Blogger Templates

Tuesday, October 30, 2012

dear problem...

dear problem...

kadang-kandag engkau datang tanpa apa-apa hint pun.bak kata orang datang macam ribut pergi macam semut.setengah orang boleh handle problem dengan baik namun ada jugak yang kecundang saat Allah uji dengan datangnya problem.yang handle dengan baik alhamdulillah kerana berjaya menempuhi problem dengan baik walaupun diberi pelbagai rintangan sepanjang problem. dan ada yang bijak mengendalikan masalh menjadikan problem dan halangan menjadi satu batu loncatan untuk menguji diri mencapai seauatu kejayaan bukan kegagalan namun bagi setengah orang yang kecendang sering memandang problem itu besar saya tertarik dengan satu petikan post dari  kenalan saya iaitu:

Bila kita ada masalah, jgn kata "kita ada masalah yg besar" TAPI katakan pd masalah yg kita punyai Allah yg maha besar. Bila ada masalah carilah Allah terlebih dahulu

 (petikan post dari kenalan saya En Muhsien)

kenalan saya itu selalu memberi kata-kata motivasi di laman sosialnya yang berkait dengan problem yang di hadapi oleh beliau dan secara tidak langsung juga memberi motivasi kepada orang lain nah sepatutnya itu yang perlu kita lakukan untuk mencari aura positif kepada diri dan juga manfaatnya kepada orang lain.namun hakikatnya sekarang ramai yang menjadikan laman sosial untuk mengadu domba dan meluahkan rasa dan ada juga yang mengeluakan perkataan yang tidak patut di tulis bukankah sekiranya warga laman sosial terdiri daripada gologan kanak-kanak mereka akan mengikut ayat-ayat yang mereka pelajari dari lama sosial dan disebab itu juga tidak mendatangkn manfaat yang baik kepada orang sekeliling dan timbul banyak salah faham yang berlaku.aura negatif juga turut dikongsi bersama semua warga laman sosial. dalam mencari penyelesaian ada baiknya dalam masa yang sama kita memberi pelbagai faedah kepada diri dan turut di rasai oleh orang lain. jika sebaliknya berlaku jangan berputus asa dalam mencari jalan keluar problem. bergantunglah sepenuhnya kepada Allah.insyallah pasti ada jalan keluarnya..

motivation inspiring


Sabda Rasulullah SAW

“Setiap anak Adam adalah bersalah dan sebaik-baiknya orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

semoga Syurga adalah sebaik-baik pengakhiran buat kita semua.

Sunday, October 28, 2012

kisah raya

kisah raya kalini bukan raya aidiladha tapi kisah raya aidilfitri tahun ni jugak..alkisahnya beraya kat umah atok sedara nan seberang( ceh!seberang la sangat padahal seberang jalan je..)sume sanak saudaraa berkumpul.nak jadikan cerita makcik saya melayani tetamu yang dihadiri dariada kalangan saudara mara terdekat jugak dari seremban.saya oulak di dapur sambil menjamah kuih raya yang ada.tiba-tiba makcik saya datang kepada saya selepas melayani tetamu dari seremban..

mokna: kaklong..nanti kaklong kawin..mokna nak doakan supaya lepas kawin...(tiba-tiba ayat tak abis kat sini)
saya:doa ape mokna?(dengan muka penuh gumbira orang nak doakan kita la katekan)
mokna:mokna doakan kaklong gemuk lepas kawin...
saya:ceh! ni bukan doa..orang doa baik-baik je ni terbalik pulak..sah-sah ada baur-baur cemburu kat sini..ni ape kes doakan orang macamni?
mokna:tadi sedara kita dari seremban cakap mokna da gemuk.mana aci mokna gemuk lepas kawin.so mokna doa la kaklong pun mesti gemuk jugak lepas kawin.
saya:ceh!tak patut betul doa orang cam tu..ingat nak doakan orang bahagia  dunia dan akhirat and terus ke syurga..ni lain pulak doanya..adeh!


