time-time petang macam ni biasanya da letak kepala kat bantal, tapi terpaksa letak batang mancis kat mata nak tahan ngantuk.tengah masing control mata tiba-tiba sorang dak arab ni angkat tangan.
ali: teacher,what the meaning of COD because before that i'm not from chemical engineering background.
then kami sekeleas pun berpandangan "teacher"?.sume pakat-pakat gelak.tapi gelak yang leh control lagi la.dari mengantuk yang amat sangat terus transform jadi mata yang segar bugar.haahaha. dak ni ingat zaman sekolah nak panggil teacher.nasib la lecturer tak dengar apa panggilan kat depan tu.kalau tak mau kene marah kot.da la kawan ade title prof.sekali turun pangkat lak jadi teacher.lecturer kami tu agak straight jugak la masuk kelas je sume stress ngan keje dia bagi because dia train kami over advance pulak. baru briefing minggu depan da kene laksanankan jugak ikut yang dia nak.padahal tempat pun tak cari lagi dan tak terfikir lagi leh lak tanye on the spot tempat kajian kita nak buat.kalau jawab lambat kang tak pasal-pasal dia cakap
"you are so bad".huhu..ish..ish..astagrufirullahalazim..tak de niat ye nak umpat..cuma meluahkan rasa je. hihihihi :-P
Sunday, March 4, 2012
Wednesday, February 29, 2012
visit baby ayra
26 febuari 212 tempoh hari dapat berita dari my classmate yang dia selamat bersalin baby girl di hospital serdang.bila dapat tau berita afida selamat melahirkan baby girl kawan dia ni lak sangat teruja because hari-hari dalam kelas tengok perut dak fida ni pastu dok fikir bila la baby ni kuar.pastu sempat lak meramal baby ape dalam perut dia.macam mak bidan lak."fida,orang rasa baby ni nanti mesti baby girl" fida lak senyum je."kita tengok la baby apa yang kuar nanti"kata fida.nak dijadikan cerita 26 febuari besday dak fida ni.dia memang nak baby dia kuar time besday dia.lastly dapat jugak lahir same date dengan mommy dia.baby tu adalah hadiah besday dan anugerah tak ternilai buat fida pada hari lahir fida.jadi semalam baru berkesempatan melawat baby kenit yang bernama syarifah adelia ayra bt syed mohd azrie azanie.alahamdulillah kedua-duanya sihat.
hai my name is syarifah adelia ayra bt syed mohd azrie azani
me with baby ayra
my cousin with baby ayra
baby gift for baby ayra :-)
Monday, February 27, 2012
bersyukurlah anda menjadi seorang wanita
'if everyone knew the true status of Muslim women,even the men would want to be a women'
my best friend wedding
selamat pengantin baru baru yana dan feruz.semoga berbahagia dunia dan akhirat.
bergambar dengan classmate
sesi bergambar lepas makan.:-P
sesi bergambar lepas makan.:-P
girls classmate yang datang nazirah da berangkat pulang time ni.
me and my best friend yana.
jalan-jalan time weekend
memandangkan weekend ni tak pulang ke kampung, so this weekend ni kami pun gi jejalan area kuala selangor.da alang-alang duk kat selangor ni pe salahnya cari sedara mara kat area sini.tengah lapang masa lebih baik isi masa lapang tuk spend time dengan family.saya ke kuala selangor umah kakak my cousin kak ayu.then leh tengok anak sedara kami yang kiut miut tu si mohamad eiman khalisy bin mohamad zailee.actually cousin ke kuala selangor sendiri because saya ada undangan perkahwinan rakan sekelas sekolah menengah. on the way balik dari kenduri saya singgah ke rumah kak ayu dan abang zailee kat kuala selangor dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing.so kami pun tidur kat umah kak ayu semalam.pada keesoknya abang elly (suami kak ayu) belanja kami KFC kat Plaza Alam Center.sepanjang duk umah kak ayu kami pun mula la berborak-borak.cuma time tido jela tak berborak kan takkan la time tido pun nak berborak sakan.celik-celik je mata kami pun sambung borak sampai gerak dari umah umah kak ayu nak hantar kami ke ktm shah alam da petang.sebelum ke ktm shah alam kami singgah ke Plaza Alam Centre mamam dulu sebelum balik.dak Eiman ni baik je duk ngan ayah dia.tak banyak ragam pun.senang betul jaga dak ni.da la comel rasa cam nak bawa lari je jaga dia.hihihi..marah mama dan ayah Eiman nanti.kalau nak tau muka dak Eiman ni sebiji copy paste muka ayah dia.serius comel dak Eiman ni.apepun jalan ke kuala selangor sangat best coz kak ayu dan abang elly sangat sporting,walaupun saya tak punya abang dan kakak tapi rasa macam kak ayu dan abang elly cam adik beradik sendiri pulak.so dapat jugak tumpang merasa ada kakak dan abang.tambah lak dapat main dengan dak Eiman ni.terima kasih abang elly belanja makan KFC.nanti kami datang lagi leh la request belanja lagi ye.

hai nama saya mohamad eiman khalisy bin mohamad zailee

eiman with ayah.
yey!!eiman with ayah and mama..ni la ayah and mama ieman
yang ni lak mak yang eiman
kaklong with ieman..ops!!mak long..hehehe
Thursday, February 23, 2012
borak punya borak
malam semalam kami berborak dar pas solat isyak sampai jam dekat kul 3.rupa cam tak penah borak je.hihihi.topik borak sal resepi.semestinya saya la yang mintak resepi.my cousin ni pandai masak tau.memang kena la pada cousin dia yang baru-baru nak belajar masak ni kan.abis sume resepi nak mintak macam la da tak jumpe esok.dah la tak salin dalam ketas.just mintak cam tu je bajet otak ni memori kuat nak ingat sume.hahaha.abis resepi dari tradisi samapi moden.tapi hampeh je coz esok bagun da lupa.tapi saya sangat seronok sekurang-kurangnya ada mento leh jadi pengajar tuk diri ni.:-).nasib kelas sem ni petang sokmo.jadi banyak masa terluang.(ececeh..macam la tak de keje nak buat.masa itu emas cik zaifasha....;-)
pengalaman ibu menjadi jemaah haji 2010
petang tadi saya terbaca pengalaman jemaah haji di majalah mingguan wanita.seraya saya teringat pengalaman emak menunaikan haji 4bulan lalu mebuatkan hati saya tersenyum.sebaik sahaja kedua ibu dan ayah saya pulang saya pun segera pulang.teramat rindu pada keduanya.semua adik beradik saya pulang kecuali adik yang belajar di UTHM tidak pulang memandangkan jauh.semestinya kedua ibu dan ayah menceritakan pengalaman mereka disana.pengalaman emak saya rasakan amat mencuit hati saya.emak punya 3 cerita berbeza yang membuatkan deraian ketawa kami sekeluarga.mana tidaknya pekara yang tidak sengaja menjadi bahan ketawa kami.emak bercerita 2 kejadian daripadanya adalah disebabkan tindakan tidak sengajanya dimana semasa menunaikan rukun islam kelimanya emak tersepak kepala orang kulit hitam yang tengah tidur nyenyak.menjadi kebiasaan mereka tidur dikaki lima.bila tibanya musim haji semua umat islam berkumpul berpuluhan juta orang jadi tidak hairanlah emak bertindak demikian.tapi yang menjadi kelakarnya ialah orang kulit hitam itu tidur dalam kedaan selubung menyebabkan emak tidak perasan bahawa itu adalah orang sedang tidur.maka selepas emak tersepak orang itu,dia pn kuar dari kepompongnya untuk melihat siapakah yang menyepaknya.lantas emak lari cepat-cepat dari pandangan orang itu.hahaha..ata emak nasib dia tak nampak kalo tak habis la mak nanti.hahahaha.kejadian kedua hampir sama cuma ceritanya berbeza dimana sedang berarak emak dirumpuh sebilangan jemaah haji lain menyebabkan emak jatuh lalu terduduk diatas kepala seorang jemaah haji.kata emak jemaah tersebut bertubuh kecil yang berlainan bangsa lalu emak memohon maaf kepadanya menggunakan bahasa isyarat kerana masing-masing tidak tahu berkomunikasi.orang itu amat marah pada emak kerana mengganggu tidurnya.alahai sekali lagi.tadi da tersepak ni da terduduk atas kepala orang pulak..berderai kami gelak mendengar cerita emak.cerita terakhit semasa menunggu waktu azan masuk,dalam pada itu ramai yang berkesempatan untuk membaca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu solat.sedang emak mengenakan kain telekung tiba-tiba terdengar orang terkentut yang agak kuat semua berpandangan dan yang paling kelakar berbau lak tu.lantas semua orang berpandangan dan ada seorang jemaah haji ni tengah membaca Al-Quran boleh berhenti seketika membaca dan ketawa berdekeh-dekeh mendengar dan melihat kejadian tersebut.setelah reda dia menyambung semula bacaanya.emak pun ketawa bersama rakan jemaah yang lain melihat wanita itu.sempat pulak dia ketawa dan sembung bacaan macam biasa.aduhai lawak betul.saya pun apa lagi gelak tak ingat punya dengar pengalaman emak.satu keluarga berderai ketawa panjang..hihihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)

