Blogger Templates

Saturday, September 24, 2011

NEW FACULTY IN UTHM

Masjid baru UTHM
side tepi FKASS
Fakulti kejuruteraan awam dan alam sekitar (FKAAS)
~dapat snap side blh kiri je because tak tahu jalan masuk side depan..hiihi actually FKAAS bangunan paling besar dari lain-lain fakulti.tak muat kamera nak tangkap sume.huhuhu~

Fakulti sains komputer dan teknologi maklumat (FSKMT)
Fakulti pendidikan teknik dan vokasional (FTEK)


Friday, September 23, 2011

CITA-CITA

bila bercerita menegenai cita-cita pastinya terkenang zaman kanak-kanak dahulu..

didalam bilik darjah tahun 3

Cikgu:sila senaraikan tiga cita-cita kamu kemudian beritahu pada saya untuk direkodkan.
murid-murid:baik cikgu
saya:alamak ape nk tulis ni??cita-cita tu ape ye? tanyaku kepada kawan sebelahku
kawan:ala tulis je beso nanti nak jadi ape.
saya:nengok skit ape kamu tulis.
kawan:mana boleh tak aci la men tiru-tiru
saya:ala nak tengok pun tak boleh (ape pun tak boleh..hurm)

masa itu sukar untuk memahami apa itu cita-cita dan masa depan.yang sebetulnya saya tidak tahu target dan matlamat untuk masa depan saya.setelah semua rakan-rakan mengahantar cebisan kecil cita-cita mereka saya orang terakhir menghantar pada guru kelas.da ini coretan pada kertas itu.
pensyarah
pensyarah
pensyarah

cikgu:ain!!nape tulis satu cita-cita je?
saya:mana ade la cikgu kan saya tulis tu tiga bukan satu
cikgu:adeh!!!poning den ngan budak lebih pandai dari cikgu ni patut la cita-cita jadi pensyarah.

dan sekarang saya cuba untuk mencapai cita-citaku.jika Dia izinkan semoga ianya berhasil walaupun bidang yang saya ceburi adalah bidang kejuruteraan yang membolehkan saya menjadi seorang jurutera.namun minat dan cita-cita mengatasi segalanya.dan seperkara lagi sekarang saya mempunyai impian ialah ingin menjadi designer pakaian dan design crafter..erk!!boleh ke?macam lari bidang je.takpe la jadi designer pada diri sendiri pun da cukup.apa boleh buat da hobi suka menjahit dan seni so tak salahkan punya impian macam tu.mak saya selalu cakap pada saya "belajar engineering tapi nak jadi pencinta seni dan tukang jahit pulak".ape boleh buat bukan salah ibu mengandung tapi salahkan bakat dan minat tertanam dalam diri.hihihihi


Wednesday, September 21, 2011

pertemuan singkat selama 45min

baik entry kali ni mengenai kenalan secara singkat semasa menunggu ktm ke bandar tasik selatan.saya tidak menjangka bertemu seorang yang tidak dikenali menceritakan kisah hidup dan sepanjang pengajian bergelar "student"jangan salah faham ye dia adalah seorang perempuan lingkuangan pertengahan 30an.bukan seorang lelaki atupun jejaka.pertemuan yang tidak dirancang semasa masing menunggu kedatangan train yang sama ke rawang kami ke destinasi berbeza.pada awalnya saya lihat akak ni seorang yang tidak segan untuk bertanya dan memberi pendapat.melaluinya saya diberitahu yang dia merupakn pelajar sarjana dari UIA.(0h orang terpelajar).lagaknya pun nampak berkerjaya.rupanya dia seorng pelajar dan pekerja dalam masa yang sama.semangat dia bercerita kisah study dan pengalaman kerja kepada saya.saya hanya mendengar dan tidak memberi apa-apa komen sekalipun hanya sekadar tersenyum.katanya dia memilih UIA kerana bahasa perantaraan adalah bahasa inggeris berbanding universiti lain.(mungkin dia lebih selesa menggunakan bahasa antarabangsa kot).semakin rancak dia bersembang mengenai pengalaman belajar dan kerja saya mula merasakan sesuatu perasaan yang kurang enak.dia cuba untuk membandingkan universiti saya dan UIA dan membandingkan Universiti saya kerana menggunakan bahasa ibunda dan menyatakan sistem belajar di tempatnya lebaih baik.Dan apabila dia mengetahui saya juga pelajar sarjana disana dia mula psiko saya dengan menyuruh saya berhenti dan menyuruh bekerja untuk mendapatkan pengalaman kerja kerana menurutnya pelajar muda siswazah sarjana hanya keluar dengan tangan kosong dan tidak terdedah dengan perkara sebenar alam pekerjaan dan biasanya tidak mencapai program learning outcome kehendak universiti dan dia juga ade mencadangkan ke pihak atasan UIA untuk merombak sistem kemasukan sarjana ke universiti dengan mempunyai pengalaman kerja sebelum memohon(huh!!macam TNC plak jawatanya tak pun leh gak jadi PM.huhuhu) .setiap universiti mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.mana mungkin semua manusia dan sistem yang ada di malaysia sempurna, ada pro dan kontranya baru kita tahu dimana kekuatan dan kelemahan dan dari situ kita akan tau cara dan kaedah penyelesai kepada kelemahan sesuatu sistem.tapi saya punya stand yang kukuh kenapa saya berada disini dan kenapa perlu melemahkan orang lain kerana tidak mempunyai pengalaman yang banyak.menurut saya perjalanan saya masih panjang lagi jika saya nak setaraf dan berdiri sama tinggi dengan pengalaman yang dia ada mungkin tidak kerana puluhan tahun saya ketinggalan kebelakang untuk mengejar pengalaman yang dia capai sekarang.memandangkan saya masih mentah untuk mencerita dan memberi pengalaman alam pekerjaan.namun itu bukan halangan utama untuk saya terus mara kehadapan.saya juga bangga adanya orang-orang lama yang menyerikan industri hari ini,orang baru juga perlu mencontohi dan mengambil pengalaman dari orang lama.jika orang lama dan baru bergabung dan saling membantu adalah lebih baik dan kerjasama yag berterusan akan menjadikan sesebuah organisasi jauh lebih baik.hakikatnya kita saling memerlukan supaya semua akan berada dalam kedaan terkawal dan berjalan dengan lancar.saya menerima pandangan dari akak tadi tetapi cara penyampaiannya agak memandang rendah golongan muda menyambung pengajian di usia muda dan cuba beradu kekuatan dari segi pengalaman dan hujah-hujah buah fikirannya.setiap orang menpunyai alasan dan tersendiri dan punya hak untuk menentukan apa yang harus kita lakukan untuk masa depan kita.sepatutnya sebagai orang lama apa salahnya memberikan semangat dan galakkan pada yang muda untuk terus kehadapan dan saling memberi galakan antara sama lain.bukan membandingkan kepakaran,pengalaman,peringkat pengajian dan segala pangkat yang ada kerana semua itu adalah untuk dunia bukan untuk bekalan di akhirat sana nanti.sebaliknya amalan apakah yang kmu bawa untuk akhirat nanti.setiap orang mempunyai rezeki yang ditetapkan oleh Allah mengapa harus takut dengan rezeki dan mempetikaikan rezeki yang Dia akan bagi kepada kita.sebaliknya yakinlah bahawa Allah sentiasa akan memberi rezeki jika kita sentiasa memberi seberapa banyak yang mampu kerana memberi itu lebih baik dari menerima.Apabila kita memberi percayalah kita akan mendapatkan lebih dari pada pemberian yang kita berikan tanpa kita jangka oleh Allah rezeki bukan sekadar harta yang boleh dilihat tetapi rezeki yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti tetapi dipermudahkan Allah segala urusan dan nasihat yang berguna juga rezeki daripada Allah.maka jadilah seorang yang sentiasa menghulurkan tangan untuk memberi dari menghulurkan tangan hanya sekadar menerima. saya cuba untuk meberikan pendapat saya ini kepadanya namun saya tidak langsung diberi kesempatan untuk membalas hujahnya.hanya mampu saya lakukan dengan mendengar hujah-hujah dan mengangguk sahaja walaupun saya betul-betul tidak bersetuju dengan pandangannya.jika saya menidakkan hujahnya mugkin saya akan berasa malu sepanjang train kerana tersangatlah kuat hujahnya jika saya cuba untuk menidakkan hujahnya sehinggakan semua orang melihat kepada akak itu.(beremosi sekali ye die ni iyekan jela kalau tak tak abis-abis suh jugak kita sependapat dengan pandangan die..huh!!tension betul.bila aku nak cakap ni die je cakap..ok la aku bagi peluang cakap la..orang dalam train sume leh jadi pengadil nak duk belakang de ke duk nelakang aku..hihihihi).

Monday, September 19, 2011

SELAMAT HARI RAYA



dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua yang mengenali saya.semoga hari indah disertai dengan kebahagiaan dan keberkatan dariNya.walaupun hari raya aidilfitri semakin lama meninggalkan kita masih sempat lagi buat saya untuk mnyampaikan ucapan pada kalian semua kan.raya kali ni agak meriah memandangkan ini hari raya pertama setelah saya sembuh sepenuhnya.alhamdulillah...ianya dapat dirasai oleh saya.tapi yang sedihnya potret bersama keluarga tidak dapat dirakamkan memandangkan masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.kami sudah bersiap sedia ayah pulak tak balik-balik menziarahi pusara ayah bondanya.mungkin tiada rezeki kami.kamera je dibawa gambar boleh kira berapa keping.bila buka camera ade jugak makhluk Allah mengabdikan potret mereka di dalamnya..lihat saya la gambar yang saya uploadkan ni.gadis-gadis pingitan dihari raya merangkap sepupu-sepupu saya.makin comel mereka sekarang kalah kak long die...huhuhuhuhuhu

Saturday, September 17, 2011

REUNION SEKOLAH RENDAH



pada raya ke tiga kelas saya mengadakan reunion pada pelajar sekolah kebangsaan sultan Abdul aziz ketior.sekolah saya merupakan sekolah veteran juga la sebab zaman ayah saya lagi sudah bertapak nan megahnya sekolah itu.banyak pelajar sudah menjadi manusia dan insan berguna pada masa kini.buktinya ayah,makcik-makcik dan pakcik-pakcik saya juga bersekolah di sekolah yang sama berjaya bergelar guru dan menjadi pendidik pada anak bangsa.walaupun sekolah kami sekolah luar bandar tapi ianya bukan penghalang buat kami sebagai pelajar untuk berjaya dan terus maju ke hadapan.siapa sangka hanya 3tahun (tahun1 hingga tahun 3)disana ada juga rakan-rakan masih ingat kewujudan saya bersama mereka.terimakasih kawan-kawan...setelah 16tahun tidak berjumpa kami bersua semula pada hari tersebut.saya hampir terlupa wajah-wajah mereka sehinggakan saya cuba mengimbau kembali kenangan sewaktu kecil bilik darjah.sedang saya mengingati wajah-wajah mereka kekadang membuatkan hati bergelak sendiri mengigatkan kenangan dulu.berbeza sungguh zaman dahulu dibandingkan dengan zaman sekarang.kebanyakkan dari kelas kami sudah pun mendirikan rumah tangga dan ada juga dalam perjalanan ke arah itu.ada juga mengendong anak-anak kecil dan tunang masing-masing.tahniah diucapkan kepada sahabat saya shida yang bertungkus lumus mengumpulkan kesemua rakan-rakan darjah untuk hadir ke majlis reunion ini.bukan mudah untuk mengatur majlis begini memandangkan kebanyakkan mereka masing-masing mempunyai komitmen tersendiri.walaubagaimanapun saya sangat gembira dapat menghadirkan diri dan berjumpa rakan-rakan bilik darjah dan rakan sepermainan saya dahulu.banyak suka duka bersama mereka.diharapkan semoga kita akan bersua kembali pada reunion akan datang dan semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat dibawah pelindungan dan keberkatan dariNya.

Thursday, September 15, 2011

NEW ENVIRONMENT part 1..