Wednesday, October 24, 2012

yeah!!my third convocation..

alhamdulillah dengan izinNya

pada hari penganugerahan

with adik-adik dan my mum

with my great parent's and little sis.


bersama teman seperjuangan..walaupun rose ni my senior..hanya 3 orang saja yang berjaya dianugerahkan pada tahun ini bagi kos saya.ternyata saya paling awal menamatkan pengajian..alhamdulillah

denagn adik comot..

adik nak ke?if nak kene belajar rajin-rajin plus usaha berganda-ganda ok?

i love u mum..thanks for everything...

nanti adik pun kene dapat camni jugak ye..

posing depan hotel..kedua-diua baju ni design by myself..begitu puas hati dengan hasil tangan sendiri..dan baju mak juga made by myself..:-)


thanks all to support me..

candid photo..


Tuesday, October 23, 2012

happy besday ayah...

hari ni hari jadi ayah..so pepagi lagi kat office da upload pic bawa ni..n say 

selamat hari lahir ayah..semoga panjang umur dan di murahkan reezeki..di beri kesihatan yang baik..dilindungi Allah dan di limpahkan keberkatan,keredhaan dan kasih sayang dari Allah S.W.T. ini hadiah hari lahir ayah ke 56 dari kaklong..

hadiah ayah terpaksa bagi siap-siap gara-gara nak ayah pakai baju ni time konvo..

Friday, October 19, 2012

as teacher

tak abis-abis entry sal teacher..ngantok la nak baca..hahaha suka hati i la blog i.ada ahkak kesah??hihihi..baru je 3 hari as teacher but rasa cam tak caya je.dulu lepas SPM penah mohon jadi guru ganti coz keciwa tak layak sambung study  pendidikan.so teruskan la cita-cita ikut aliran yang sedia ada sejak azali..actually tak bapa suka angat keje field enginnering tambah pulak as women..for short term is ok la nak keje field engineering kang da ada komitmen masa mungkin agak terbatas. so nak pilih education jugak but still field engineering so tak ketinggalan dua perkara dalam satu masa engineering and education.so adil dan saksamakan.so far ni just plan coz plan dari Allah lebih mengatasi dari plan manusia.da masuk hari ketiga ni still rasa cam tak caya..(eh cikgu ke aku?)tengah jejalan ke bilik guru(hamboi cam gi shoping mall lak jejalan ye) dak-dak sume bergerak sama ke bilik darjah masing-masing.then banyaknya suara datang "assalamualaikum cikgu".(erk..aku cikgu ke sekarang?tologn tampar muka laju-laju mimpi kot ni..hahahaha).i pn senyum dan jawab la "walaikumsalam".teringat zaman hingusan dulu pulun la cari ada keje kosong tuk ngajar ngan makcik-makcik sedara tercinta a.k.a mokda dan mokna. siap tepon sekolah lagi punya la nak sangat jadi guru walaupun guru ganti

saya: assalamualaikum cik tumpang tanya kat sekolah cik ada nak pakai cikgu ganti BM ke?
En:maaf saya bukan cik tapi En. ai takkan awak tak kenal saya ni laki ke perempuan
saya:berkata dalam hati(terus letak telefon malu le yang teramat sangat.aduh macamna nak ngajar BM macam ni kata ganti nama pn tak lepas ade hati nak ajar BM hahaha.da tentu la di En coz suara laki..adeh!)

macik-macik yang duaorang tu gelak guling-guling kat tepi telefon da saya panggil dia cik, En tu pulak cakap kat fon bukan main kuat sampai orang luar leh dengar.hadoi!malu le..letak ganggang terus gelak guling-guling beramai-ramai secara berjemaah tumpang join skali. tidak dapat dilupa peristiwa itu.

hari sebelum lapor diri da ditakdirkan kuar dari PPD jumpa mokda tengah membongkang(tidur dalam bahasa perak) anaknya wajih siap jadi driver mak dia pulak. mula-mula tak perasan makcik saya nan sorang tu.tapi tengok kereta dan budak tenit kat dalam kereta dalam hujan renyai-renyai..eh macam kenal je budak dalam kereta ni.intai lagi dekat-dekat dak tenit tu pun heran intai jugak saya.terus ketuk cermin kereta coz mak dia baik punya mimpi sampai ke bintang.terus maknya jaga.eh! kaklong wat pe kat sini.ni ha gi interview guru ganti sok ngajo..wah!tahniah ye capai jugak cita-cita nak jadi cikgu.hahaha gelak ramai-ramai..(dalam hati cakap tak sia-sia kita gelak secara berjemaah nak mintak jadi guru ganti 10 tahun lepas..hahahaha)

dan hari ketiga sorang lagi makcik telefon..

mokna: kaklong tercapai jugak cita-cita nak jadi cikgu..
saya:hahahaha tu la rasa cam tak caya je.(da sepuluh tahun tuggu baru dapat)
mokna:ngajar subjek ape?
saya:BM.
kemudian gelak secara berjemaah lagi..hahahaha


moral of story: jangan berhenti mengejar cita-cita anda. kecapilah ia  dengan tanpa rasa putus asa, sabar dan tabah. kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha. (wah! macam pesanan penaja pulak:-)


Thursday, October 18, 2012

second day as secondary school teacher

pengalaman jadi cikgu tak semudah disangka..suma orang cakap senang nak jadi cikgu.tapi hakikatnya mudah ke nak jadi anak murid yang begitu ramai dalam satu masa? tiap-tiap orang murid lain-lain ragamnya.so kat sini perlunya kesabaran yang tinggi tamba-tambah nak ngajar budak-budak ni.tapi so far alhamdulillah ngajar dak sekolah menengah ni tak sama dengan dak sekolah tadika.dak sekolah tadika perlu perhatian dan kasih sayang lebih banding sekolah menengah mereka mahu bebas dan kaedah tuk mendekati mereka dengan anggap mereka sebagai kawan. so komunikasi menjadi lebih mudah.hari pertama masuk kelas alhamdulillah tak ngajar pun just jadi pengawas peperiksaan je..hihihi just jaga masa diorang abis jawab paper exam biologi kertas 2.subjek cikgu murni. tengahari pulak baru masuk menengah rendah tingkatan 2T1. budak tingkatan 3 after PMR cikgu yang tingkatan telah sediakan pelbagai  aktiviti tuk mereka.menengah atas sibuk menjalani peperiksaan.tinggal tingkatan 1 dan 2 sahaja yang tinggal di kelas tuk wat semakan kertas jawpan peperiksaan. masuk je kelas 2T1 mula ingat nak interviwe sorang-sorang dak-dak ni rupanya aku lak kene interview dengan cikgu yang masuk sebelumnya.macam-macam dia tanya.aduhai naya aku.adeh!rupanya salah sorang dak kelas ditangkap merokaok so cikgu tu tanya cam polis kat dak tu sampai dengan aku-aku sekali diheret di soal siasat.aduhai sabar jela. second day pulak(hai tajuk second day..ni baru nak cite perihal second day?..huhuhu) kena masuk kelas form 1 pagi form1 kwlas second akhir tingkatan petang lak kelas second tingkatan.mula-mula ingat sama je kedaan kelas pagi dan petang tapi jangkaan meleset coz dak kelas petang ni ada 16orang je so senang skit nak komunikasi.berceloteh dengan diorang sampai tak sedar kelas da abis.yang ni bertubi-tubi soalan diorang tanya sampai tak sempat nak jawab sume.

soalan 1

murid:cikgu..cikgu kerja ape sekarang?
cikgu: erk?bukan cikgu tengah kerja ke ni?
murid:oh silap cikgu..silap sambil gelak
cikgu:awak ni bolah tak tanya soalan yang awak memang tak tau jawapan ni da tau jawapan lagi mau tanya.

abis 1 kelas ketawakan dak ni

soalan 2

murid1:cikgu da kawen ke?
murid2:belum (eh aku tak jawab lagi)
murid3:cikgu da tunang?klu belum tunag cikgu da ade boyfriend?(ha soalan yang ni tak boleh blah siap pakej lagi sekali harung tanya soalan)
cikgu: ada sape-sape nak tolong jawabkan tuk cikgu?
murid-murid:sume senyap..
cikgu: ha tadi ada orang jawabkan sekarang takda pulak yang nak tolong jawab..

1kelas ketawa lagi..aduhai macam-macam la korang..advance betul nak tanya hal personal camni..nanto cikgu kawen cikgu jemput ye..hihihi