Blogger Templates

Tuesday, October 30, 2012

dear problem...

dear problem...

kadang-kandag engkau datang tanpa apa-apa hint pun.bak kata orang datang macam ribut pergi macam semut.setengah orang boleh handle problem dengan baik namun ada jugak yang kecundang saat Allah uji dengan datangnya problem.yang handle dengan baik alhamdulillah kerana berjaya menempuhi problem dengan baik walaupun diberi pelbagai rintangan sepanjang problem. dan ada yang bijak mengendalikan masalh menjadikan problem dan halangan menjadi satu batu loncatan untuk menguji diri mencapai seauatu kejayaan bukan kegagalan namun bagi setengah orang yang kecendang sering memandang problem itu besar saya tertarik dengan satu petikan post dari  kenalan saya iaitu:

Bila kita ada masalah, jgn kata "kita ada masalah yg besar" TAPI katakan pd masalah yg kita punyai Allah yg maha besar. Bila ada masalah carilah Allah terlebih dahulu

 (petikan post dari kenalan saya En Muhsien)

kenalan saya itu selalu memberi kata-kata motivasi di laman sosialnya yang berkait dengan problem yang di hadapi oleh beliau dan secara tidak langsung juga memberi motivasi kepada orang lain nah sepatutnya itu yang perlu kita lakukan untuk mencari aura positif kepada diri dan juga manfaatnya kepada orang lain.namun hakikatnya sekarang ramai yang menjadikan laman sosial untuk mengadu domba dan meluahkan rasa dan ada juga yang mengeluakan perkataan yang tidak patut di tulis bukankah sekiranya warga laman sosial terdiri daripada gologan kanak-kanak mereka akan mengikut ayat-ayat yang mereka pelajari dari lama sosial dan disebab itu juga tidak mendatangkn manfaat yang baik kepada orang sekeliling dan timbul banyak salah faham yang berlaku.aura negatif juga turut dikongsi bersama semua warga laman sosial. dalam mencari penyelesaian ada baiknya dalam masa yang sama kita memberi pelbagai faedah kepada diri dan turut di rasai oleh orang lain. jika sebaliknya berlaku jangan berputus asa dalam mencari jalan keluar problem. bergantunglah sepenuhnya kepada Allah.insyallah pasti ada jalan keluarnya..

motivation inspiring


Sabda Rasulullah SAW

“Setiap anak Adam adalah bersalah dan sebaik-baiknya orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

semoga Syurga adalah sebaik-baik pengakhiran buat kita semua.

Sunday, October 28, 2012

kisah raya

kisah raya kalini bukan raya aidiladha tapi kisah raya aidilfitri tahun ni jugak..alkisahnya beraya kat umah atok sedara nan seberang( ceh!seberang la sangat padahal seberang jalan je..)sume sanak saudaraa berkumpul.nak jadikan cerita makcik saya melayani tetamu yang dihadiri dariada kalangan saudara mara terdekat jugak dari seremban.saya oulak di dapur sambil menjamah kuih raya yang ada.tiba-tiba makcik saya datang kepada saya selepas melayani tetamu dari seremban..

mokna: kaklong..nanti kaklong kawin..mokna nak doakan supaya lepas kawin...(tiba-tiba ayat tak abis kat sini)
saya:doa ape mokna?(dengan muka penuh gumbira orang nak doakan kita la katekan)
mokna:mokna doakan kaklong gemuk lepas kawin...
saya:ceh! ni bukan doa..orang doa baik-baik je ni terbalik pulak..sah-sah ada baur-baur cemburu kat sini..ni ape kes doakan orang macamni?
mokna:tadi sedara kita dari seremban cakap mokna da gemuk.mana aci mokna gemuk lepas kawin.so mokna doa la kaklong pun mesti gemuk jugak lepas kawin.
saya:ceh!tak patut betul doa orang cam tu..ingat nak doakan orang bahagia  dunia dan akhirat and terus ke syurga..ni lain pulak doanya..adeh!


Wednesday, October 24, 2012

yeah!!my third convocation..

alhamdulillah dengan izinNya

pada hari penganugerahan

with adik-adik dan my mum

with my great parent's and little sis.


bersama teman seperjuangan..walaupun rose ni my senior..hanya 3 orang saja yang berjaya dianugerahkan pada tahun ini bagi kos saya.ternyata saya paling awal menamatkan pengajian..alhamdulillah

denagn adik comot..

adik nak ke?if nak kene belajar rajin-rajin plus usaha berganda-ganda ok?

i love u mum..thanks for everything...

nanti adik pun kene dapat camni jugak ye..

posing depan hotel..kedua-diua baju ni design by myself..begitu puas hati dengan hasil tangan sendiri..dan baju mak juga made by myself..:-)


thanks all to support me..

candid photo..


Tuesday, October 23, 2012

happy besday ayah...

hari ni hari jadi ayah..so pepagi lagi kat office da upload pic bawa ni..n say 

selamat hari lahir ayah..semoga panjang umur dan di murahkan reezeki..di beri kesihatan yang baik..dilindungi Allah dan di limpahkan keberkatan,keredhaan dan kasih sayang dari Allah S.W.T. ini hadiah hari lahir ayah ke 56 dari kaklong..

hadiah ayah terpaksa bagi siap-siap gara-gara nak ayah pakai baju ni time konvo..

Friday, October 19, 2012

as teacher

tak abis-abis entry sal teacher..ngantok la nak baca..hahaha suka hati i la blog i.ada ahkak kesah??hihihi..baru je 3 hari as teacher but rasa cam tak caya je.dulu lepas SPM penah mohon jadi guru ganti coz keciwa tak layak sambung study  pendidikan.so teruskan la cita-cita ikut aliran yang sedia ada sejak azali..actually tak bapa suka angat keje field enginnering tambah pulak as women..for short term is ok la nak keje field engineering kang da ada komitmen masa mungkin agak terbatas. so nak pilih education jugak but still field engineering so tak ketinggalan dua perkara dalam satu masa engineering and education.so adil dan saksamakan.so far ni just plan coz plan dari Allah lebih mengatasi dari plan manusia.da masuk hari ketiga ni still rasa cam tak caya..(eh cikgu ke aku?)tengah jejalan ke bilik guru(hamboi cam gi shoping mall lak jejalan ye) dak-dak sume bergerak sama ke bilik darjah masing-masing.then banyaknya suara datang "assalamualaikum cikgu".(erk..aku cikgu ke sekarang?tologn tampar muka laju-laju mimpi kot ni..hahahaha).i pn senyum dan jawab la "walaikumsalam".teringat zaman hingusan dulu pulun la cari ada keje kosong tuk ngajar ngan makcik-makcik sedara tercinta a.k.a mokda dan mokna. siap tepon sekolah lagi punya la nak sangat jadi guru walaupun guru ganti

saya: assalamualaikum cik tumpang tanya kat sekolah cik ada nak pakai cikgu ganti BM ke?
En:maaf saya bukan cik tapi En. ai takkan awak tak kenal saya ni laki ke perempuan
saya:berkata dalam hati(terus letak telefon malu le yang teramat sangat.aduh macamna nak ngajar BM macam ni kata ganti nama pn tak lepas ade hati nak ajar BM hahaha.da tentu la di En coz suara laki..adeh!)

macik-macik yang duaorang tu gelak guling-guling kat tepi telefon da saya panggil dia cik, En tu pulak cakap kat fon bukan main kuat sampai orang luar leh dengar.hadoi!malu le..letak ganggang terus gelak guling-guling beramai-ramai secara berjemaah tumpang join skali. tidak dapat dilupa peristiwa itu.

hari sebelum lapor diri da ditakdirkan kuar dari PPD jumpa mokda tengah membongkang(tidur dalam bahasa perak) anaknya wajih siap jadi driver mak dia pulak. mula-mula tak perasan makcik saya nan sorang tu.tapi tengok kereta dan budak tenit kat dalam kereta dalam hujan renyai-renyai..eh macam kenal je budak dalam kereta ni.intai lagi dekat-dekat dak tenit tu pun heran intai jugak saya.terus ketuk cermin kereta coz mak dia baik punya mimpi sampai ke bintang.terus maknya jaga.eh! kaklong wat pe kat sini.ni ha gi interview guru ganti sok ngajo..wah!tahniah ye capai jugak cita-cita nak jadi cikgu.hahaha gelak ramai-ramai..(dalam hati cakap tak sia-sia kita gelak secara berjemaah nak mintak jadi guru ganti 10 tahun lepas..hahahaha)

dan hari ketiga sorang lagi makcik telefon..

mokna: kaklong tercapai jugak cita-cita nak jadi cikgu..
saya:hahahaha tu la rasa cam tak caya je.(da sepuluh tahun tuggu baru dapat)
mokna:ngajar subjek ape?
saya:BM.
kemudian gelak secara berjemaah lagi..hahahaha


moral of story: jangan berhenti mengejar cita-cita anda. kecapilah ia  dengan tanpa rasa putus asa, sabar dan tabah. kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha. (wah! macam pesanan penaja pulak:-)


Thursday, October 18, 2012

second day as secondary school teacher

pengalaman jadi cikgu tak semudah disangka..suma orang cakap senang nak jadi cikgu.tapi hakikatnya mudah ke nak jadi anak murid yang begitu ramai dalam satu masa? tiap-tiap orang murid lain-lain ragamnya.so kat sini perlunya kesabaran yang tinggi tamba-tambah nak ngajar budak-budak ni.tapi so far alhamdulillah ngajar dak sekolah menengah ni tak sama dengan dak sekolah tadika.dak sekolah tadika perlu perhatian dan kasih sayang lebih banding sekolah menengah mereka mahu bebas dan kaedah tuk mendekati mereka dengan anggap mereka sebagai kawan. so komunikasi menjadi lebih mudah.hari pertama masuk kelas alhamdulillah tak ngajar pun just jadi pengawas peperiksaan je..hihihi just jaga masa diorang abis jawab paper exam biologi kertas 2.subjek cikgu murni. tengahari pulak baru masuk menengah rendah tingkatan 2T1. budak tingkatan 3 after PMR cikgu yang tingkatan telah sediakan pelbagai  aktiviti tuk mereka.menengah atas sibuk menjalani peperiksaan.tinggal tingkatan 1 dan 2 sahaja yang tinggal di kelas tuk wat semakan kertas jawpan peperiksaan. masuk je kelas 2T1 mula ingat nak interviwe sorang-sorang dak-dak ni rupanya aku lak kene interview dengan cikgu yang masuk sebelumnya.macam-macam dia tanya.aduhai naya aku.adeh!rupanya salah sorang dak kelas ditangkap merokaok so cikgu tu tanya cam polis kat dak tu sampai dengan aku-aku sekali diheret di soal siasat.aduhai sabar jela. second day pulak(hai tajuk second day..ni baru nak cite perihal second day?..huhuhu) kena masuk kelas form 1 pagi form1 kwlas second akhir tingkatan petang lak kelas second tingkatan.mula-mula ingat sama je kedaan kelas pagi dan petang tapi jangkaan meleset coz dak kelas petang ni ada 16orang je so senang skit nak komunikasi.berceloteh dengan diorang sampai tak sedar kelas da abis.yang ni bertubi-tubi soalan diorang tanya sampai tak sempat nak jawab sume.

soalan 1

murid:cikgu..cikgu kerja ape sekarang?
cikgu: erk?bukan cikgu tengah kerja ke ni?
murid:oh silap cikgu..silap sambil gelak
cikgu:awak ni bolah tak tanya soalan yang awak memang tak tau jawapan ni da tau jawapan lagi mau tanya.

abis 1 kelas ketawakan dak ni

soalan 2

murid1:cikgu da kawen ke?
murid2:belum (eh aku tak jawab lagi)
murid3:cikgu da tunang?klu belum tunag cikgu da ade boyfriend?(ha soalan yang ni tak boleh blah siap pakej lagi sekali harung tanya soalan)
cikgu: ada sape-sape nak tolong jawabkan tuk cikgu?
murid-murid:sume senyap..
cikgu: ha tadi ada orang jawabkan sekarang takda pulak yang nak tolong jawab..

1kelas ketawa lagi..aduhai macam-macam la korang..advance betul nak tanya hal personal camni..nanto cikgu kawen cikgu jemput ye..hihihi


Tuesday, October 16, 2012

rezeki Allah

alhamdulillah pagi tadi selepas menjadi pengawas peperiksaan dak-dak tadika dapat pangilan telefon dari orang yang di kenali dan sms dari beliau.

'jika berminat unutk menjadi guru ganti sila telefon saya dengan kadar segera'

wah! mau menjerit di buatnya.tapi subuh-subuh lagi ayah da bagitahu sila alert dengan call kot-kot ada tawaran mengajar. so saya pun call balik and then dia suh datang interview kul 3 ni.so kul 3 siap-siap la gi PPD nak interview.lagi 1km nak sampai tiba-tiba hujan.alahai dugaanya nak datang interview da la bawa moto je. sampia-sampai duk tercegat je kat kaunter.perkara biasa dalam organisasi kerajaan di kaunter pertanyaan comfirm tak dapat layanan sepatutnya.so sms En Zul yang buat panggilan tadi. thean ada sorang pegawai lelaki yang datang suh masuk and then dia cakap En zul tak datang lagi.tapi dia suh masuk pejabat dia dulu.(ish betul ke ni )masuk-masuk terpampang nama dia Zulkifli.adus! segaja dia nak kenekan aku ni.

