hari ini telah berlangsungnya SPM bagi pelajar tingkatan 5. selamat menduduki peperiksaan buat my adik sepupu ainazatul waheeda dan juga anak-anak murid cikgu di SMK Gerik. selamat sudah paper BM kertas 1 dan kertas 2.di harapkan semua dapat menjawab exam dengan sukses sekali. memandangkan peperiksaan kertas 1 dan kertas 2 punya gap, ramai pelajar-pelajar menuggu masa sebelum peperiksaan BM kertas 2 di surau.saya juga tidak ketinggalan kerana awal pagi masa perhimpunan lagi kepala ni tiba-tiba je rasa berat dan hidung pun mula berair. alamak nak demam la pulak. hai la demam jangan la ko demam.tiba-tiba dapat pulak jadual kena handle budak form 3 kat makmal komputer. patutnya bertugas sampai kul 10.30 je tapi cikgu-cikgu lain tak nampak muka bagi yang bertugas petang. punya la tuggu kul 1 baru muncul.perut pun da berkeroncong gi la ke kantin.sampai kantin tengok lauk alahai sudah habis sumenya. nasi goreng je tinggal. makan la apa yang ada.kepala ni pulak asyik berpusing macam gasing. terus berjalan ke surau tuk rehatkan badan.so punya la ramai pelajar tingkatan lima study di surau ada sorang cikgu tengah solat selesai solat cikgu tu pun bertanya
cikgu: calon persendirian ke?
saya:??eh tak lah. saya guru ganti kat sini
cikgu:oh! saya inngat calon persendirian
dalam hati cakap takkan la cikgu ni tak tau aku ni guru ganti kat sini..tak lama lepas tu datang student pulak tanya
student 1:tumpang tanya calon persendirian ke?
saya: eh tak la..
student 2:wei tu cikgu sekolah kita la
student 1:mana la aku tau cikgu baru.aku bukan tau perkembangan sekolah sangat
dalam hati aku pulak cakap nape sampai 2 orang tanya aku ni calon persendirian?aku ni ade rope dak SPM ke? kalo ye pun takkan la aku nak amik SPM sampai 2 kali..loteh da den ngadam soalan exam ni.
note:
1) rupanya cikgu tu pengawas SPM kat sekolah saya patutlah dia tak kenal saya (ceh! bajet ko glamor sangat la kan..hahahaha)
2)mula-mula rasa nak marah gak la orang kata saya ni calon persendirian.tapi rasa cam nak slalu lak orang cakap saya muda kot-kot la nanti da kawen anak berderet orang tetap cakap saya ni cam dak SPM (ceh! ni perasan namanya..eh! biar la..bukan selalu..hihihiihi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment