Blogger Templates

Monday, July 16, 2012

spend time with my classmate for last day at UKM

 Alhamdulillah tingal sikit je lagi kerja mengedit tesis.even tak boleh di katakan siap sepenuhnya. Namun rasa tak sabau-sabau nak habiskan pengajian sebelum ramadhan menjelang.tapi apakan daya terpaksa siapkan tesis dalam bulan ramadha baru boleh pulang ke rumah dengan tenang.alhamdulillah Allah permudahkan urusan dengan adanya saudara terdekat tinggal berhampiran dengan UKM dan sudi membantu dan meyediakan tempat tinggal sepanjang penyiapan tesis. Terima kasih tak terhingga buat keluarga Ayah yop, Mak yong ilah, my cousin aqilah n nabilah, layanan yang saya terima amatlah baik sekali..sogan pulak eden eh..hihihihi. Berulang selama 3minggu ke UKM dari seremban. tapi perjalanan dari seremban ke UKM memakan masa hanya 30min menaiki KTM. semalam sempat berjumpa Daniah my classmate yang sangat ramah and caring. teringat masa perkenalan mula-mula dulu dengan Daniah.sebelum berkenalan dengan Daniah saya terlebih dahulu berkenalan dengan husband Daniah, Muhammad. kedua-dua mereka sangat baik dan merendah diri dan juga menghormati orang lain. negara asal mereka adalah iraq senegari dengan ali juga merupakan my classmate. Daniah sangat lembut orangnya sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak lelaki yang comel. setiap kali berjumpa dengan Daniah dia mesti berulang kali berkata saya adalah rakan baiknya di Malaysia.wah!! tak sangka dalam ramai-ramai kawan di Malaysia saya merupakan  rakan baiknya di Malaysia. bila sya tanyakan kenapa? dia menjawab kerana saya sering membantunya tak kira dalam pengajian mahupun di luar pengajian. ape yang boleh saya beritahu kepadanya sekali kita berkawan selamanya kita akan terus menjadi kawan. saya menolong awak ikhlas kerana Allah lagipun kita seagama walaupun lain bangsa dan negara.terima kasih daniah sudi menjadi rakan saya. insyallah jika saya ke iraq atau awak ke Malaysia lagi boleh kita berjumpa lagi. Insyallah..saya harap awak dan muhammad dapat menghabiskan pengajian awk di Malaysia dan juga berjaya dalam kerjaya, kehidupan di dunia dan akhirat. semoga awak bahagia bersama keluarga tercinta.jangan lupakan saya disini ye Daniah..


me and Daniah 

This is my friend Daniah

Saturday, July 14, 2012

langkah terakhir

alhamdulillah sudah melepasi langkah-langkah terakhir sebelum bergraduasi lagi..viva sudah pun settle pada 12 Julai 2012..sepatutnya 9 julai da leh settle viva tapi disebabkan oleh jadual panel n sv penuh terpaksa jugak la tukar tarikh. kelam kabut jugak la nak siapkan slide. mana taknye..rilex cam tak viva je.sok nak present rini baru siapkn slide..siapkan tu pulak dalam perjalanan je dalam ETS.sabau je la.nasib la selesa duk dalam ETS leh online n siapkan keje bagai. sampai-sampai da penat..study n prepare tuk present esok pun tak sempat. on the way ke UKM dari seremban pun leh edit lagi slide.aiseh ni viva ke present projek dalam kelas ni.ha..lantak la janji present jugak 12 julai 2012.akhirnya selamat jugak present walaupun dalam keadaan kelam kabut. so far alhamdulillah sume ok. komen dari panel n sv pun baik-baik je.diorang cakap tajuk kajian ok n sangat bagus.wah!! sangat bagus..biar betul buat lab pun sebulan je..pastu nak viva slide pun wat dalam kedaan tergesa-gesa. yang penting confident kene ade baru orang yakin kan.kalau ade komen positif mesti ade komen negetif ye dok? komen lain report of course la kene betulkan.kene tambah kene kurangkan yang mana patut n penyampaian mugkin kurang jelas unutk orang faham. so kene bagi detail penjelasan dalam tesis baru leh jilid tesis. hopefuly leh siapkan tesis sebelum pose ni..idok le teman nak duk sini time pose ni kome.tak larat dah nak berulang dari perak ke bangi..n hope sangat leh konvo dengan jayanya bulan 10 ni nanti n dapat bagi hadiah yang paling bermakna buat ayah pada hari lahirnya bulan 10 ni.semoga allah permudahkan urusan saya..amin...

Tuesday, July 10, 2012

my wishlist

nak memiliki mesin jahit dan mesin jahit tepi- done
ijazah sarjana pada tahun 2012-in progress
ijazah PHD sebelum umur 30- insyallah tengah pertimbangkan lagi kalau boleh nak sambung study kat oversea with my new family with husband and my child insyallah..
business sendiri-alhamdulillah masih baru lagi
kerja in field engineeng or education- insyallah bergantung pada rezeki
menunaikan haji pada usia muda-insyallah..tapi my dad cakap kena ada muhrim gi sana..oh no kene kawin cepat ni leh g ngan husband insyallah.hahahha
kawin- apepun kawen ni tak nak le lambat-lambat sangat sebelum umur 30 da settle kawen.hahaha (awat gatai beno ni..-ala biala wei umo pun bukan makin menurun.hahahaha)
nak jadi orang yang berjaya didunia dan akhirat dan dapat berbakti pada orang yang lebih memerlukan insyallah. dan sentisa bersyukur atas rezeki yang Allah tak kira sikit mahupun banyak

buka fb pepagi selalu amik kata-kata semngat dari kawan-kawan mahupun sedara mara untuk motivasi diri yang boleh jadi teladan antara kata-kata mereka:

kita rasa kita lemah itu tanda kita akan jadi kuat.sakit itu tanda Allah nak bagi kita rehat, sebab selepas itu kita akan kerja kuat.~post by en muhsien-Pensyarah~

kekayaan boleh mengabur jalan yang jujur jadi saya tak mahu jadi kaya.baik saya minta untuk jadi sederhana dan jujur~Pn Haneem-peguam~

kalau nak jadi hebat kita kena bercampur dengan orang hebat baru kita hebat tapi jangan lupa dimana kita berdiri dan ukurlah baju dibadan sendiri.walaubagaimana pun selalukan lah merendah diri jangan selalu berbangga diri kelak memakan diri.~post by zaifasha




my dream come true


alhamdulillah impian untuk memiliki mesin jahit sendiri tercapai jugak akhirnya..kalau orang lain sibuk untuk membeli ipad.iphone,galaxy note or sebagainya tapi saya lebih kepada untuk memiliki mesin jahit. sudah dekat 10 tahun lebih tunggu nak beli mesin jahit ni tapi disebabkan kekangan kewangan terpaksa tangguhkan pembelian mesin sendiri. lagipun mak dan ayah bertegas if nak bli barang kemahuan jangan sekali-kali guna wang pinjaman pengajian.wang pengajian hanya untuk pengajian sahaja.so dalam erti kata lain.say no for berfoya-foya-foya guna wang pengajian. if nak barang kemahuan kene guna wang sendiri ye kata mak n ayah.huhuhuhu..kadang-kadang cemburu gak tengok kawan-kawan tukar hp and etc tapi tahan je la dalam hati ni duk cakap sabar la ye nanti da keje leh beli. jap je lagi susah kejap je. akhirnya penantian selama 10tahun berbaloi jugak dapat jugak memiliki mesin jahit idaman.hopefully mereka dapat memberi kerjasama dengan baik.jenuh jugak pujuk mak n ayah nak beli mesin ni akhirnya diorang setuju benarkan anak nan bertuah ni beli mesin jahit sendiri.loncat tinggi-tinggi pas dapat permission diorang.hahahaha. (kena mintak permission dulu even duit sendiri pun restu diorang ni penting nanti tak myesal kemudian hari.hihihi)mekaceh mak n ayah.happy sangat-sangat..pasni boleh la wat projek banyak-banyak.tada!!!! ni dia wajah-wajah kesayangan hamba..luv u la nv950 and 3034D..muah!!muah!!muah!!

mesin jahit brother nv950 sulam berkomputer dan jahitan lurus biasa

mesin jahit tepi brother 3034D

Thursday, June 28, 2012

Akhirnya.....

setelah 3 minggu pulun menulis thesis..akhirnya siap jugak dan selamat di cetak dan di berikan kepada penyelia dan panel. sepanjang 3 minggu penulisan thesis macam-macam perkara berlaku.

1) Menulis sambil minggu exam berlansung
3)2 hari sebelum 1st paper sempat lagi buka booth kat Unikl RMP bersama ayah muda. sambutan agak baik. tapi penat jugak terkejar-kejar nak balik ke bangi lepas selesai sebab sehari sebelum buka booth tak tido teman mak cho tido ke sekolah dia ada kiamulail.esok pagi terus ke Unikl buka booth..ngantukye tuhan yang tahu. ontheway ke bangi dalam ETS ape lagi beta tido la..hihihihihi

2) Pada second paper time tu paklong kembali ke rahmatullah. jam 4.30 pagi dapat sms dari mak esok jam 9 ada paper.pas exam terus ke taiping jenguk keluarga my cousin. beliau sudah 3 minggu dihospital taipng di masukkan dalm unit ICU. my cousin balik sebelum minggu study week lagi. tak dapat temankan dia coz time 2 last week wat lab dan da deal ngan pegawai sains tuk run my sample tuk dapatkan data dan ade appoiment ngan my SV. so tak dapat temankn dia. sian kat dia tak fokus exam pun fikirkan keadaan ayah dia. hope sangat dia dapat meneruskan pengajian dia lag 1tahun. lagi pun pengajian dia sekarang ni pun wasiat arwah kepada my cousin coz beliau yang beria-ria sangat nak my cousin sambung study lagi. sangat-sangat touching time tu..mampu bagi kata-kata semngat pada my cousin. if kat tempat dia pun tak tau la macamana perasaan ni if satu-satunya ayah yang paling kita sayang pergi meninggalkan kita tanpa sebarang kata. paklong koma sepanjang di ICU. sampai sekarang susah untuk mereka sekerluaga menerima kenyataan paklong tiada di dunia ni. semoga kalian tabah menghadapi ujian dari Allah ni. kita sama-sama doakan kesejahteraan paklong disana dan di tempatkan dikanlangan orang-orang yang beriman.

3) masuk minggu ketiga ingatkan nak siapkan cepat isnin 25hb hantar draft thesis tapi lappy lak buat hal 2hari sebelum nak anta.huagh!! ingatkan minggu 3 nak siapkan draft dan viva esok tapi hampa coz my sv xde bz dan miggu depan pun jadual dia full. so dapat email fowward dari my SV tuk my panel. 


Rujuk percakapan telefon kita sebentar tadi, diucapkan terima kasih
kerana bersetuju menjadi pemeriksa bagi tesis pelajar MSc Envr Eng Nor
Ain. Viva beliau adalah ;

Tarikh    :   9 Julai 2012
Masa     ;   3 ptg
Tempat   :   Pusat Pencerapan Bumi


sekian
Dr Othman Jaafar




wawawawawa!! nape lambat sangat ni.ingatkan leh la abiskan study bulan ni tapi hampa..alamatnya settle bulan 7 ni la jawabnya..huhuhu..

4) rabu pagi 27hb nak anta draft kat sv tiba-tiba printer xde tonner.wawawawa nangis..da la tonner tuk lazer jet printer mahal..RM90.last timbang punya timbang baik la bli baru. tambah skit je duit la kan. (adui kopak aku).

ni la orang-orang kuat di sebalik tabir pembikinan draft thesis saya.mekaceh.lappy pnjam ngah punya my lappy masuk sepital.tapi ko printer wat hal pulak mula-mula nak test print.ngengade ye kau..sampai aku nyaris-nyaris tak gile janji pagi anta pagi-pagi ko wat hal. last-last cal SV mntak anta petang..fuh!! lega ko tolong aku sebelum petang kul 5.nasib SV aku sempoi.


dan akhirnya siap jugak draft thesis sebelum pulang ke kampung halaman..alahai la thesis..tak tido malam saya fikir sal awak tau.boleh gila saya bila orang-orang kuat saya buat hal. 
betul la kata makcik-makcik bukan mudah nak berjaya..

Friday, June 22, 2012

Dikala stress melanda

apa akan anda buat jika anda stress? stress sal lappy x abis lagi ni..

1)Panggil nama mak..mak..o mak..mak pun jawab ye ade ape kak long? mak...blabla....(mula start ngadu..)hihihi :-P
2)Tak lama kemudian dengar kete ayah kat luar rumah baru balik dari manjung urusan keje..kawan baru je sampai rumah..sebut nama ayah pulak. Ayah....belum sempat nak bukak mulut mak pulak memotong..ha nak ngadu kat ayah le tu sal lappy dia..hihihi macam tau-tau je mak ni kan..ala bukan selalu nak ngadu..baru nak manja-manja skit xkan tak boleh kot mak..hahahaha...
3) Mula ke dapur nak buat ekserimen ke atas bahan-bahan ape yang ada kat dapur tu kot-kot la boleh di jadikan santapan di kala stress melanda ni kan..nah ni hasil nya..




tada!!!home made ice ream..
wah mood kembali ceria coz ice-cream menjadi..well done..



assalamualaikum semua..kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan urusan pengajian. dan insyallah pada minggu hadapan tamatlah pengajian saya. buktinya lihat saja meja bersepah sana-sini konon pulun wat thesis..sekali malam ni lappy wat hal.tiba-tiba je hang.bukan hang aje tapi dengan dia-dia sekali pening cam tuan die sampai font kat keyboard  leh tkr jd nombor.haish!!macamana ni???.ingatkan sempat la dia bertahan sampai mggu depan rupanya tidak sama sekali..adoi..nape time ni kamu nak wat hal en. lappy..mau pecah pale den fikir cara. akibatnya keje terpaksa di tangguhkan wat seketika..(tangguh pe lagi miggu depan  anta  report thesis..wuah!!!..tulun-tulun!!)