En Zul: Meh ic
saya: erk..sebentar ye.
En. Zul: bukan apa takut menipu je tengok muka kamu ni lain je real pun lain ic pun lain.
saya: la memang la lain situasi dan masa tak sama.
En Zul: ape kelebihan awak tuk dapatkan jawatan ni.belum sempat jawab dia da cakap kelebihan awak ni suka sangat senyum orang tengok pun tak jadi nak marah..
saya:hahahaha..yela senyum kan satu sedekah.:-P


dan bermula la sesi temuduga.macam-macam dia tanya mengenai hal pendidikan dan isu semasa. ada yang leh jawab ada yang tak dapat jawab belasah je. terusterang je cakap isu semasa tak tau sangat coz kat umah memang tak tengok tv coz kena quarantin tak tengok tv gara-gara adik jatuh kelas ngn teman-taman sekali qurantin tak tengok tv.and lastly dia cakap bila leh start keje?miggu depan.secepatnya esok boleh.teman pun jawab insyallah. then dia cakap nah ni surat lantikan guru ganti cek betul-betul.wah!biar betul dapat ni.terima kasih ye En Zukifli..terima kasih jugak awak sudi membatu kami gantikan guru menunaikan haji jawab En. Zul.Alhamdulillah Syukur..dapat jugak aku koje idok la hari-hari tunggu kerja datang.

Monday, October 15, 2012

wedding flower for my classmate

this flower belong to my classmate noor maizie pada malam akad nikah beliau.

when my student in exam

hari ni 15 oktober 2012 bermula la peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar saya..semua pelajar dihabagikan kepada 4 kumpulan.kumpulan saya 10 orang terdiri dari pelajar 4 dan 5 tahun. paper first bahasa melayu dan second peribadi muslim. hanya 2 orang sahaja pelajar 4 tahun dan selebihnya 5tahun..macam-macam ragam la anak-anak murd saya ni.yang advance pun ada.cikgu tak suruh jawab da siap jawab da.yang tertinggal keretapi pun ada..ha yang ni betul-betul menguji kesabaran coz terpaksa menunggu sorang-sorang jawab paper sampai habis. it's ok la kan.pelan-pelan kayuh janji selamat sampai but sometimes jawapan da depan mata just copy je pun xleh nak tulis huruf ngan betul.ada yang confius huruf dengan nombor.tulis abjad  ikut urutan bileh pulak mix ngan nombor.aduhai!cikgu garu kepala. takkan dak wat kelas tambahan time exam pulak kan. then ajar satu-satu macamana nak tulis tapi just guide sikit-sikit je kang bagi jawapan pulak.  skali lain yang di suruh lain yang di buat memang tak mengikut arahan walaupun da berpuluh-puluh kali bagi tau.lastly cikgu pun tarik nafas dalam-dalam just say 'astarafirullahalazim'..ya Allah kau terangkanlah hati muridku..walaubagaimanapun alhamdulillah dapat jugak jawab even naik turun nafas cikgu ni. next paper peribadi muslim. just bacakan soalan saja pada si hadi.

cikgu: bulatkan perbuatan berakhlak mulia..(soalan)
hadi: cikgu saya bulat yang ni..(bebudak tengah bertumbuk)
cikgu: hadi sayang..ni perbuatan akhlak mulia ke?
hadi: ye cikgu sambil mengangguk
cikgu: hurm..memang patut la kamu nakal suka buli orang sampai tak tau beza akhlak mulia dengan tak.
hadi: betul la cikgu kan tadi dia buat saya  sambil tunjuk kawan sebelah dia yang sempat lagi dia bagi baik punya  lempang sebelum jawab exam.nangis teresak-esak dak sebelah dia si Aqari kene lempang oleh hadi.
cikgu: Ya Allah..Hadi..napa la kamu lempang Aqari.

Aqari: nangis teresak-esak sambil tutup muka..
cikgu: Aqari jangan nangis ye.orang laki kena kuat tak boleh nangis sambil kesat air mata dia.
Aqari pun terus sambung jawab paper exam
cikgu:ha macam tu la anak murid cikgu dia kuat dan pandai.
Aqari terus senyum n teruskan jawab paper dia.

oho..kena guna psikologi baru jalan..kalau tak mau 1 kelas jadi dewan gusti..kena pulak kertas exam macam kena ngan situasi.adeh! macam-macam.

Sunday, October 14, 2012

sambung study..

assalamualaikum semua..sejak menjak jadi pekebun anggur ni mula la nak fikir sal future yang yang bapa nak pasti..dilema nak sambung study or nak kerja..ceh! macam la da keje..padahal habuk pun tak da ni..huhuhu..then kuar la pulak mentol kat dalam otak ni nak sambung study lagi.tambah lak kak enn anak kawan ayah dapat sambung PHD with scholarship  lagi.wah!bestnya..saya pun mahu. cam best la pulak if sambung study lagi tapi..mana nak cari fulus? baru-baru ni sampai surat ptptipu..ape lagi mintak bayaran balik la..ni belum koje lagi da dapat surat bayaran balik mau bulan bayar cam bayar sebiji kereta..o terpaksalah batalkan niat nak sambung study.hopefully da dapat keje..leh kumpul skit-skit nak sambung lagi..

tawaran sambung study  tahun lepas..study pun tak abis lagi da dapat tawaran sambung lagi..huhuhu..

Monday, October 8, 2012

ke perlis

assalamualaikum semua..actually da lama kami sekeluarga ke perlis tapi disebabkan penyakit M (malas) so entry ni tak tercetak-cetak lagi..cewah! kami mendapat undangan walimatulurus dari pakcik ishak sekeluarga, dimana satu-satunya anak perempuannya akan mendirikan rumah tangga iaitu nurul izzah.teringat zaman kanak-kanak. nurul izzah dan adik beradiknya merupakan teman sepermainan kami ketika zaman sekolah rendah seri iskandar dan sekolah agama rakyat felcra nasaruddin, bota.tak sangka awal dia menamat zaman bujang bersama pilihan hatinya irfan rose. yang pasti keduanya sama cantik dan sama padan. Semoga kalian berbahagia di dunia dan diakhirat dan seterusnya ke syurga. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

nurul izzah!!awak sangat cantik..

my dad dengan kawan kamcingnya pakcik ishak

my family..ayah da ke mana pegi..tinggal kami je.

 pakcik ishak family's..
 la kat sini rupanya ayah..da jumpa kawan da tak ingat kami da..huhuhu

 yang ni kanak-kanak riang dalam kete.(kanak-kanak ke?sorang je kot kanak-kanak)
tak abis bergambo lagi..dalam kete pun jadi..huhuhu

teaser konvo lagi...

my dress in progress...

yang ni dress tuk adik semperna my konvo nanti baru 80% siap.tengok la muka model masyam je..ni kes paksa rela bergambar..huhuhu (dress n tudung made by me)

bila mak ajak teman shopping

mak: kaklong..jom gi pekan teman mak gi beli barang.
kaklong:mak nak beli ape?
mak: ni ha nak beli odorono..
kaklong: odorono??
mak: ala pewangi ketiak tu..
kaklong:hahahahahahaha ape ke pelik je bunyinya mak..deodorant la mak.
mak:ha yang tu la mak nak cakap.
kaklong:hahaha ok..ok..jom kita beli odorono mak tu ye..hahahaha
mak:ish kamu ni tak abis gelak lagi ke..
kaklong:hahahaha

rupanya odorono tu jenama deodorant pada zaman mak sampai sekarang lekat nama odorono.macam pendrive la pendrive jenama pada thumbdrive. apepun memang lawak je bila mak cakap odorono..rasa mau gelak lagi..hihihihihi

Saturday, October 6, 2012

my experience as teacher

alhamdulillah masih di beri peluang untuk menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. walaupun masih tidak diberi rezeki oleh Allah dalam pekerjaan namun ada rezeki berkerja part time not full time. tapi alhamdulillah dengan sedikit pengalaman part time sangat berguna untuk diriku pada masa akan datang.melihat telatah anak-anak murid sedikit sebanyak membuatkan hati menguntum riang. saat mereka memangil cikgu rasa diri begitu berharga dan bermanfaat kepada semua walaupun tidaklah seberapa ilmu yang di curahkan tetapi bagiku sungguh besar penghargaan yang mereka berikan.pabila mereka bertemuku diluar mereka menjerit memanggil "cikgu..cikgu' dan kemudian memberi senyuman ikhlas dan melambai-lambai kepadaku. hakikatnya saya bukanlah guru yang bertauliah. tapi mereka telah mentauliahkan diriku sebagai guru kepada mereka.terima kasih anak-anak muridku..ni la dia anak murid saya..cute kan mereka..cikgu sayang korang sume..cikgu doakan semoga kalian menjadi anak ang soleh dan solehah dan berjaya di dunia da akhirat.

ni cikgu dapat tangkap men lappy kertas..kreatif jugak diorang ni rupanya..huhuhu
murid 5 tahun cikgu ade la 6 kerat..

murid 6 tahun cikgu ada 8orang sumenya..amboi yang tengah bukan main lagi posing...yang pakai jam pink tu dari 4tahun lagi cikgu ajar dia sekarang da pun 6tahun..alhamdulillah makin cerdik sekarang..

rest time..sume nak main kat pondok rehat ni..yang rongak-rongak atap and tebing-tebing tu sume keje kamu sume abis jahanam pondok ni..huhuhu

yang ni pulak main keretapi panjangdak pompuan punya idea.dak laki pun mau join same..huhuhu..gasak la pepun janji leh buat mainan..tapi hati-hati tau bahaya ni takut jatuh..kalau awak-awak superman tak pe la leh terbang..

ni boy the geng tengah mamam bihun tomyam.

yang ni lak geng girl..ade lak sekor kumbang terlepas makan kat geng dak girl..aduhai si hadi..pening cikgu ngan ragam dia ni...

eh! bukan sorang la rupanya 2orang..baihaqi pun mau join jugak dak 4 tahun yang selalu hilang time kelas.selalu menyelinap masuk kelas 5 dan 6 tahun.sekali pusing ada sekali pusing da hilang..hahaha

Friday, October 5, 2012

teaser konvo..

pejam celik pejam celik tingal lagi 2 minggu nak konvo. excited sangat nak konvo kali ke tiga ni. pelbagai halangan akhirnya dapat ditempuhi juga. walaupun mulanya nyaris-nyaris tak dapat konvo sebab tesis problem di sebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkkan walaupun tak nak pun terjadi. tapi alhamdulillah dengan izinNya dapt jugak konvo pada tahun ni. so sementara tunggu 2minggu lagi ni macam-macam idea la timbul semperna konvo tahun ni.. so layan je la gmbar di bawah ye..

picture  konvo tahun lepas insyallah jika di izinkanNya nak konvo lagi sekali.

bunga tangan for my craft please visit http://zaifashaonline.blogspot.com 



my first 'tudung awning"

alhamdulillah dengan percubaan pertama terhasil jugak tudung awning adik ni.mula-mula nak buat alahai takut la pulak kang beli kain sia-sia je if tak jadi tudung kan.so tawakal dan baca selawat banyak-banyak semasa mengerjakan kain tuk buat tudung tu.tak de dasar or belajar pun.ni kes try and error je.if error kena wat penambahbaikan supaya akan datang menjadi lebih baik.macam kehidupan kita juga.kalau kita buat silap sekarang perlu buat muhasabah diri dan perubahan kearah kebaikan supaya akan datang lebih baik dari hari ini.apa-apa perbuatan yang kita buat kaitkan dengan kehidupan kita supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan lancar dan insyallah akan di permudahkan oleh Allah.opps!! sorry cam segmen ceramah lak kat sini.ok berbalik pada topik tadi sal tudung awning.tiap kali wat try and error pada kain of course adik la akan jadi model tak bertauliah dan tentunya untuk dia untuk dia (macam lagu najwa latif tu..hihihi).ok ni la hasil pecutan kemarin terhasilah tudung awning adik yang pertama.tada!!

jadi la jugak tapi perlu buat post moterm dulu sebelum buat yang baru. walaubagaimanapun alhamdulillah jadi.adik pun da pakai banyak kali ke tuisyen.kira dia suka la kan kalau tak suka of corse la dia simpan dalam almari.hihihi

minum petang

alahai entry sal minum petang tapi malas betul nak ke dapur siapkan menu petang ni.baru je siapkan baju mak semperna konvo bulan ni.bila da dapat mesin jait abis sume mood memasak ke laut la jawabnya.teringin lak nak wat roti pintal sosej. da lama tak buat..tada!! da siap roti sosej..

hahaha jangan tertipu ye..ni roti sosej pintal tahun lepas punya..tahun ni belum buat lagi

antara faktor malas nak buat adalah..oven manual zaman tok kadok mak punya.hai bila la nak ade oven baru ni..tapi walaubagaimanapun oven ni telah pun berjasa kepada hamba..akhirnya dapat jugak teman menyiapkan roti sosej walaupun dalam serba kekurangan.