Blogger Templates

Thursday, February 23, 2012

pengalaman ibu menjadi jemaah haji 2010

petang tadi saya terbaca pengalaman jemaah haji di majalah mingguan wanita.seraya saya teringat pengalaman emak menunaikan haji 4bulan lalu mebuatkan hati saya tersenyum.sebaik sahaja kedua ibu dan ayah saya pulang saya pun segera pulang.teramat rindu pada keduanya.semua adik beradik saya pulang kecuali adik yang belajar di UTHM tidak pulang memandangkan jauh.semestinya kedua ibu dan ayah menceritakan pengalaman mereka disana.pengalaman emak saya rasakan amat mencuit hati saya.emak punya 3 cerita berbeza yang membuatkan deraian ketawa kami sekeluarga.mana tidaknya pekara yang tidak sengaja menjadi bahan ketawa kami.emak bercerita 2 kejadian daripadanya adalah disebabkan tindakan tidak sengajanya dimana semasa menunaikan rukun islam kelimanya emak tersepak kepala orang kulit hitam yang tengah tidur nyenyak.menjadi kebiasaan mereka tidur dikaki lima.bila tibanya musim haji semua umat islam berkumpul berpuluhan juta orang jadi tidak hairanlah emak bertindak demikian.tapi yang menjadi kelakarnya ialah orang kulit hitam itu tidur dalam kedaan selubung menyebabkan emak tidak perasan bahawa itu adalah orang sedang tidur.maka selepas emak tersepak orang itu,dia pn kuar dari kepompongnya untuk melihat siapakah yang menyepaknya.lantas emak lari cepat-cepat dari pandangan orang itu.hahaha..ata emak nasib dia tak nampak kalo tak habis la mak nanti.hahahaha.kejadian kedua hampir sama cuma ceritanya berbeza dimana sedang berarak emak dirumpuh sebilangan jemaah haji lain menyebabkan emak jatuh lalu terduduk diatas kepala seorang jemaah haji.kata emak jemaah tersebut bertubuh kecil yang berlainan bangsa lalu emak memohon maaf kepadanya menggunakan bahasa isyarat kerana masing-masing tidak tahu berkomunikasi.orang itu amat marah pada emak kerana mengganggu tidurnya.alahai sekali lagi.tadi da tersepak ni da  terduduk atas kepala orang pulak..berderai kami gelak mendengar cerita emak.cerita terakhit semasa menunggu waktu azan masuk,dalam pada itu ramai yang berkesempatan untuk membaca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu solat.sedang emak mengenakan kain telekung tiba-tiba terdengar orang terkentut yang agak kuat semua berpandangan dan yang paling kelakar berbau lak tu.lantas semua orang berpandangan dan ada seorang jemaah haji ni tengah membaca Al-Quran boleh berhenti seketika membaca dan ketawa berdekeh-dekeh mendengar dan melihat kejadian tersebut.setelah reda dia menyambung semula bacaanya.emak pun ketawa bersama rakan jemaah yang lain melihat wanita itu.sempat pulak dia ketawa dan sembung bacaan macam biasa.aduhai lawak betul.saya pun apa lagi gelak tak ingat punya dengar pengalaman emak.satu keluarga berderai ketawa panjang..hihihihi

Wednesday, February 22, 2012

MASA DEPAN AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA

Firman Allah Subhana wa Ta'ala di dalam surah An-Nahl, ayat 1:
....sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian meminta untuk disegerakan...

oleh kerana itu janganlah mendahului sesuatu sebelum terjadi!apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak?hari esok adalah sesuatu yang belum nyata .biarlah hari esok datang dengan sendirinya.

KREDIT TO--> La Tahzan tulisan Dr. Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni

lawatan ke stokis gamat emas ipoh

depan kedai ayah muda..
kami la CEO..hehehe
kekonon nak check stock.ececeh..

kepada ayah muda.selamat maju jaya dalam business dan dimurahkan rezeki dalam mencari keberkatan dari Allah.kami sekeluarga sentiasa mendoakan terbaik tuk ayah muda sekeluarga.kepada sesiapa penguna gamas emas sila ke stokis terbaru gamat emas ipoh terletak di antara pekan chemor dan klebang restu ipoh.

