Blogger Templates

Wednesday, February 29, 2012

visit baby ayra

26 febuari 212 tempoh hari dapat berita dari my classmate yang dia selamat bersalin baby girl di hospital serdang.bila dapat tau berita afida selamat melahirkan baby girl kawan dia ni lak sangat teruja because hari-hari dalam kelas tengok perut dak fida ni pastu dok fikir bila la baby ni kuar.pastu sempat lak meramal baby ape dalam perut dia.macam mak bidan lak."fida,orang rasa baby ni nanti mesti baby girl" fida lak senyum je."kita tengok la baby apa yang kuar nanti"kata fida.nak dijadikan cerita 26 febuari besday dak fida ni.dia memang nak baby dia kuar time besday dia.lastly dapat jugak lahir same date dengan mommy dia.baby tu adalah hadiah besday dan anugerah tak ternilai buat fida pada hari lahir fida.jadi semalam baru berkesempatan melawat baby kenit yang bernama syarifah adelia ayra bt syed mohd azrie azanie.alahamdulillah kedua-duanya sihat.
 hai my name is syarifah adelia ayra bt syed mohd azrie azani
 me with baby ayra
 my cousin with baby ayra
baby gift for baby ayra :-)

Monday, February 27, 2012

bersyukurlah anda menjadi seorang wanita

'if everyone knew the true status of Muslim women,even the men would want to be a women'

my best friend wedding

selamat pengantin baru baru yana dan feruz.semoga berbahagia dunia dan akhirat.
bergambar dengan classmate

sesi bergambar lepas makan.:-P
girls classmate yang datang nazirah da berangkat pulang time ni.
me and my best friend yana.

jalan-jalan time weekend

memandangkan weekend ni tak pulang ke kampung, so this weekend ni kami pun gi jejalan area kuala selangor.da alang-alang duk kat selangor ni pe salahnya cari sedara mara kat area sini.tengah lapang masa lebih baik isi masa lapang tuk spend time dengan family.saya ke kuala selangor umah kakak my cousin kak ayu.then leh tengok anak sedara kami yang kiut miut tu si mohamad eiman khalisy bin mohamad zailee.actually cousin ke kuala selangor sendiri because saya ada undangan perkahwinan rakan sekelas sekolah menengah. on the way balik dari kenduri saya singgah ke rumah kak ayu dan abang zailee kat kuala selangor dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing.so kami pun tidur kat umah kak ayu semalam.pada keesoknya abang elly (suami kak ayu) belanja kami KFC kat Plaza Alam Center.sepanjang duk umah kak ayu kami pun mula la berborak-borak.cuma time tido jela tak berborak kan takkan la time tido pun nak berborak sakan.celik-celik je mata kami pun sambung borak sampai gerak dari umah umah kak ayu nak hantar kami ke ktm shah alam da petang.sebelum ke ktm shah alam kami singgah ke Plaza Alam Centre mamam dulu sebelum balik.dak Eiman ni baik je duk ngan ayah dia.tak banyak ragam pun.senang betul jaga dak ni.da la comel rasa cam nak bawa lari je jaga dia.hihihi..marah mama dan ayah Eiman nanti.kalau nak tau muka dak Eiman ni sebiji copy paste muka ayah dia.serius comel dak Eiman ni.apepun jalan ke kuala selangor sangat best coz kak ayu dan abang elly sangat sporting,walaupun saya tak punya abang dan kakak tapi rasa macam kak ayu dan abang elly cam adik beradik sendiri pulak.so dapat jugak tumpang merasa ada kakak dan abang.tambah lak dapat main dengan dak Eiman ni.terima kasih abang elly belanja makan KFC.nanti kami datang lagi leh la request belanja lagi ye.

hai nama saya  mohamad eiman khalisy bin mohamad zailee
 eiman with ayah.
 yey!!eiman with ayah and mama..ni la ayah and mama ieman
 yang ni lak mak yang eiman
kaklong with ieman..ops!!mak long..hehehe

