Blogger Templates

Thursday, November 8, 2012

rindunya kat pah

assalamualaikum..

kenangan bersama opah tersayang (gambar terakhir arwah)

pada 31 oktober tempohari saya termimpi arwah opah saya. da lama tak mimpi pah. pada raya puasa saya tak dapat untuk menziarahi kubur pah dan alhamdulillah pada raya aidiladha sempat ziarah pah dan bacakanyasin di pusara arwah. sebelum bacakan yasia saya berdoa agar dapt bertemu arwah dalam mimpi.mungkin Allah makbulkan doa saya dan Allah pertemukan saya dalam mimpi dengan arwah pah.Alhamdulillah dapat juga saya melepaskan rindu saya kepada arwah, dalam mimpi saya saya tidak nampak pun muka arwah cuma dengar suara arwah tapi pada ketika itu saya sedar hakikat kami berada dunia yang berbeza. dari suara pah kelihatan arwah sangat ceria sampai perbualan dengan arwah kita juga turut merasakan betapa bahagianya arwah disana.arwah sempat bertanya khabar kami sekeluarga disini.dan saya juga sempat bertanya adakah aarwah betul-betul bahagia disana.dan arwah menjawab'ya pah sangat bahagia di sini".kemudian saya tersedar jam menunjukkan pukul 6pagi.terus say bangun tuk menunaikan solat subuh.alhamdulillah jawapan arwah betul-betul membuatkan saya berasa tenang dan bahagia. jujur saya katakan dari suara pun saya dapat merasakan betapa damainya arwah disana.rasa begitu tenang sangat bersembang dengan arwah sama seperti arwah masih hidup. semasa arwah masih hidup dan ketika itu saya masih dalam pengajian lagi, sebaik sahaja menelefon parent mesti saya akan menelefon arwah unutk bertanya khabar.teringat pula last call pada arwah, minggu depannya arwah nak ke sarawak bersama maksu dan makchor tapi Allah tidak mengizinkan arwah pergi beberapa hari sebelum berangkat arwah meninggal dunia.
walaubagaimanapun saya sangat bersyukur kepada Allah telah temukan saya dengan pah dalam mimpi dan mimpi tersebut juga amat mengembirakan hati saya dimana arwah sangat Bahagia disana.semua Allah mencucuri rahmat dengan kasih sayangNya dan semoga arwah opah saya tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan di tempatkan juga di syurga.kepada pembaca blog saya saya mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah opah saya.semoga kalian juga dirahmati Allah.

setelah sebulan..

setelah sebulan saya berkhidmat disini bermula lah perbualan saya dengan adik bongsu saya.tetiba je dia bersuara.

adik: kaklong adik nak kaklong masak.
kaklong:eh!napa adik cakap macam tu?
adik:adik nak kaklong masak tomyam dengan telur dadar
kaklong:yela nanti kaklong masak..

rupanya da sebulan tak masak tengahari kat dapur.sampai rumah pun hari-hari kul 3.mana nak sempat masak.ayah dan mak la masak time diorang rest nak gi pejabat.eden ni jauh sikit tak dapat la masak tengahari kat umah. bila adik da mula bersura baru perasan da lama tak tunaikan tanggungjawab memasak pada dia. hihihi adik rindu ye masakan kaklong.

Wednesday, November 7, 2012

kindergarten graduation gown

assalamumalaikum..

da banyak sangat entry and gambar eden pakai jubah konvo kat kat blog ni.da dengan tak semena-mena eden pulak kena wat baju konvo orang.agaknya sebab da selalu sangat den pakai baju jubah konvo orang duk suh kita lak wat jubah konvo. tiba-tiba jadi bidang terjun jadi tailor baju konvo tadika mak minggu ni.adeh!pagi den ngajar petang sampai malam eden menjahit pulak.2 in 1 koje tapi eden tak kaye-kaye jugak ni.hahaha..kaya atau tak soal kedua..yang penting eden ikhlas nak wat koje.if tak ikhlas melalukan kerja sume jadi kelaut la jawabnya.bukan mudah nak cari mood jahit ni tengah ada idea baik buat kang idea tak mana susah lak nak tangkap. so petang ni tiba-tiba mood jahit datang kul 6.30 potong kain kul 8.30 da siap jahit.ni pun men belasah je tak ikut ukuran coz tak pulak diberi ukuran.jubah n motar board skali eden wat.belasah je labu..janji ade rope ye dok?hihihi so layan je la picture kat bawah ni fresh lagi dari oven.

tada!!! ni jubah konvo dak tadika my mum

yang ni pulak mortar board dia..

Monday, November 5, 2012

journey to successful


my first convo..celebrated with my parent,little sis and grandma..gambar terakhir bersama pah tersayang..2 bulan kemudian pah meninggalkan kami semua. pah tunggu di pintu keluar dewan kerana hanya 2 tiket sahaja yang ada tuk parent's.then salam pah and kiss pah pun cakap 'tahniah kaklong terima ijazah".pastu den pon balas..eh! pah belum ijazah lagi baru diploma.nanti pah gi konvo ijazah kaklong pulak nanti ye kat JOhor. pah jawab "insyallah pah pegi kalau panjang umur"

second convo at batu Pahat Johor..celebrated with my aunty,uncle and my 2 sibling's. masa ni mak ayah tak da menunaikan haji di mekah. masuk dewan masa gap tuk sampaikan scroll diorang wat persembahan nyanyian lagi "ayah dan ibu'.menitik ayo mate den dah la diorang kat dalam dewan mau den tak toyak.toyak bukan sedih but gumbira.banyak halangan masa wat degree ni. alhamdulillah dan syukur dapat jugak akhirnya konvo walaupun terlewat 1tahun dari kawan-kawan seperjuangan yang lain.ternyata Allah lebih mengetahui segalanya walaupun terpaksa extend 1 tahun di sebabkan masalah kesihatan. kalau nak cerita kat sini sampai esok pun tak abis.next entry saya akan kongsikan kenapa saya extend.kang abis basah baju den nanti sob...sob..sob..hukhukhuk.teringat lak pesan arwah tok,masa time ayah konvo tok dak dapat masuk dewan kerana tiket pass masuk parent tinggal dalam kereta.masa tu aden baru je 9 tahun eden pun cakap kat arwah tok "sian tok tak dapat masuk dewan" then tok pun jawab "tak pe nanti konvo ijazah kaklong tok boleh pegi kalau tok panjang umur" saya tau tok tengah sembunyikan kesedihannya tak dapat masuk dewan time konvo ayah kat UTM. but dengan kata-kata tok jugak la saya pegang nak jugak ijazah yang tok cakapkan tu. walaupun tok takda tapi saya dapat rasakan tok ada dengan saya time amik scroll.

but kesedihan saya 1tahun terbalas semasa degree. Allah uji saya lambat 1 tahun menghabiskan pengajian rupanya Allah nak bagi hadiah pada saya akan datang.Alhamdulillah dapat menghabiskan pengajian  master 1tahun.kalau nak kira-kira tak sampai 1tahun pun kira-kira dalam 10 bulan je. but sume orang tak caye den leh wat dalam 1tahun..kebiasaan paling cepat pun orang wat 1tahun setengah tuk fulltime.pecah rekod den siapkan thesis dalam masa 4bulan..but struggle gila-gila wat sampai termimpi-mimpi sal thesis sampai berat badan makin turun. time ni banyak dugaan nak siapkan thesis.ada entry khas sal thesis sebelum ni just check it. but at the last sume dugaan sepanjang pengajian hilang bila da naik stage and terima skroll. Allamdulillah Allah atas izinmu berjaya juga hamba mencapai impian dan cita-cita hamba selama ini. and saya harap dapat futher study lagi for next fourth convocation------> PHD insyallah.hamba hanya merancang Allah juga menentukan..semoga perjalananku sentiasa dalam rahmat,kasihsayang,keberkatan dan redhamu ya Allah..


note:
1) special thank to my lovely mum and dad yang menjadi tulang belakang utama kepada saya..tanpa mereka siapalah saya sekarang. berkat doa,nasihat dan kesabaran mereka alhamdulillah saya berjaya.love u more more and more..muah!!muah!!
2)thank jugak pada my family especially my grandma,grandpa, aunty and uncle always support me for successful.
3) thanks to my teacher and lecturer and also my friend yang sentiasa memberi galakan dan perangsang kepada saya sepanjang pengajian.

~thanks juga kepada sesiapa yang tidak saya sebutkan nama, kalau boleh ingat sume nama saya sebutkan satu persatu.namun apa yang boleh saya lafazkan terimakasih kepada semua yang telah berjasa kepada saya samada sikit mahupun banyak..awak-awak sentiasa ada dalam hati dan ingatan saya. saya sentiasa berdoa agar kalian mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah.

selamat menduduki peperiksaan SPM

hari ini telah berlangsungnya SPM bagi pelajar tingkatan 5. selamat menduduki peperiksaan buat my adik sepupu ainazatul waheeda dan juga anak-anak murid cikgu di SMK Gerik. selamat sudah paper BM kertas 1 dan kertas 2.di harapkan semua dapat menjawab exam dengan sukses sekali. memandangkan peperiksaan kertas 1 dan kertas 2 punya gap, ramai pelajar-pelajar menuggu masa sebelum peperiksaan BM kertas 2 di surau.saya juga tidak ketinggalan kerana awal pagi masa perhimpunan lagi kepala ni tiba-tiba je rasa berat dan hidung pun mula berair. alamak nak demam la pulak. hai la demam jangan la ko demam.tiba-tiba dapat pulak jadual kena handle budak form 3 kat makmal komputer. patutnya bertugas sampai kul 10.30 je tapi cikgu-cikgu lain tak nampak muka bagi yang bertugas petang. punya la tuggu kul 1 baru muncul.perut pun da berkeroncong gi la ke kantin.sampai kantin tengok lauk alahai sudah habis sumenya. nasi goreng je tinggal. makan la apa yang ada.kepala ni pulak asyik berpusing macam gasing. terus berjalan ke surau tuk rehatkan badan.so punya la ramai pelajar tingkatan lima study di surau ada sorang cikgu tengah solat selesai solat cikgu tu pun bertanya

cikgu: calon persendirian ke?
saya:??eh tak lah. saya guru ganti kat sini
cikgu:oh! saya inngat calon persendirian

dalam hati cakap takkan la cikgu ni tak tau aku ni guru ganti kat sini..tak lama lepas tu datang student pulak tanya

student 1:tumpang tanya calon persendirian ke?
saya: eh tak la..
student 2:wei tu cikgu sekolah kita la
student 1:mana la aku tau cikgu baru.aku bukan tau perkembangan sekolah sangat

dalam hati aku pulak cakap nape sampai 2 orang tanya aku ni calon persendirian?aku ni ade rope dak SPM ke? kalo ye pun takkan la aku nak amik SPM sampai 2 kali..loteh da den ngadam soalan exam ni.

note:
 1) rupanya cikgu tu pengawas SPM kat sekolah saya patutlah dia tak kenal saya (ceh! bajet ko glamor    sangat la kan..hahahaha)
2)mula-mula rasa nak marah gak la orang kata saya ni calon persendirian.tapi rasa cam nak slalu lak orang cakap saya muda kot-kot la nanti da kawen anak berderet orang tetap cakap saya ni cam dak SPM (ceh! ni perasan namanya..eh! biar la..bukan selalu..hihihiihi)