kisah mata

malam semalam saya dan my cousin kekedai buku dan alat tulis ziplee kajang tuk beli barang-barang study.nasib ade baucer tapi guna RM50 je takut sem ni kene beli buku study.lecturer lak nak beli buku ori lak tu comfirm le mahal buku tu so simpan lagi RM100.RM 50 lagi da abis guna adik bongsu.baucer 1 malaysia tu kan RM200 semuanya tapi ada 4keping setiap keping RM50 so jumlah dia RM200.buku adik saje da RM50 adik saya ni memang minat buku novel kanak-kanak.satu buku je da dekat RM20.leh kata sume buku novel kanak-kanak satu je buku motivasi,tu pun saya ambil tuk dia baca.daripada beli buku novel baik beli buku motivasi sekurangnya boleh naikkan semangat tuk belajar.prestasi belajar dia tahun lepas merosot teruk sekali.kalau beli buku latihan comfirm taknak buat kan.so beli buku motivasi sekurangnya boleh buat anjakan paradikma sikit.alamak cerita pasal mata ke cerita sal baucer ni?selepas habiskan masa dan baucer kat kajang,kami pulang ke hostel.kami keluar ke kajang pun da petang.actually mata kami mengantuk time tu tapi memandangkan tak elok tido petag buat la aktiviti lain.so saya cadangkan pada cousin ke kedai buku petang semalam.sampai je hostel,bekalan air pulak terputus kat kolej.kami sampai hostel da magrib jadi amik wuduk siap-siap.pas solat masing-masing mata da kuyu akibat mengatuk tahap maksimum.tapi nak jaga air wuduk kami sampai solat isyak.pas je solat isyak kami makan juadah tengahari tadi.actually kami memang masak sendiri kat sini sebab nak jimat kos dan yang paling penting kami malas nak ke cafe.hehehehe.setelah kenyak masing-masing ke katil.pelik bin ajaib atas katil automatik mata kami segar bugar.adeh macamana ni?then kami pun online macam biasa.bila da online sekali lagi mata mengantuk..bergerak lagi ke katil segar lagi mata ni.aik!nape ni?my cousin lak ada kelas pagi kul 8 of course la kena tido awal.saya tak pe ari-ari kelas petang.at the last saya yang tido awal my cousin lak tido lambat.padahal kami betul-betul mengantuk teramat sangat.aduhai mata...
kekonon nak guna sume baucer ni.lastly sekeping je guna

Monday, February 20, 2012

bila sem baru bermula

argh!!malasnya nak balik.lagi seminggu je tinggal padahal keje belambak tak siap-siap lagi ni.then dapat message dar my cousin dia bagitahu yang dia jadi daftar pengajian sem ni setelah mintak tangguh daftar pengajian sem lepas.my aunty adalah seorang OKU yang tidak punya kedua-dua belah kaki.sepanjang maklong sakit my cousin ni la yang jaga dan uruskan maklong.sejak dari kami sekolah menengah lagi maklong mederita sakit kencing manis.kadang-kandang kami tak mampu tengok penderitaan dia.macam-macam ujian yang Allah berikan pada maklong sekeluarga.tambahan pulak paklong mengidap sakit jantung.besar sungguh ujian maklong sekeluarga kadang-kadang paklong dan maklong masuk wad serentak.dan baru-baru ni mata maklong di anggap buta sebelah kerana kecuaian pihak hospital mata maklong menjadi kecut dan paklong batuk berdarah.sekiranya saya di tempat cousin saya,saya tak tau saya mampu atau tak tuk terima ujian keluarga sebegitu.oleh kerana kedaan ibu dan ayah cousin saya tidak mengizinkan dia meneruskan pengajian sem lepas jadi cousin say menangguhkan pengajian tuk sem seterusnya.di dunia ni kita hanya dikurniakan seorang emak dan ayah dan tiada gantinya. saya selalu berdoa supaya Allah kurangkan beban mereka sekeluarga.saya selalu katakan pada cousin saya 'besar pahala anak yang menjaga kedua ibubapa yang sakit insyallah berkat menjaga ibu dan ayah ada hikmah yang lebih besar dalam kehidupan kita".saya mohon sesiapa yang membaca blog saya,tolong doakan kesejahteraan keluarga cousin saya supaya Allah ringankan ujian buat mereka dan semoga paklong dan maklong saya sembuh.dan hari ini saya dan cousin tinggal sebilik.alhamdulillah..setelah satu sem saya terpaksa sesorang je kat sini sekurang-kurangya ada kawan tuk bersembang dan bertukar-tukar pendapat.oleh kerana terlalu happy ada kawan kat sini tiap-tiap hari kami akan bersembang macam-macam perkara sampaikan tak sedar sembang punya sembang jam da menunjukkan kul 1,2pagi dari pas magrib menyembang.hadoihai!!seronok punya pasal sampai lupa waktu da lewat.hihihihi.