Thursday, February 23, 2012

borak punya borak

malam semalam kami berborak dar pas solat isyak sampai jam dekat kul 3.rupa cam tak penah borak je.hihihi.topik borak sal resepi.semestinya saya la yang mintak resepi.my cousin ni pandai masak tau.memang kena la pada cousin dia yang baru-baru nak belajar masak ni kan.abis sume resepi nak mintak macam la da tak jumpe esok.dah la tak salin dalam ketas.just mintak cam tu je bajet otak ni memori kuat nak ingat sume.hahaha.abis resepi dari tradisi samapi moden.tapi hampeh je coz esok bagun da lupa.tapi saya sangat seronok sekurang-kurangnya ada mento leh jadi pengajar tuk diri ni.:-).nasib kelas sem ni petang sokmo.jadi banyak masa terluang.(ececeh..macam la tak de keje nak buat.masa itu emas cik zaifasha....;-)

pengalaman ibu menjadi jemaah haji 2010

petang tadi saya terbaca pengalaman jemaah haji di majalah mingguan wanita.seraya saya teringat pengalaman emak menunaikan haji 4bulan lalu mebuatkan hati saya tersenyum.sebaik sahaja kedua ibu dan ayah saya pulang saya pun segera pulang.teramat rindu pada keduanya.semua adik beradik saya pulang kecuali adik yang belajar di UTHM tidak pulang memandangkan jauh.semestinya kedua ibu dan ayah menceritakan pengalaman mereka disana.pengalaman emak saya rasakan amat mencuit hati saya.emak punya 3 cerita berbeza yang membuatkan deraian ketawa kami sekeluarga.mana tidaknya pekara yang tidak sengaja menjadi bahan ketawa kami.emak bercerita 2 kejadian daripadanya adalah disebabkan tindakan tidak sengajanya dimana semasa menunaikan rukun islam kelimanya emak tersepak kepala orang kulit hitam yang tengah tidur nyenyak.menjadi kebiasaan mereka tidur dikaki lima.bila tibanya musim haji semua umat islam berkumpul berpuluhan juta orang jadi tidak hairanlah emak bertindak demikian.tapi yang menjadi kelakarnya ialah orang kulit hitam itu tidur dalam kedaan selubung menyebabkan emak tidak perasan bahawa itu adalah orang sedang tidur.maka selepas emak tersepak orang itu,dia pn kuar dari kepompongnya untuk melihat siapakah yang menyepaknya.lantas emak lari cepat-cepat dari pandangan orang itu.hahaha..ata emak nasib dia tak nampak kalo tak habis la mak nanti.hahahaha.kejadian kedua hampir sama cuma ceritanya berbeza dimana sedang berarak emak dirumpuh sebilangan jemaah haji lain menyebabkan emak jatuh lalu terduduk diatas kepala seorang jemaah haji.kata emak jemaah tersebut bertubuh kecil yang berlainan bangsa lalu emak memohon maaf kepadanya menggunakan bahasa isyarat kerana masing-masing tidak tahu berkomunikasi.orang itu amat marah pada emak kerana mengganggu tidurnya.alahai sekali lagi.tadi da tersepak ni da  terduduk atas kepala orang pulak..berderai kami gelak mendengar cerita emak.cerita terakhit semasa menunggu waktu azan masuk,dalam pada itu ramai yang berkesempatan untuk membaca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu solat.sedang emak mengenakan kain telekung tiba-tiba terdengar orang terkentut yang agak kuat semua berpandangan dan yang paling kelakar berbau lak tu.lantas semua orang berpandangan dan ada seorang jemaah haji ni tengah membaca Al-Quran boleh berhenti seketika membaca dan ketawa berdekeh-dekeh mendengar dan melihat kejadian tersebut.setelah reda dia menyambung semula bacaanya.emak pun ketawa bersama rakan jemaah yang lain melihat wanita itu.sempat pulak dia ketawa dan sembung bacaan macam biasa.aduhai lawak betul.saya pun apa lagi gelak tak ingat punya dengar pengalaman emak.satu keluarga berderai ketawa panjang..hihihihi

Wednesday, February 22, 2012

MASA DEPAN AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA

Firman Allah Subhana wa Ta'ala di dalam surah An-Nahl, ayat 1:
....sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian meminta untuk disegerakan...

oleh kerana itu janganlah mendahului sesuatu sebelum terjadi!apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak?hari esok adalah sesuatu yang belum nyata .biarlah hari esok datang dengan sendirinya.

