Blogger Templates

Wednesday, September 21, 2011

pertemuan singkat selama 45min

baik entry kali ni mengenai kenalan secara singkat semasa menunggu ktm ke bandar tasik selatan.saya tidak menjangka bertemu seorang yang tidak dikenali menceritakan kisah hidup dan sepanjang pengajian bergelar "student"jangan salah faham ye dia adalah seorang perempuan lingkuangan pertengahan 30an.bukan seorang lelaki atupun jejaka.pertemuan yang tidak dirancang semasa masing menunggu kedatangan train yang sama ke rawang kami ke destinasi berbeza.pada awalnya saya lihat akak ni seorang yang tidak segan untuk bertanya dan memberi pendapat.melaluinya saya diberitahu yang dia merupakn pelajar sarjana dari UIA.(0h orang terpelajar).lagaknya pun nampak berkerjaya.rupanya dia seorng pelajar dan pekerja dalam masa yang sama.semangat dia bercerita kisah study dan pengalaman kerja kepada saya.saya hanya mendengar dan tidak memberi apa-apa komen sekalipun hanya sekadar tersenyum.katanya dia memilih UIA kerana bahasa perantaraan adalah bahasa inggeris berbanding universiti lain.(mungkin dia lebih selesa menggunakan bahasa antarabangsa kot).semakin rancak dia bersembang mengenai pengalaman belajar dan kerja saya mula merasakan sesuatu perasaan yang kurang enak.dia cuba untuk membandingkan universiti saya dan UIA dan membandingkan Universiti saya kerana menggunakan bahasa ibunda dan menyatakan sistem belajar di tempatnya lebaih baik.Dan apabila dia mengetahui saya juga pelajar sarjana disana dia mula psiko saya dengan menyuruh saya berhenti dan menyuruh bekerja untuk mendapatkan pengalaman kerja kerana menurutnya pelajar muda siswazah sarjana hanya keluar dengan tangan kosong dan tidak terdedah dengan perkara sebenar alam pekerjaan dan biasanya tidak mencapai program learning outcome kehendak universiti dan dia juga ade mencadangkan ke pihak atasan UIA untuk merombak sistem kemasukan sarjana ke universiti dengan mempunyai pengalaman kerja sebelum memohon(huh!!macam TNC plak jawatanya tak pun leh gak jadi PM.huhuhu) .setiap universiti mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.mana mungkin semua manusia dan sistem yang ada di malaysia sempurna, ada pro dan kontranya baru kita tahu dimana kekuatan dan kelemahan dan dari situ kita akan tau cara dan kaedah penyelesai kepada kelemahan sesuatu sistem.tapi saya punya stand yang kukuh kenapa saya berada disini dan kenapa perlu melemahkan orang lain kerana tidak mempunyai pengalaman yang banyak.menurut saya perjalanan saya masih panjang lagi jika saya nak setaraf dan berdiri sama tinggi dengan pengalaman yang dia ada mungkin tidak kerana puluhan tahun saya ketinggalan kebelakang untuk mengejar pengalaman yang dia capai sekarang.memandangkan saya masih mentah untuk mencerita dan memberi pengalaman alam pekerjaan.namun itu bukan halangan utama untuk saya terus mara kehadapan.saya juga bangga adanya orang-orang lama yang menyerikan industri hari ini,orang baru juga perlu mencontohi dan mengambil pengalaman dari orang lama.jika orang lama dan baru bergabung dan saling membantu adalah lebih baik dan kerjasama yag berterusan akan menjadikan sesebuah organisasi jauh lebih baik.hakikatnya kita saling memerlukan supaya semua akan berada dalam kedaan terkawal dan berjalan dengan lancar.saya menerima pandangan dari akak tadi tetapi cara penyampaiannya agak memandang rendah golongan muda menyambung pengajian di usia muda dan cuba beradu kekuatan dari segi pengalaman dan hujah-hujah buah fikirannya.setiap orang menpunyai alasan dan tersendiri dan punya hak untuk menentukan apa yang harus kita lakukan untuk masa depan kita.sepatutnya sebagai orang lama apa salahnya memberikan semangat dan galakkan pada yang muda untuk terus kehadapan dan saling memberi galakan antara sama lain.bukan membandingkan kepakaran,pengalaman,peringkat pengajian dan segala pangkat yang ada kerana semua itu adalah untuk dunia bukan untuk bekalan di akhirat sana nanti.sebaliknya amalan apakah yang kmu bawa untuk akhirat nanti.setiap orang mempunyai rezeki yang ditetapkan oleh Allah mengapa harus takut dengan rezeki dan mempetikaikan rezeki yang Dia akan bagi kepada kita.sebaliknya yakinlah bahawa Allah sentiasa akan memberi rezeki jika kita sentiasa memberi seberapa banyak yang mampu kerana memberi itu lebih baik dari menerima.Apabila kita memberi percayalah kita akan mendapatkan lebih dari pada pemberian yang kita berikan tanpa kita jangka oleh Allah rezeki bukan sekadar harta yang boleh dilihat tetapi rezeki yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti tetapi dipermudahkan Allah segala urusan dan nasihat yang berguna juga rezeki daripada Allah.maka jadilah seorang yang sentiasa menghulurkan tangan untuk memberi dari menghulurkan tangan hanya sekadar menerima. saya cuba untuk meberikan pendapat saya ini kepadanya namun saya tidak langsung diberi kesempatan untuk membalas hujahnya.hanya mampu saya lakukan dengan mendengar hujah-hujah dan mengangguk sahaja walaupun saya betul-betul tidak bersetuju dengan pandangannya.jika saya menidakkan hujahnya mugkin saya akan berasa malu sepanjang train kerana tersangatlah kuat hujahnya jika saya cuba untuk menidakkan hujahnya sehinggakan semua orang melihat kepada akak itu.(beremosi sekali ye die ni iyekan jela kalau tak tak abis-abis suh jugak kita sependapat dengan pandangan die..huh!!tension betul.bila aku nak cakap ni die je cakap..ok la aku bagi peluang cakap la..orang dalam train sume leh jadi pengadil nak duk belakang de ke duk nelakang aku..hihihihi).

No comments:

Post a Comment