Monday, February 20, 2012
bila sem baru bermula
argh!!malasnya nak balik.lagi seminggu je tinggal padahal keje belambak tak siap-siap lagi ni.then dapat message dar my cousin dia bagitahu yang dia jadi daftar pengajian sem ni setelah mintak tangguh daftar pengajian sem lepas.my aunty adalah seorang OKU yang tidak punya kedua-dua belah kaki.sepanjang maklong sakit my cousin ni la yang jaga dan uruskan maklong.sejak dari kami sekolah menengah lagi maklong mederita sakit kencing manis.kadang-kandang kami tak mampu tengok penderitaan dia.macam-macam ujian yang Allah berikan pada maklong sekeluarga.tambahan pulak paklong mengidap sakit jantung.besar sungguh ujian maklong sekeluarga kadang-kadang paklong dan maklong masuk wad serentak.dan baru-baru ni mata maklong di anggap buta sebelah kerana kecuaian pihak hospital mata maklong menjadi kecut dan paklong batuk berdarah.sekiranya saya di tempat cousin saya,saya tak tau saya mampu atau tak tuk terima ujian keluarga sebegitu.oleh kerana kedaan ibu dan ayah cousin saya tidak mengizinkan dia meneruskan pengajian sem lepas jadi cousin say menangguhkan pengajian tuk sem seterusnya.di dunia ni kita hanya dikurniakan seorang emak dan ayah dan tiada gantinya. saya selalu berdoa supaya Allah kurangkan beban mereka sekeluarga.saya selalu katakan pada cousin saya 'besar pahala anak yang menjaga kedua ibubapa yang sakit insyallah berkat menjaga ibu dan ayah ada hikmah yang lebih besar dalam kehidupan kita".saya mohon sesiapa yang membaca blog saya,tolong doakan kesejahteraan keluarga cousin saya supaya Allah ringankan ujian buat mereka dan semoga paklong dan maklong saya sembuh.dan hari ini saya dan cousin tinggal sebilik.alhamdulillah..setelah satu sem saya terpaksa sesorang je kat sini sekurang-kurangya ada kawan tuk bersembang dan bertukar-tukar pendapat.oleh kerana terlalu happy ada kawan kat sini tiap-tiap hari kami akan bersembang macam-macam perkara sampaikan tak sedar sembang punya sembang jam da menunjukkan kul 1,2pagi dari pas magrib menyembang.hadoihai!!seronok punya pasal sampai lupa waktu da lewat.hihihihi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment