Thursday, February 23, 2012
pengalaman ibu menjadi jemaah haji 2010
petang tadi saya terbaca pengalaman jemaah haji di majalah mingguan wanita.seraya saya teringat pengalaman emak menunaikan haji 4bulan lalu mebuatkan hati saya tersenyum.sebaik sahaja kedua ibu dan ayah saya pulang saya pun segera pulang.teramat rindu pada keduanya.semua adik beradik saya pulang kecuali adik yang belajar di UTHM tidak pulang memandangkan jauh.semestinya kedua ibu dan ayah menceritakan pengalaman mereka disana.pengalaman emak saya rasakan amat mencuit hati saya.emak punya 3 cerita berbeza yang membuatkan deraian ketawa kami sekeluarga.mana tidaknya pekara yang tidak sengaja menjadi bahan ketawa kami.emak bercerita 2 kejadian daripadanya adalah disebabkan tindakan tidak sengajanya dimana semasa menunaikan rukun islam kelimanya emak tersepak kepala orang kulit hitam yang tengah tidur nyenyak.menjadi kebiasaan mereka tidur dikaki lima.bila tibanya musim haji semua umat islam berkumpul berpuluhan juta orang jadi tidak hairanlah emak bertindak demikian.tapi yang menjadi kelakarnya ialah orang kulit hitam itu tidur dalam kedaan selubung menyebabkan emak tidak perasan bahawa itu adalah orang sedang tidur.maka selepas emak tersepak orang itu,dia pn kuar dari kepompongnya untuk melihat siapakah yang menyepaknya.lantas emak lari cepat-cepat dari pandangan orang itu.hahaha..ata emak nasib dia tak nampak kalo tak habis la mak nanti.hahahaha.kejadian kedua hampir sama cuma ceritanya berbeza dimana sedang berarak emak dirumpuh sebilangan jemaah haji lain menyebabkan emak jatuh lalu terduduk diatas kepala seorang jemaah haji.kata emak jemaah tersebut bertubuh kecil yang berlainan bangsa lalu emak memohon maaf kepadanya menggunakan bahasa isyarat kerana masing-masing tidak tahu berkomunikasi.orang itu amat marah pada emak kerana mengganggu tidurnya.alahai sekali lagi.tadi da tersepak ni da terduduk atas kepala orang pulak..berderai kami gelak mendengar cerita emak.cerita terakhit semasa menunggu waktu azan masuk,dalam pada itu ramai yang berkesempatan untuk membaca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu solat.sedang emak mengenakan kain telekung tiba-tiba terdengar orang terkentut yang agak kuat semua berpandangan dan yang paling kelakar berbau lak tu.lantas semua orang berpandangan dan ada seorang jemaah haji ni tengah membaca Al-Quran boleh berhenti seketika membaca dan ketawa berdekeh-dekeh mendengar dan melihat kejadian tersebut.setelah reda dia menyambung semula bacaanya.emak pun ketawa bersama rakan jemaah yang lain melihat wanita itu.sempat pulak dia ketawa dan sembung bacaan macam biasa.aduhai lawak betul.saya pun apa lagi gelak tak ingat punya dengar pengalaman emak.satu keluarga berderai ketawa panjang..hihihihi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment