Blogger Templates

Monday, November 5, 2012

journey to successful


my first convo..celebrated with my parent,little sis and grandma..gambar terakhir bersama pah tersayang..2 bulan kemudian pah meninggalkan kami semua. pah tunggu di pintu keluar dewan kerana hanya 2 tiket sahaja yang ada tuk parent's.then salam pah and kiss pah pun cakap 'tahniah kaklong terima ijazah".pastu den pon balas..eh! pah belum ijazah lagi baru diploma.nanti pah gi konvo ijazah kaklong pulak nanti ye kat JOhor. pah jawab "insyallah pah pegi kalau panjang umur"

second convo at batu Pahat Johor..celebrated with my aunty,uncle and my 2 sibling's. masa ni mak ayah tak da menunaikan haji di mekah. masuk dewan masa gap tuk sampaikan scroll diorang wat persembahan nyanyian lagi "ayah dan ibu'.menitik ayo mate den dah la diorang kat dalam dewan mau den tak toyak.toyak bukan sedih but gumbira.banyak halangan masa wat degree ni. alhamdulillah dan syukur dapat jugak akhirnya konvo walaupun terlewat 1tahun dari kawan-kawan seperjuangan yang lain.ternyata Allah lebih mengetahui segalanya walaupun terpaksa extend 1 tahun di sebabkan masalah kesihatan. kalau nak cerita kat sini sampai esok pun tak abis.next entry saya akan kongsikan kenapa saya extend.kang abis basah baju den nanti sob...sob..sob..hukhukhuk.teringat lak pesan arwah tok,masa time ayah konvo tok dak dapat masuk dewan kerana tiket pass masuk parent tinggal dalam kereta.masa tu aden baru je 9 tahun eden pun cakap kat arwah tok "sian tok tak dapat masuk dewan" then tok pun jawab "tak pe nanti konvo ijazah kaklong tok boleh pegi kalau tok panjang umur" saya tau tok tengah sembunyikan kesedihannya tak dapat masuk dewan time konvo ayah kat UTM. but dengan kata-kata tok jugak la saya pegang nak jugak ijazah yang tok cakapkan tu. walaupun tok takda tapi saya dapat rasakan tok ada dengan saya time amik scroll.

but kesedihan saya 1tahun terbalas semasa degree. Allah uji saya lambat 1 tahun menghabiskan pengajian rupanya Allah nak bagi hadiah pada saya akan datang.Alhamdulillah dapat menghabiskan pengajian  master 1tahun.kalau nak kira-kira tak sampai 1tahun pun kira-kira dalam 10 bulan je. but sume orang tak caye den leh wat dalam 1tahun..kebiasaan paling cepat pun orang wat 1tahun setengah tuk fulltime.pecah rekod den siapkan thesis dalam masa 4bulan..but struggle gila-gila wat sampai termimpi-mimpi sal thesis sampai berat badan makin turun. time ni banyak dugaan nak siapkan thesis.ada entry khas sal thesis sebelum ni just check it. but at the last sume dugaan sepanjang pengajian hilang bila da naik stage and terima skroll. Allamdulillah Allah atas izinmu berjaya juga hamba mencapai impian dan cita-cita hamba selama ini. and saya harap dapat futher study lagi for next fourth convocation------> PHD insyallah.hamba hanya merancang Allah juga menentukan..semoga perjalananku sentiasa dalam rahmat,kasihsayang,keberkatan dan redhamu ya Allah..


note:
1) special thank to my lovely mum and dad yang menjadi tulang belakang utama kepada saya..tanpa mereka siapalah saya sekarang. berkat doa,nasihat dan kesabaran mereka alhamdulillah saya berjaya.love u more more and more..muah!!muah!!
2)thank jugak pada my family especially my grandma,grandpa, aunty and uncle always support me for successful.
3) thanks to my teacher and lecturer and also my friend yang sentiasa memberi galakan dan perangsang kepada saya sepanjang pengajian.

~thanks juga kepada sesiapa yang tidak saya sebutkan nama, kalau boleh ingat sume nama saya sebutkan satu persatu.namun apa yang boleh saya lafazkan terimakasih kepada semua yang telah berjasa kepada saya samada sikit mahupun banyak..awak-awak sentiasa ada dalam hati dan ingatan saya. saya sentiasa berdoa agar kalian mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah.

No comments:

Post a Comment