Blogger Templates

Thursday, November 8, 2012

rindunya kat pah

assalamualaikum..

kenangan bersama opah tersayang (gambar terakhir arwah)

pada 31 oktober tempohari saya termimpi arwah opah saya. da lama tak mimpi pah. pada raya puasa saya tak dapat untuk menziarahi kubur pah dan alhamdulillah pada raya aidiladha sempat ziarah pah dan bacakanyasin di pusara arwah. sebelum bacakan yasia saya berdoa agar dapt bertemu arwah dalam mimpi.mungkin Allah makbulkan doa saya dan Allah pertemukan saya dalam mimpi dengan arwah pah.Alhamdulillah dapat juga saya melepaskan rindu saya kepada arwah, dalam mimpi saya saya tidak nampak pun muka arwah cuma dengar suara arwah tapi pada ketika itu saya sedar hakikat kami berada dunia yang berbeza. dari suara pah kelihatan arwah sangat ceria sampai perbualan dengan arwah kita juga turut merasakan betapa bahagianya arwah disana.arwah sempat bertanya khabar kami sekeluarga disini.dan saya juga sempat bertanya adakah aarwah betul-betul bahagia disana.dan arwah menjawab'ya pah sangat bahagia di sini".kemudian saya tersedar jam menunjukkan pukul 6pagi.terus say bangun tuk menunaikan solat subuh.alhamdulillah jawapan arwah betul-betul membuatkan saya berasa tenang dan bahagia. jujur saya katakan dari suara pun saya dapat merasakan betapa damainya arwah disana.rasa begitu tenang sangat bersembang dengan arwah sama seperti arwah masih hidup. semasa arwah masih hidup dan ketika itu saya masih dalam pengajian lagi, sebaik sahaja menelefon parent mesti saya akan menelefon arwah unutk bertanya khabar.teringat pula last call pada arwah, minggu depannya arwah nak ke sarawak bersama maksu dan makchor tapi Allah tidak mengizinkan arwah pergi beberapa hari sebelum berangkat arwah meninggal dunia.
walaubagaimanapun saya sangat bersyukur kepada Allah telah temukan saya dengan pah dalam mimpi dan mimpi tersebut juga amat mengembirakan hati saya dimana arwah sangat Bahagia disana.semua Allah mencucuri rahmat dengan kasih sayangNya dan semoga arwah opah saya tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan di tempatkan juga di syurga.kepada pembaca blog saya saya mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah opah saya.semoga kalian juga dirahmati Allah.

No comments:

Post a Comment