KREDIT TO--> La Tahzan tulisan Dr. Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

lawatan ke stokis gamat emas ipoh

depan kedai ayah muda..
kami la CEO..hehehe
kekonon nak check stock.ececeh..

kepada ayah muda.selamat maju jaya dalam business dan dimurahkan rezeki dalam mencari keberkatan dari Allah.kami sekeluarga sentiasa mendoakan terbaik tuk ayah muda sekeluarga.kepada sesiapa penguna gamas emas sila ke stokis terbaru gamat emas ipoh terletak di antara pekan chemor dan klebang restu ipoh.

kisah mata

malam semalam saya dan my cousin kekedai buku dan alat tulis ziplee kajang tuk beli barang-barang study.nasib ade baucer tapi guna RM50 je takut sem ni kene beli buku study.lecturer lak nak beli buku ori lak tu comfirm le mahal buku tu so simpan lagi RM100.RM 50 lagi da abis guna adik bongsu.baucer 1 malaysia tu kan RM200 semuanya tapi ada 4keping setiap keping RM50 so jumlah dia RM200.buku adik saje da RM50 adik saya ni memang minat buku novel kanak-kanak.satu buku je da dekat RM20.leh kata sume buku novel kanak-kanak satu je buku motivasi,tu pun saya ambil tuk dia baca.daripada beli buku novel baik beli buku motivasi sekurangnya boleh naikkan semangat tuk belajar.prestasi belajar dia tahun lepas merosot teruk sekali.kalau beli buku latihan comfirm taknak buat kan.so beli buku motivasi sekurangnya boleh buat anjakan paradikma sikit.alamak cerita pasal mata ke cerita sal baucer ni?selepas habiskan masa dan baucer kat kajang,kami pulang ke hostel.kami keluar ke kajang pun da petang.actually mata kami mengantuk time tu tapi memandangkan tak elok tido petag buat la aktiviti lain.so saya cadangkan pada cousin ke kedai buku petang semalam.sampai je hostel,bekalan air pulak terputus kat kolej.kami sampai hostel da magrib jadi amik wuduk siap-siap.pas solat masing-masing mata da kuyu akibat mengatuk tahap maksimum.tapi nak jaga air wuduk kami sampai solat isyak.pas je solat isyak kami makan juadah tengahari tadi.actually kami memang masak sendiri kat sini sebab nak jimat kos dan yang paling penting kami malas nak ke cafe.hehehehe.setelah kenyak masing-masing ke katil.pelik bin ajaib atas katil automatik mata kami segar bugar.adeh macamana ni?then kami pun online macam biasa.bila da online sekali lagi mata mengantuk..bergerak lagi ke katil segar lagi mata ni.aik!nape ni?my cousin lak ada kelas pagi kul 8 of course la kena tido awal.saya tak pe ari-ari kelas petang.at the last saya yang tido awal my cousin lak tido lambat.padahal kami betul-betul mengantuk teramat sangat.aduhai mata...
kekonon nak guna sume baucer ni.lastly sekeping je guna

Monday, February 20, 2012

bila sem baru bermula

argh!!malasnya nak balik.lagi seminggu je tinggal padahal keje belambak tak siap-siap lagi ni.then dapat message dar my cousin dia bagitahu yang dia jadi daftar pengajian sem ni setelah mintak tangguh daftar pengajian sem lepas.my aunty adalah seorang OKU yang tidak punya kedua-dua belah kaki.sepanjang maklong sakit my cousin ni la yang jaga dan uruskan maklong.sejak dari kami sekolah menengah lagi maklong mederita sakit kencing manis.kadang-kandang kami tak mampu tengok penderitaan dia.macam-macam ujian yang Allah berikan pada maklong sekeluarga.tambahan pulak paklong mengidap sakit jantung.besar sungguh ujian maklong sekeluarga kadang-kadang paklong dan maklong masuk wad serentak.dan baru-baru ni mata maklong di anggap buta sebelah kerana kecuaian pihak hospital mata maklong menjadi kecut dan paklong batuk berdarah.sekiranya saya di tempat cousin saya,saya tak tau saya mampu atau tak tuk terima ujian keluarga sebegitu.oleh kerana kedaan ibu dan ayah cousin saya tidak mengizinkan dia meneruskan pengajian sem lepas jadi cousin say menangguhkan pengajian tuk sem seterusnya.di dunia ni kita hanya dikurniakan seorang emak dan ayah dan tiada gantinya. saya selalu berdoa supaya Allah kurangkan beban mereka sekeluarga.saya selalu katakan pada cousin saya 'besar pahala anak yang menjaga kedua ibubapa yang sakit insyallah berkat menjaga ibu dan ayah ada hikmah yang lebih besar dalam kehidupan kita".saya mohon sesiapa yang membaca blog saya,tolong doakan kesejahteraan keluarga cousin saya supaya Allah ringankan ujian buat mereka dan semoga paklong dan maklong saya sembuh.dan hari ini saya dan cousin tinggal sebilik.alhamdulillah..setelah satu sem saya terpaksa sesorang je kat sini sekurang-kurangya ada kawan tuk bersembang dan bertukar-tukar pendapat.oleh kerana terlalu happy ada kawan kat sini tiap-tiap hari kami akan bersembang macam-macam perkara sampaikan tak sedar sembang punya sembang jam da menunjukkan kul 1,2pagi dari pas magrib menyembang.hadoihai!!seronok punya pasal sampai lupa waktu da lewat.hihihihi.

bila cuti semester sudah berakhir

bila cuti semester sudah berakhir..of course la malas teramat-amat sangat tuk balik.huhuhu.seminggu sebelum cuti semester berakhir terpaksa balik coz nak siapkan mula kerja lab yang pada awalnya nak wat masa cuti semester.harus la tak boleh kan buat time cuti sem.cuti sem pun xsampai 1 bulan tak kan la nak burn cuti sem tu.sepanjang cuti sem masa dihabiskan bersama family tersayang.walaupun kami tak pergi bercuti tapi rasa cam pergi bercuti tempat yang menarik kat umah.hehehe.jiran sebelah sampai dua kali berkelah.family kami hanya berkelah depan umah.hehe kira ok la tu kan.sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti bersama keluarga.suatu hari tu saya tiba-tiba nyuarakan pada ayah nak buat satay tuk kali kedua coz tak puas ati masa wat satay first time dulu.nak tau sebab ape?satay yang dimasak tak cukup tukang bako pun tak sempat nak makan.esoknya ayah da siap beli ayam dan danging tuk buat satay.saya tukang perap daging dan buat kuah kacang.tukang bako lak adik-adik teruna sekalian yang bako.selalu time bako membako bak kate usop welca 'kite bako je' dah sah-sah orang laki la kene bako.time tu saya jadi pemerhati je.kebetulan lak adik bongsu laki ni wat part time bako satay.dia la ketua.kali ni kami masak lebih sikit.pas siap macam goreng pisang panas satay abis dimakan dengan perasaan yang sangat puas ati coz masing-masing kenyang.alhamdulillah.memandangkan kami sume balik umah kebetulan burung puyuh dan ayam kat umah da sampai masa tuk dijadikan hidangan.sekali lagi kami makan besar.dan dalam masa cuti semeasti jugak berpeluang melawat adik-adik di penang dan kelantan.alhamdulillah ngah dah ada semngat tuk meneruskan pengajian di kelantan.chik pulak tak balik-balik umah lepas kumpul ramai-ramai.then kami pun lawat la dia kat penang.rupanya dia bukan tak nak balik moto dia rosak tapi still boleh bawa ke office cuma takut tuk dibawa dalam perjalananan jauh.alahai sian adik kaklong.patut la kami tunggu kamu balik tak balik-balik.dan masa hujung cuti sem jugak saya berpeluang jadi cikgu tadika.sekurang kurangnya hilang jugak bosan duk umah selain jadi suri rumah sepenuh masa kadang-kadang jadi chef,tukang jait kat umah dan jadi designer tadika emak.walaupun kadang-kadang penat tapi cukup membuatkan saya happy di rumah.rasa nak duk je umah tak nak kemana-mana.hehehehe
burung puyuh menu special dari ayah..

this time is me as chef


salah satu sudut saya deco tuk tadika emak saya..

Friday, February 10, 2012

gelagat mereka

 perhimpunan pagi dan bacaan doa.mak jadi cikgu pengiring..

 pada sudut sebelah kanan ade beberapa pelajar membaca iqra'

 bacaan surah pilihan dan hadis beramai-ramai.

 ada lak terselit sorang bawa botol susu kat sekolah.hehehehe..puas cikgu pesan jagan bawa botol tapi still bawa jugak..sabo jela..

 dak paling nakal si hadi memerhati sasaran tuk dijadikan magsa buli.sape je dekat abis sume kena tumbuk.sume orang takt nak kawan dengan dia.dah besar nanti jagan jadi gengstar sudah la ye hadi..mintak jauh la..

 geng makan dak boy..cam bese si hadi duk tengah jadi ketua.orang lain mampu tengok je..aduhai..

 geng dak pompuan lak mamam..ha camni la bagus duk baik-baik tak gaduh-gaduh..good girl dear..

 aktiviti pas makan..yeh!!main beramai-ramai.yang dua orang ni sibuk nak jadi ultraman..thaqif:kalo berani datang la dekat.(da macam ultraman melayu je ni silat la sayang oi..bukan ultraman..hehehe)

 dalam bayak-banyak kawan laki kawan girl jugak dia nak main.tapi yang bahayanya ajak dak girl main gusti-gusti lak tu..aduhai cam-cam la hal korang ni..

 yeah..altraman datang..dush!!dush!!dush!!(cikgu gelak sorang belakang pintu..hihihihi)

ha..dak duarang ni wat pe lak ni??dak bedua ni ditangkap cikgu kerana berdua-duaan bukan muhrim kekonon nak ponteng taknak wat latihan cikgu bagi.si afiq ni syok abis kat wan amirah siap cium pipi dak wan amirah ni.aduhai!!tak boleh la wat camni afiq..kalau afiq wat kat adik afiq tak pe la.ni kawan afiq marah mak ayah dia nanti.wan amirah ni pulak budak paling pemalu dalam kelas suara langsung tak kuar depan cikgu.bila ngan afiq boleh lak cakap.afiq ubat ape awak bagi kat wan amirah ye?minyak pengasih ke?kecik-kecik lagi da pandai ngorat ni..bahaya tul dak-dak zaman sekarang ni..alahai anak-naka murid cikgu da besar nanti jangan buat macamni ye dear.jaga akhlak baik-baik tau.dalam ati ni duk berkata anak sapa la ni..sekali ayah dak girl ni ustaz.hah anak ustaz?da la tu anak kawan mak lak tu.saya pun kenal ayah dia ni.adeh!!hahahaha..ustaz anak ustaz ni gatai dalam kelas serupa je cam dak afiq ni..wan amirah jangan laan dak afiq ni ada ciri-ciri buaya tembaga ni..hihihihi..

Thursday, February 9, 2012

besday..

7 febuari lalu bertambah lagi umur cik zaifasha ni.yang pasti tak kan menurun pulak kan.tak de papepun yang menarik besday tahun ni tapi meninggalkan pelbagai perkara lucu besday kali ni.2 hari sebelum besday adik bongsu saya wat lawak.

adik:kak long hadiah ape ye adik nak bagi kat kaklong nanti..adik tak tau nak beli ape kat kalong.(dalam ati ni cakap aiseh patutnye dia tanye la sape-sape tapi bukan aku..gelak dalam ati jela takut dak kecik ni kecik ati lak.hehehe..sabo jela).teruja sangat je dak ni nak smbut..akak dia bese je.hehehe.

sampai hari besday pada 7hb dia lupa nak wish da dekat 12malam baru dia ingat leh pulak dia ngadu

adik:macamana ni kak long adik tak sempat nak bagi ucapan selamat hari jadi pun kat kaklong.
kaklong:tak pe dik sekarang pun boleh adik nak bagi ucapan.
adik:tak boleh adik kene ucap kat fb...
kaklong:??(blur sekejap..pastu gelak).

esoknya 8hb ad nota kecil tulisan adik berbunyi 'terima kasih kalong dan selamat hari jadi ke-26'.pada nota berkenaan ada satu bookmark kecil.setelah adik pulang sekolah..

 kaklong:adik terima kasih bagi bookmark kat kaklong..bape harga bookmark ni comel la.
adik:ala murah je 0.30sen je.(hahaha..aduhai saje je nak uji dia leh lak dia bagitau harga..)kaklong adik nak bagi kek la kat kalong..
kaklong:adik ade duit ke nak beli kek?kalo takde takpe kaklong tak kesah pun.bookmark ni pun da cukup.
adik:adik tak da duit pun.tu sebab adik beli bookmark je.(sayu lak dengar ayat dia ni.tak jadi nak gelak macam selalu).

hari ini dalam sejarah kerana adik kalong malu besar tau.tapi tuk adik happy kaklong tebal muka jugak la.tak pernah dalam sejarah kaklong beli kek tuk diri sendiri.kalo tak kantoi tak pela takde orang tau ni kantoi kaklong beli kek tuk diri sendiri gara-gara adik nak jugak sambut besday kaklong.adik pesan kat ayah suh beli kek kaklong.ayah pulak pas kat kaklong suh beli kek kat kaklong coz ayah bz dengan urusan kereta.lama kaklong pusing-pusing dalam kedai kek tu (ish nak beli ke tak ni?takkan aku beli tuk diri sendiri?)kaklong kuar dari kedai kek,then ayah tanya..kaklong da beli ke kek?hurm tak pun.gi la beli adik yang nak sian kat dia.kaklong pun masuk balik kedai tu.pejam mata jela pilih and amik terus bawa ke kaunter..

tokey kedai:nak tulis ape ni dik?
kaklong:selamat hari lahir kaklong (ni pun lama kaklong fikir lama jgak tokey kedai tunggu sampai tanya 3kali baru ayat ni yang keluar).
tokey kedai:adik ni ank cikgu yang keberapa ya?(rupa-rupanya tokey kedai kek tu kenal ayah).
kaklong:erk?sulung.

kebetulan ada pelanggan sorang ni dari saya pilih kek sampai la abis beli kek dia ada dikaunter.then dia pun nyampuk 'eh! adik beli kek tuk diri sendiri ke?kaklong:alamak kantoi la pulak.(ape boleh buat gelak besau le..hehehehe..malas nak cite hal sebenar..malu tau adik.tak pernah kalong beli kek tuk diri sendiri.aduh malunya..tak tau nak sorok muka kat mana..berderai gelak tawa tokey kedai dan pelanggan sorang tu.)setibanya di rumah saya ceritakan hal tersebut pada keluarga.habis sume gelakkan saya.orang pertama yang gelak besar sape lagi mak la adik-adik yang lain dan ayah pulak tolong back up gelak.satu umah gelakkan saya.alahai adik kaklong....
gara-gara kek ni kak long malu teramat sangat.tapi apa yng lebih penting kaklong dapat happy kan adik.supaya hajat adik tercapai nak sambut besday kaklong bak kata pepatah adik 'kaklong adik kakak terbaik dalam dunia"..(hehehe tak dela sampai cam tu sekali dik..sungguh besar penghargaan adik buat kaklong..terima kasih adik..)