bila cuti semester sudah berakhir

bila cuti semester sudah berakhir..of course la malas teramat-amat sangat tuk balik.huhuhu.seminggu sebelum cuti semester berakhir terpaksa balik coz nak siapkan mula kerja lab yang pada awalnya nak wat masa cuti semester.harus la tak boleh kan buat time cuti sem.cuti sem pun xsampai 1 bulan tak kan la nak burn cuti sem tu.sepanjang cuti sem masa dihabiskan bersama family tersayang.walaupun kami tak pergi bercuti tapi rasa cam pergi bercuti tempat yang menarik kat umah.hehehe.jiran sebelah sampai dua kali berkelah.family kami hanya berkelah depan umah.hehe kira ok la tu kan.sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti bersama keluarga.suatu hari tu saya tiba-tiba nyuarakan pada ayah nak buat satay tuk kali kedua coz tak puas ati masa wat satay first time dulu.nak tau sebab ape?satay yang dimasak tak cukup tukang bako pun tak sempat nak makan.esoknya ayah da siap beli ayam dan danging tuk buat satay.saya tukang perap daging dan buat kuah kacang.tukang bako lak adik-adik teruna sekalian yang bako.selalu time bako membako bak kate usop welca 'kite bako je' dah sah-sah orang laki la kene bako.time tu saya jadi pemerhati je.kebetulan lak adik bongsu laki ni wat part time bako satay.dia la ketua.kali ni kami masak lebih sikit.pas siap macam goreng pisang panas satay abis dimakan dengan perasaan yang sangat puas ati coz masing-masing kenyang.alhamdulillah.memandangkan kami sume balik umah kebetulan burung puyuh dan ayam kat umah da sampai masa tuk dijadikan hidangan.sekali lagi kami makan besar.dan dalam masa cuti semeasti jugak berpeluang melawat adik-adik di penang dan kelantan.alhamdulillah ngah dah ada semngat tuk meneruskan pengajian di kelantan.chik pulak tak balik-balik umah lepas kumpul ramai-ramai.then kami pun lawat la dia kat penang.rupanya dia bukan tak nak balik moto dia rosak tapi still boleh bawa ke office cuma takut tuk dibawa dalam perjalananan jauh.alahai sian adik kaklong.patut la kami tunggu kamu balik tak balik-balik.dan masa hujung cuti sem jugak saya berpeluang jadi cikgu tadika.sekurang kurangnya hilang jugak bosan duk umah selain jadi suri rumah sepenuh masa kadang-kadang jadi chef,tukang jait kat umah dan jadi designer tadika emak.walaupun kadang-kadang penat tapi cukup membuatkan saya happy di rumah.rasa nak duk je umah tak nak kemana-mana.hehehehe
burung puyuh menu special dari ayah..

this time is me as chef


salah satu sudut saya deco tuk tadika emak saya..

Friday, February 10, 2012

gelagat mereka

 perhimpunan pagi dan bacaan doa.mak jadi cikgu pengiring..

 pada sudut sebelah kanan ade beberapa pelajar membaca iqra'

 bacaan surah pilihan dan hadis beramai-ramai.

 ada lak terselit sorang bawa botol susu kat sekolah.hehehehe..puas cikgu pesan jagan bawa botol tapi still bawa jugak..sabo jela..

 dak paling nakal si hadi memerhati sasaran tuk dijadikan magsa buli.sape je dekat abis sume kena tumbuk.sume orang takt nak kawan dengan dia.dah besar nanti jagan jadi gengstar sudah la ye hadi..mintak jauh la..

 geng makan dak boy..cam bese si hadi duk tengah jadi ketua.orang lain mampu tengok je..aduhai..

 geng dak pompuan lak mamam..ha camni la bagus duk baik-baik tak gaduh-gaduh..good girl dear..

 aktiviti pas makan..yeh!!main beramai-ramai.yang dua orang ni sibuk nak jadi ultraman..thaqif:kalo berani datang la dekat.(da macam ultraman melayu je ni silat la sayang oi..bukan ultraman..hehehe)

 dalam bayak-banyak kawan laki kawan girl jugak dia nak main.tapi yang bahayanya ajak dak girl main gusti-gusti lak tu..aduhai cam-cam la hal korang ni..

 yeah..altraman datang..dush!!dush!!dush!!(cikgu gelak sorang belakang pintu..hihihihi)

ha..dak duarang ni wat pe lak ni??dak bedua ni ditangkap cikgu kerana berdua-duaan bukan muhrim kekonon nak ponteng taknak wat latihan cikgu bagi.si afiq ni syok abis kat wan amirah siap cium pipi dak wan amirah ni.aduhai!!tak boleh la wat camni afiq..kalau afiq wat kat adik afiq tak pe la.ni kawan afiq marah mak ayah dia nanti.wan amirah ni pulak budak paling pemalu dalam kelas suara langsung tak kuar depan cikgu.bila ngan afiq boleh lak cakap.afiq ubat ape awak bagi kat wan amirah ye?minyak pengasih ke?kecik-kecik lagi da pandai ngorat ni..bahaya tul dak-dak zaman sekarang ni..alahai anak-naka murid cikgu da besar nanti jangan buat macamni ye dear.jaga akhlak baik-baik tau.dalam ati ni duk berkata anak sapa la ni..sekali ayah dak girl ni ustaz.hah anak ustaz?da la tu anak kawan mak lak tu.saya pun kenal ayah dia ni.adeh!!hahahaha..ustaz anak ustaz ni gatai dalam kelas serupa je cam dak afiq ni..wan amirah jangan laan dak afiq ni ada ciri-ciri buaya tembaga ni..hihihihi..