New environment??betul ke ni?hehehe tu la persoalannya.macam tak percaya je.yela pejam celik pejam celik je da bulan 9 then bln 10 yahoo!! My convocation!!!lama sudah menunggu hari bersejarah itu.siapa sangka sepatutnya my convocation oktober tahun lepas tapi perancangan Dia lebih dari segalanya.namun semuanya ada hikmahnya yang tidak tercapai dek akal untuk memikirkannya..ewah cam lagu elyana pulak.lum konvo lagi aku da menyambung pengajian lagi. Actually tak pernah terfikir pun nak sambung lagi tapi ada juga hasrat dan impian nak menyambung pengajian lagi. Nak buat macamna rezeki study sampai dulu dari rezeki kerja.grab je la manamana rezeki yang Allah nak bagi.And the important thing is grab sahaja peluang yang ada.alamak da lari tajuk da ni..berbalik pada new environment.pada 6hb 9 2011 saya dan family berangkat ke bangi untuk mendaftar my second brother also ikut la coz lepas saya daftar keesokan harinya dia pulak nak mendaftar kat UTHM.lawak je akak kuar adik pulak sambung.barang-barang kami dalam kereta penuh la sampai xde ruang langsung.kalau boleh satu rumah kami nak angkut dengan rumah-rumah sekali tapi tak payah susah-susah balik kampung.tapi apakan daya impossible la kan.bermula la pada hari pendaftaran..ramai gak orang yang mendaftar pelbagai bangsa agama dan Negara mendaftar rasa cam bukan kat Malaysia pulak.(Poyo je bajet nak study kat luar Negara.eh xpela!! kalau ada rezeki Alahmdulillah.:-P).tempat pertama jejak kaki mestilah pintu masuk UKM then baru la ke pusat pengajian siswazah. First of all kena ke pejabat bendahari tuk bayaran yuran.mak ai!! Beratur bukan main lagi panjang.Pelbagai orang kat sana masa saya daftar ramai jugak student oversea. Mula-mula salah la pulak gi beratur kat main pejabat kaunter.rupanya da kaunter khas untuk postgraduate student.then baru la beratur pada track yang betul(bak kata jimmy hihihi).semasa beratur untuk penbayaran yuran saya beratur di belakang 2sekawan yang juga ingin mendaftar umur dalam lingkungan 30an.penat jugak menunggu giliran then ape lagi menjamu mata la dengan ape yang ade kat depan mata ye dok?hihihi..maka saya pun terpandang la surat tawaran dua sekawan ni sedang mereka leka berbual panjang (aku usha pun diarong tak perasan). Sekali tengok surat tawaran dua sekawan ni tuk menyambung pengajian ke peringkat PHD dalam jurusan seni bina.WOW!! PHD?..dalam hati nak je cakap kat diaorang eh kita tukar surat tawaran nak?hihihi..macam boleh je.ok sampai di sini sahaja lah nanti akan disambung pada entry yang lain ye kang tulis pepanjang macam la korang nak baca.kita stop kat sini dulu ye.bubye..

so many work to do..

Assalamualaikum semua.kebelakangan ini banyak urusan yang perlu diselesaikan maka dengan itu jugalah blog saya menyepi seketika bermula dari bulan puasa sampai ke hari raya. Urusan yang saya maksudkan ialah persiapan saya untuk menyambung pengajian pada bulan 9 ini. Jadi pelbagai perkara yang harus di laksanakan terlebih dahulu.actually saya perlu ururskan 2 persiapan sekaligus untuk my second brother and of course la diri sendirikan.selepas praktikal di JAS Ipoh hanya sebulan je tinggal untuk persiapan tambah pulak sibuk nak berpuasa dan nak beraya ni. Time tu pulak la sibuk nak siapkan baju tempahan.jangan terkejut raya pertama saya masih setia dengan mesin jahit dan time tu jugak la mesin jahit buat hal.argh!! geram betul la plan leh siapkan ikut timing dan taknak la time raya masih kelam kabut jahit baju lagi.Lastly apa yang dirancang sume tak menjadi. Apepun bukan kuasa kita untuk menahan perancangan Allah lebih rapi dari perancangan kita.terima jela dengan hati terbuka. Hurm..bila la mesin tu akan baik dalam kedaan sediakala.tapi kalau ikitkan mesin tu da tua sangat da.tapi banyak sumbangan beliau sejak dari saya lepas SPM sampai sekarang hadiah dari mak dan ayah semperna baru pandai menjahit dulu.oleh kerana itu la blog saya menyepi seribu bahasa.