi.kagum ngan pengorbanan daniah dan ahmad.
Monday, September 26, 2011
new friend
jam 2petang tadi saya bersiap-siap ke kelas.patutnya tak de kelas rini.ade pulak kelas ganti.aiseh!!malas betul la nak gi.tak pe la nak berjaya kena ada pergorbanan kan.setibanya di kelas.alamak da ade orang guna kelas.so macamana ni??sementara menunggu lecturer dan kawan-kawan yang lain,ada sorang foreigner berasal dari iraq bertanyakan kelas harini.sembang punya sembang rupanya bukan kelas dia tapi isterinya kerana isterinya sedang menunggu anak-anak dibawah.kemudian dia membawa isteri berjumpa dengan saya.namanya daniah.memandangkan english me is broken.hahaha da macam ayam ngan itik pulak bercakap.apabila lecturer dari iraq tu sampai kami pun kelam kabut mencari kelas kosong.dan saya bertanya kepada classmate saya berbangsa melayu "kelas ni kosong ke?"i'm not sure.i think class not empty.ade pulak orang nak kene jotos pale kang.elok-elok orang melayu nak cakap omputih lak.kalo ade dak foreigner tak pe la nak speaking.break time class daniah keluar mendapatkan suami dan anak-anaknya.kesian dia terpaksa bergilir-gilir menjaga anak kerana suaminya juga turut menyambung pengajian tetapi dalam bidang mechanical engineering.saya sangat memahami kedaan daniah sekeluarga kerana saya juga pernah merasainya tetapi bukan sebagai ibubapa tetapi sebagai anak.pernah dulu ketika ayah menyambung pengajian semasa kami adik-beradik masih kecil lagi.mak menjadi ibu dan ayah buat kami untuk sementara.sukarnya bila tiada ayah disisi.itu hakikat dan pengorbanan yang patut diterima setelah mempunyai komitmen dan tanggungjawab terhadap keluarga.sebab itulah saya tak mo ada komitmen sepanjang belajar kerana belum sedia mental dan fizikal lagi untuk menggalas beban itu.tapi yang telah tiba masanya insyallah Allah akan permudahkan.Anak-anak penguat semgat kepada ibu dan ayah untuk terus berjaya.dan kerana pengorbanan ibubapa mengejar ilmu juga boleh memberi semangat yang kuat untuk anak-anak terus mengapai impian meneruskan cita-citanya.nice to meet u daniah dan muhamad.semoga pengorbanan kalian untuk menuntut ilmu mendapat habuan yang setimpal nanti dan semoga segala urusan kalian dipermudahkan oleh Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment