Kanak-kanak juga dikenali sebagai budak kecil atupun anak kecil.Proses perkembangan kanak-kanak bertindak melalu perkembangan fizikal daripada seorang bayi menjadi orang dewasa.Proses pembelajaran kanak kanak adalah bergantung kepada tahap pemikiran dan tindakan kanak-kanak tersebut mengumpul pengetahuan mengikut cara masing-masing.Pada peringkat ini kanak-kanak melalui pelbagai fasa dan rasa ingin tahu mereka memuncak.Oleh yang demikian mereka cuba sedaya upaya mencari jawapan tidak kira bagaimana cara sekalipun daripada persoalan di dalam pemikiran mereka atau pun pertanyaan tersebut dapat diluahkan melalui perkataan yang mungkin orang dewasa kadangkala tidak dapat menangkap maksud sebenar yang mereka perkatakan.Namun pemikiran meraka begitu kreatif sehingga kadang-kadang kita merasakan lucu dengan tindakan dan kata-kata yang mereka ucapkan.Maka disini proses pembelajaran tentang kehidupan mereka bermula.Namun setelah mereka dewasa zaman kanak-kanak adalah merupakan zaman yang paling memori indah untuk dikenang sehinggakan boleh membuatkan kita ketawa sendirian mengenangkan memori indah yang dipenuhi kecerian itu.pastinya kalian sekalian mempunyai memori kanak-kanak bukan??lucukan mengenangkan zaman-kanak-kanak anda??Ha..begitu juga dengan saya..saya kebanyakkannya dibesarkan di kampung, mungkin cara hidup saya lebih kepada kampung. Maka memori zaman kanak-kanak saya banyak dihabiskan di kampung.saya juga merupakan generasi cucu pertama buat arwah atok saya Mohd Khalil Bin Pandak Abdul Samad dan arwah opah saya Zainab Binti Murad.Sungguh indah zaman itu,melihat kecerian dan riang ria "kami" menghabiskan zaman kanak-kanak kami di kampung."kami" adalah merujuk kepada kawan-kawan saya pada zaman itu,ianya terdiri daripada makcik-makcik dan pakcik-pakcik saya sendiri..hehehe mesti anda terkejut bukan saya berkawan dengan orang dewasa.untuk pengetahuan semua,perbezaan umur "kami" tidak banyak berbeza dan lebih kurang sebaya tapi disebabkan pangkat dalam keluarga maka panggilan tersebut terus dikekalkan.Namun ianya tidak menjadi jurang dan masalah untuk kami menjalani zaman kanak-kanak kami. Memandangkan sepupu-sepupu saya masih kecil ketika itu, jadi agak terbatas untuk saya membawa mereka bermain-main kerana mereka masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.jika saya nak kongsikan bersama anda tentang senua kenangan "kami" sampai sudah tak habis-habis penulisan saya.tapi cukup saja sekadar mukadimah.
NOTE: Gambar di atas ialah kenagan abadi saya,adik-adik saya dan juga adik sepupu saya..comel kan kami..hehehehe.yang kat dalam raga tu da besar panjang da pun..dulu cinonet je.hehehehe
memori indah itu terus di memori ini,, masih terasa keceriaan suasana suasana, selalu bersama tawa,, terkadang bergaduh,, sesekali menangis,,, saya setuju ,, kanak-kanak memang banyak idea2 kreatif,,, yes u re rite
ReplyDelete