Blogger Templates

Tuesday, September 27, 2011

sudi-sudikan luangkan masa

NurHannah Bte Mohamed Helmi

saya menjumpai post dari fb berkisarkan cerita seorang ibu yang di uji oleh Allah mengenai penyakit anaknya sedari dilahirkan lagi.maka saya harap anda sekalian dapat meluangkan masa untuk membaca sedikit luahan ikhlas dari hati ibu ini supaya kita semua dapat membantu mendokan anaknya hana sembuh seperti kanak-kanak yang sihat yang lain.semoga ibu ini sentiasa tabah mengahungi ujian dan musibah yang Allah turunkan kepasanya.dan semoga anak ini dapat bertahan dan boleh menikmati kebahagian seperti kanak-kanak lain.semoga dengan doa kita semua hana diselamatkan dari segala penyakit yang dihadapinya sekarang.ikuti luahan ibu hana.
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Monday, September 26, 2011

jahit menjahit

raya kalini tak dapat pun bergambar bersama keluarga.jika ada inter-frame tu pun nasib-nasib je la.cakap sal jahit menjahit ni.makcik kecik saya telah membuat entry khas tuk saya.adohai malu je.raye pertama masih menjahit lagi.dia pulak leh snap senyap-senyap picture semasa saya tengah sibuk menjahit.macamana leh tak nampak die snap picture??ni sume gara-gara mesin jahit saya rosak last minit.ada dua baju tak siap-siap lagi.mak eden punye baju tak siap-siap lagi.sebenarnye da siap da.tapi memandangkan jahitan tak kemas disebabkan mesin buat hal.tetas la balik.tak best lak baju tak kemas jahit ni kan.baju kita pun kite nak jahit kemas tak kan baju orang kita tak nak kemaskan.ni die entry khas makcik kecik saya tu.


gambar yang di snap oleh makcik kecik saya bersama dengan keluarganya(berbaju merah semua).baju selain baju merah tu keluarga saya(depan sekali berbaju biru adik bongsu dan disebelah saya maksu saya).baju saya berwarna merah juga da macam geng keluarga belah makcik kecik pulak ye.tapi sebenarnya lebih kurang la kan kadang-kadang da jadi keluarga makcik kecik sobirin jugak.hihihi(baju adik dan saya dijahit sendiri oleh saya.tiap-tiap tahun baju keluarga yang perempuan dijahit oleh saya.

keluarga Mohd khalil:anak-anak dan cucu atok saya.amboi dibah kasut pun pakai dalam umah.jangan bawa tido sudah la.tak pe faham kasut baru sayang nak pakai raye kan.hihihi

ni potret terakhir keluarga tahun 2004.dan ni jugak la first time saya jahit baju raya 1 family.sedondon je semua.senang nak kenal kami ni anak sape.:-).hope jika ada kesempatan saya nak jahit baju 1family lagi.insyallah.

ni pulak kawan saya banun,ceria dan cantik dengan baju hijaunya dipagi raya.dijahit oleh saya juga.thank banun nanti tempah lagi ye tahun depan.

SIAPAKAH GERANGAN LELAKI ITU??


terlebih dahulu saya ucapkan assalamualaikum kepada semua.kejadian ini berlaku pada subuh pagi tadi dimana selepas azan subuh berkumandang.kemudian saya terdengar suara lelaki seperti ustaz mengejutkan saya untuk menunaikan solat subuh,ianya betul-betul disebelah telinga kiri saya.ustaz itu menyuruh saya bangun dari tidur supaya mengerjakan solat subuh.pada mulanya saya ingatkan adalah gangguan tetapi setelah saya dengar satu persatu yang beliau jelaskan maka ianya bukan gangguan tetapi seakan amanah untuk dirinya menegur dan mengejutkan saya dari terus tertidur dari mengerjakan solat.beliau berusaha sedaya upaya mengejutkan saya sehinggalah saya bangun dari tidur.dan seingat saya beliau katakan (dengan menyebut nama saya) bangun menyegerakan solat subuh.dan apabila saya berdegil untuk
bangun dia menangis dan menceritakan azab-azab meninggalkan solat subuh.dan pesanan dari beliau menyuruh saya mengamalkan surah al-fatihah setiap hari sebagai pendinding seolah-olah akan ada musibah yang akan berlaku pada saya akan datang.saya segera bangun dalam kedaan menggigil akibat terlalu terkejut dan terus berwuduk menunaikan solat subuh.dan selepas membaca al-ma'tsurat,saya termenung seketika memikirkan siapakah gerangan lelaki itu?sehingga sekarang masih bermain diminda saya.siapakah dirinya,adakah saya mengenalinya ataupun tidak?.saya menceritakan hal ini kepada ayah saya,mengikut kata ayah,mungkin lelaki itu adalah amalan kita ataupun amalan harian,bacaan yasin serta doa ayah buat saya.kata ayah,dia juga kadangkala dikejutkan untuk bangun menunaikan solat dengan menggerakkan ibu jari kaki ayah.pendapat saya,mungkin ada betulnya.kerana selama ini saya juga mengamalkan ayat-ayat lazim untuk amalan harian saya jika tidak berkesempatan membaca Al-Quran.ayat-ayat itu ialah surah Al-Fatihah,surah tiga Qul,surah A-Fil dan ayat Qursi (setiap satu ayat
dibacakan sebanyak 3kali).insyallah jika diamalkan segala urusan kita akan dipermudahkan Oleh Allah.saya sendiri merasainya setelah mengamalkan ayat-ayat ini.tentang suara yang menjadi tanda tanya itu,mungkin teguran buat saya kerana selama ini saya lalai dalam melakukan solat subuh malah bukan solat subuh sahaja tetapi solat 5waktu,sering saja terlewat.dan mungkin meyuruh saya lebih peka dan lebih mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan samada ibadah ataupun tugas sebagai pelajar dan juga dalam kerjaya.dan pesanan buat ayah untuk saya amalkanlah amalan baik yang beliau pesankan.dan tidak lupa amalkan surah yassian agar sebati didalam tubuh kita.manala tahu beliau nak bagi sesuatu pada saya sebagai pelindung diri.mudah-mudahan amalan itu juga dapat membantu orang lain juga.ayah saya juga pengamal surah yassin setiap hari lebih 3kali sehari dan selepas subuh adalah rutin hariannya membaca surah yassin sehingga ayah mengafal keseluruhan surah yassin.
buku ini saya beli di pesta konvo UKM ke 39 pagi tadi selepas membuat medical check-up.minat pulak untuk mengumpul surah yassin kecil.mudah untuk dibawa dan di amalkan selalu insyallah.

new friend

jam 2petang tadi saya bersiap-siap ke kelas.patutnya tak de kelas rini.ade pulak kelas ganti.aiseh!!malas betul la nak gi.tak pe la nak berjaya kena ada pergorbanan kan.setibanya di kelas.alamak da ade orang guna kelas.so macamana ni??sementara menunggu lecturer dan kawan-kawan yang lain,ada sorang foreigner berasal dari iraq bertanyakan kelas harini.sembang punya sembang rupanya bukan kelas dia tapi isterinya kerana isterinya sedang menunggu anak-anak dibawah.kemudian dia membawa isteri berjumpa dengan saya.namanya daniah.memandangkan english me is broken.hahaha da macam ayam ngan itik pulak bercakap.apabila lecturer dari iraq tu sampai kami pun kelam kabut mencari kelas kosong.dan saya bertanya kepada classmate saya berbangsa melayu "kelas ni kosong ke?"i'm not sure.i think class not empty.ade pulak orang nak kene jotos pale kang.elok-elok orang melayu nak cakap omputih lak.kalo ade dak foreigner tak pe la nak speaking.break time class daniah keluar mendapatkan suami dan anak-anaknya.kesian dia terpaksa bergilir-gilir menjaga anak kerana suaminya juga turut menyambung pengajian tetapi dalam bidang mechanical engineering.saya sangat memahami kedaan daniah sekeluarga kerana saya juga pernah merasainya tetapi bukan sebagai ibubapa tetapi sebagai anak.pernah dulu ketika ayah menyambung pengajian semasa kami adik-beradik masih kecil lagi.mak menjadi ibu dan ayah buat kami untuk sementara.sukarnya bila tiada ayah disisi.itu hakikat dan pengorbanan yang patut diterima setelah mempunyai komitmen dan tanggungjawab terhadap keluarga.sebab itulah saya tak mo ada komitmen sepanjang belajar kerana belum sedia mental dan fizikal lagi untuk menggalas beban itu.tapi yang telah tiba masanya insyallah Allah akan permudahkan.Anak-anak penguat semgat kepada ibu dan ayah untuk terus berjaya.dan kerana pengorbanan ibubapa mengejar ilmu juga boleh memberi semangat yang kuat untuk anak-anak terus mengapai impian meneruskan cita-citanya.nice to meet u daniah dan muhamad.semoga pengorbanan kalian untuk menuntut ilmu mendapat habuan yang setimpal nanti dan semoga segala urusan kalian dipermudahkan oleh Allah.

NOTE: peringatan buat saya jangan malas-malas nak gi kelas orang lain yang da ada family pun datang kelas awal siap bawa anak-anak lagi.kagum ngan pengorbanan daniah dan ahmad.

Sunday, September 25, 2011

hakisan tanah (erosion)

hakisan tanah?nape pulak entry kalinni sal hakisan tanah.sebab rata-rata kejadian bencana alam di malaysia berpunca dari hakisan tanah.

Hakisan ialah proses pemechan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak.

Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan ahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian.

Tanah di kawasan yang berhutan ternyata masih kekal kesuburannya disebabkan oleh kurangnya kejadian hakisan. Lindungan yang diberikan oleh daun-daun pokok dapat mengelakkan tanah daripada ditimpa terus oleh air hujan. Daun yang gugur atau tumbuhan yang mati dapay menambahkan bahan organan di dalam tanah dan memperbaiki lagi teksturnya. Tanah yang gembur dapat menyerap air dan mengurangkan larian permukaan serta hakisan.(sumber dari: http://soiltrg05.tripod.com/Hakisan_tanah.htm)

contoh hakisan tanah di kawasan perumahan berdekatan lereng-lereng bukit

ni pulak contoh hakisan tanah dijalan raya


nauzubillah..minta dijauhkan dari bencana cam dalam gambar ni

hanya orang yang pakar lebih mengetahui kenapa hakisan ini berlaku.tentunya orang yang kejuruteraan pakar dalam bidang ini.dan ada yang lebih pakar dari pakar kejuruteraan iaitu Allah.segala apa yang berlaku atas kehendak Allah.kita sebagai hamba hanya mampu merancang dan Dia sebagai Tuhan menentukan.kun fayakun...

semoga kita sentiasa dijauhkan dari sebarang bencana dan musibah..

SENAMAN UNTUK MENGHILANGKAN MENGANTUK ATAU STRES






sudut penjagaan gigi


entry kalini berkisar tentang penjagaan gigi kanak-kanak.hah!!nape kanak-kanak je orang dewasa tak perlu jaga gigi ke?.hehehe bukan la,begini pasa cuti sem sebelum praktikal bermula,saya membantu mak menghias sudut penjagaan gigi bagi tadikanya.sian mak saya dalam tempoh 2hari pihak kesihatan gigi meminta menyediakan sudut penjagaaan gigi pada semua tadika daerah Gerik dan sekaligus pihak pejabat kesihatan gigi akan mengadakan pertandingan peringkat daerah penjagaan kesihatan gigi seluruh tadika daerah Gerik.secara automatik tadika emak terlibat sekali menyertai pertandingan tersebut.dengan masa yang ada saya bertungkus lumus menyiapkan sudut penjagaan gigi mengikut kehendak pejabat kesihatan gigi.ringan sikit beban mak kerana dia punya tugas yang lain untuk diselesaikan.dan alhamudulillah sempat siap sebelum tibanya waktu penilaian dari pejabat kesihatan gigi.



under construction sudut penjagaan gigi

dan hasilnya setelah 100% siap

kasi zoom sikit

dan zoom lagi.

saya sanagt berpuas hati dapat menyiapkan dan memberi kegembiraan buat emak saya setelah sudut penjagaan gigi ini berjaya menjadi juara tadika swasta di peringkat Hulu Perak.syukur Alahmdulillah.pastinya mak tersenyum lebar kerana ini merupakan anugerah pertama buat tadika baru ini.

aktiviti mingguan


kebusanan melanda.hurm..my roommate balik kuantan minggu ini.katanya tidak pulang ke kampung khamis lalu tapi apakan daya anak-anaknya rindu untuk bertemu ibu mereka.apa boleh buat turutkan sahaja kehendak anak-anaknya. dan saya sepanjang 2hari didalam bilik banyak waktu dihabiskan untuk menulis blog secara marathon akibat tiada aktiviti lain perlu dilakukukan.hihihi.jika zaman poli dan degree dulu ada saja aktiviti bersama teman-teman bila tiba hujung minggu.tak pun masa untuk pulang kekampung.namum,ada juga kenalan dan taulan yang sudi menjeguk saya di hostel ni.4,5orang juga yang plan untuk berjumpa alih-alih hanya 3orang sahaja sempat bersua muka.sabtu lalu kunjungan dari adik angkatku hidayatu sadikin bersama tunangnya dan kami mencari tempat makan untuk satapan tengahari kami.bila ditanya di mana tempat makan paling best disini.saya pun menjawab"maaf la akak baru lagi kat sini jadi,bukan takat tak tau cari tempat makan,dalam kawasan kampus pun tak tau apatah lagi nak cari tempat makan best kat luar kampus".jadi kami pun main redah je sehinggalah jumpa kedai makan "gulai Panas".tempat cam not bad jugak makan pun sedap.harga dah tentulah sedap kot coz tunang ikin yang bayar.hehehehe.terima kasih En.J belanja kami makan.:-)sangat-sangat teruja nak berjumpa dengan adik sorang ni yela da 11tahun da tak jumpe banyak perubahan berlaku tentang diri kami dan pastinya adikku itu akan bertukar status insyallah bulan 12 ni.happy sangat berjumpa dengan ikin dan saya langsung tak kekok bersama dengan tunang ikin.banyak perkara yang kami bualkan.hope J boleh jaga ikin dengan baik nanti.harini kawan rapatku semasa poli nisa dan rakan poli merangkap roommate saya semasa di UTHM dulu hani berkunjung ke hostel saya.saya sempat jenjalan di metro kajang bersama nisa sambil mengisi perut yang bekeroncong.namun dia punya tugas jam 3(ewah cakap indon lak ko ye).saya meminta dia menghantar ke stesen KTM kajang untuk ke KL Central untuk menempah tiket pulang Jumaat ini.mungkin hikmah berjumpa nisa,KTM Kajang menjual tiket ETS ke Ipoh dari kajang jumaat ini,jadi saya beli tiket 2way siap-siap.fuh!!lega da beli tiket.harap-harap sepanjang perjalanan balik dan pulang nanti dipermudahkan olehNya.on the way nak balik hostel hani call katanya nak ke hostel saya.selesai solat zohor di bilik hani dan ash (juga merupakan rakan poli dulu) sudah pun sampai di perkarangan hostel saya.sempat berbual sebentar dan menziarahi bilik kecil ni.setelah itu hani
meminta diri unutk pulang.dua lagi kawan saya semasa sekolah menengah Rem tak dapat bertemu memandangkan dia sibuk berkerja kerana company tempat dia bekerja membuka gerai semperna pesta konvo di UKM dan Kak As, rakan semasa di UTHM juga tidak esempatan untuk berjumpa kerana sibuk bergambar bersama keluarga merakamkan hari konvokesyen abangnya.jika ada masa dan kelapangan boleh kita berjumpa insyallah
hanya ni je gambar yang dapat snap semasa keluar bersama nisa.gambar yang lain-lain tak sempat nak snap kerana just pertemuan yang singkat.apepun happy sangat kuar ngan nisa coz hilang jugak busan harini.thank nisa..
(tak sempat nak bergambar ngan ikin dan hani nanti ada masa kita jumpa lagi ye)

Saturday, September 24, 2011

last day di UTHM

selepas selesai menghantar thesis kepada supervisor dan fakulti,tiba masanya untuk meninggalkan UTHM setelah 3tahun menimba ilmu disana.dan pastinya all my hero (my brothers) menjadi orang kuat kepada ayah membantu saya untuk berpindah ke rumah sekali lagi.dan saya da terbiasa dengan kehidupan normad,sentiasa berpindah randah sejak zaman sekolah asrama lagi.dapat merasa duk umah pun sekejap saje.kadang-kadang sian jugak kat omak saya kelam kabut menyiapkan rumah sorang-sorang.yola sume hero ade sorang je munge baru nak berputik kat umah tu.kecil lagi nak diharapkan.

penuh barang-barang satu van siap leh angkut moto lagi dalam van.hihihi.yang duk celah-celah van tu adik lelaki sulung saya selaku ketua driver ke Gerik-Batu Pahat-Gerik

dibelakang kami adalah bilik saya G5A 003.baju sedondon dengan ayah.ayah saya juga menjadi tulang belakang saya dan tidak putus-putus memberi kata-kata semangat dan doa sepanjang saya berada disana.

ayah bersama adik lelaki bongsu saya.adik lelaki yang tengah sibuk mencari nafkah untuk diri sendiri..hihihihi

Present PSM

presentation PSM (Projek Sarjana Muda) telah lama pun berlalu dan saya sebentar lagi akan bergelar graduan .pelbagai kenangan manis dan suka duka sepanjang menyiapkan thesis dan presentation PSM sepanjang 4 bulan disana dan saya hanya membuat persiapan untuk menyiapkan thesis hanya 4bulan sahaja untuk keseluruhan tempoh menyiapkan PSM adalah lebih kurang 9bulan (PSM i +PSM ii ).sepanjang tempoh projek saya berkerjasama dengan myra dan shida menggunakan alat yang sama iaitu Activated Sludge Pilot Plant (ASPP) yang sangat heavy itu dan semestinya kerja pun agak heavy juga.dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sepanjang proses menyiapkan thesis dan presentation.(semiggu jugak la aku tak tido malam memikir dan memerah idea menyiapkan thesis dan persiapan presentation..huhuhuhu)

myra dan shida menjalankan tugas masing menggunakan alat ASPP kesayangan mereka.hihihihi

preparation sebelum present esok.
(preparation tuk bekalan ilmu tuk jumpa panel belum lagi..hohoho ketak lutut)


bersama last panel Prof.Abd Aziz Abd Latiff.panel yang sangat sporting siap leh bergambar ngan dia lagi.maaf Prof,mungkin tiada rezeki saya buat research bersama Prof di UTHM.(kalo ada rezeki Prof nak offer saya wat PHD,kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.:-)


dan ini surat cinta buat kalian yang telah memberi sumbangan secara langsung dan tidak lansung kepada saya sepanjang PSM dan pengajian saya.semoga kita semua sentiasa diredhai dan diberkati olehNya.(cebisan dari page thesis yang telah saya siapkan dengan sempurnanya)






kenduri kawin..

majlis nikah shima dan shazni .mereka ni classmate but not my classmate tapi satu batch di SEMETRIK dan shima officemate semasa di TNB Hidro Gerik.dan seingatku ini majlis perkahwinan terakhir yang dapat saya hadiri

kenduri nani classmate SKSI. classmate yang hadir ketika itu saya,noraimah,zaidil,padin,hisyam,sabri,shahir dan intan tak berkesempatan pun menemui Pn Nani kerana sibuk dimajlis perkahwinanya..hurm hampa juga tak dapat bertemu face to face setelah 13tahun tidak ketemu ngan pengatin baru ni.dan teringat pantun dari classmate kami padin ditujukan khas kepada nani di blognya http://padinno.com berbunyi:

anak rusa nani,
baru kembang ekor,
ape salah kami,
lalu tidak tegur.

geli hati membaca pantun dari padin dan sekarang nani telah pun selamat menjadi ibu minggu ini.

kenduri sha (classmate PUO) di bagan serai.(haish..nisa tu nape pulak duk nyorok kat langsir pelamin sha?hihihi)

kenduri kawen mas tahun 2010 bersama classmate PKA1 dan sekarang baru sahaja menimang cahaya mata.dan achik yang memakai baju biru insyallah tahun ini akan turut bersama mas.

kenduri kawen kema(rakan paling awal menamatkan zaman bujangnya) dan bersama classmate PKA1 di SMTKK

tahun ni saje beratur kawan-kawan mengakhiri zaman bujang mereka.kadang-kadang dalam sehari sampai 5 jemputan kena datang.tapi masa tak mengizinkan untuk menghadiri majlis berbahagia mereka.habia-habis pun dapat lihat picture mereka dalam FB je.tu pun nasib la diorang nak upload.kalau yang tak pernah upload.anak da berderet pun saya anggap tak kawen lagi..hihihi.harini dapat bertemu adik angkat saya hidayatu sadikin setelah 11tahun tidak berjumpa.sudah lama tidak berjumpa adikku itu.dan tak lama lagi dia juga akan mengakhiri juga zaman bujangnya.insyallah jika berkesempatan ingin juga melihat secara life hari bahagia dia dan pasangannya J.dan saya ingin berkongsi photo-photo perkahwinan kawan-kawan yang saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan mereka.maaf ye tak ada diantaranya saya tak upload dalam fb.kepada kesemua rakan-rakan yang telah mendirikan rumahtangga,baru sahaja mendirikan rumahtangga,sedang membuat persiapan perkahwinan masing-masing ataupun dalam proses menukarkan status dari sudah bertunang ke arah itu.saya ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia didunia dan akhirat dan beroleh keberkatan dan rezeki yamg melimpah ruah.amin..dan saya? jangan di tanya pada saya"bila nak kawen?","kenapa tak kawen lagi?","bila lagi?" dan apa-apa yang seangkatan dengan ayat tentang perihal kawen padaku amat sukar untuk diperjelaskan satu persatu kerana saya sendiri pun tidak tahu jodoh saya kerana itu adalah rahsia Allah.dan satu sahaja jawapan untuk menjawab kesemua soalan anda.belum tibanya masa untuk Allah pertemukan saya dengan calon suami saya dan saya sendiri pun tidak tahu siapa yang Allah pilih untuk saya.cuma satu sahaja yang saya minta doakan saya supaya bertemu jodoh dengan insan yang soleh,beriman berakhlak,berilmu,bertanggungjawab dan dapat menjadi pembimbing kepada saya dan bakal anak-anak saya untuk bekalan kami di akhirat nanti.amin....

sinar asnaf

keratan akhbar setelah selesai penyampaian hadiah kursus modular pendek jahitan sinar asnaf

Pameran hasil kerja tangan pelajar sinar asnaf Kolej Komuniti Gerik


cikgu Khadijah bersama aimuni dan yati


bergambar besama Pn Aisyah sebelum masuk dewan menerima sijil modular khursus pendek jahitan fesyen diKolej Komuniti Gerik

baju kanak-kanak mengkhatam Al-Quran dari hasil tangan kami.


saya kembali lagi menulis secara maraton hariini.saya rasakan perjalanan hariini agak lambat sedikit.jadi masa banyak terluang untuk menulis blog.sinar asnaf ditubuhkan oleh pihak baitulmal kepada gologan kurang berkemampuan.tujuan sinar asnaf ini dipekernalkan kepada masyarakat adalah untuk membantu golongan ini mengubah nasib mereka dengan mempunyai pencarian rezeki yang tetap untuk menyara keluarga mereka.pihak baitumal membekalkan ilmu dan kemahiran kepada golongan asnaf supaya mereka tidak bergantung kepada hasil zakat dari baitulmal semata-mata.sebaliknya mereka mempunyai pencarian sendiri melalui ilmu dan kemahiran yang dibekalkan kepada mereka.sinar asnaf dijalankan di kolej komuniti gerik kepada anak-anak penerima zakat dari baitulmal untuk mempelajari ilmu dan kemahiran juga ilmu perniagaan sebagai bekalan untuk mereka meneruskan kehidupan seperti mana orang lain.usaha murni baitulmal ini perlu disokongi supaya penerima zakat dapat berdikari dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan wang dari baitulmal semata-mata. saya berpeluang menyertai mereka unutk menimba ilmu di Kolej Komuniti Gerik tetapi saya terlewat selama 2bulan daripada mereka.jangan salah faham kerana saya dan keluarga bukan penerima zakat dari baitulamal.saya hanya mengisi masa lapang sementara meneruskan pengajian yang tertangguh akibat dari masalah kesihatan terdahulu.dan syukur semasa ini saya telah pun kembali sihat.peluang itu saya gunakan untuk menimba ilmu jahitan fesyen di sana bersama pelajar asnaf yang lain.namun segala elaun yang diberikan oleh pihak baitulmal dan bantuan mesin jahit,tidak saya ambil, ianya bukan hak saya.selepas penyampaian sijil dan bantuan mesin jahit,saya kembalikan mesin jahit tersebut kepada pihak baitilmal untuk diberikan kepada orang yang lebih memerlukan.bagi saya cukuplah sekadar menumpang ilmu berguna yang akan saya bawa sepanjang hidup saya.terdapat 6 orang pelajar asnaf iaitu,aimuni,farehah,kak ija,yati,elah dan ema.seronok mempelajari perkara yang kita minat kerana saya memang sukakan menjahit dan perkara yang paling sekali ialah saya sangat mencintai ilmu dan sentiasa mendahagakan ilmu.dan sepanjang pembelajaran disana saya dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.walaupun mereka kesemua berasal dari kampung tetapi mereka berusaha untuk merubah hidup mereka kepada yang lebih baik.dan sekarang mereka telah pun memiliki perniagaan dan kedai jahitan sendiri di Pengkalan Hulu sumbangan dari baitulmal Perak.alhamdulillah saya sangat berbangga dengan mereka walaupun usia mereka masih muda mereka mampu mempunyai kedai dan perniagaan sendiri dan mula berkerjaya sebagai tukang jahit.dan saya hanya mampu mengambil tempahan secara kecil-kecilan semasa cuti semester.sangat seronok mengenali mereka dan berkongsi ilmu jahitan bersama dan teringat kenangan kami bertungkus lumus menyiapkan baju kanak-kanak mengkhatam Al-Quran dan menjahit langsir pejabat pembelajaran berterusan Kolej Komuniti Gerik.semoga ianya menjadi kenangan yang indah buat kita semua.tidak lupa juga terima kasih tak terhingga buat cikgu kami cikgu khadijah yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada kami semua.


practical team

En.BJ with all practikal student JAS Perak
(Chinese girl yang berbaju pink tu ialah ee.tiada dalam gambar seeni dan hani)

dari kiri:hani,ain atas,may,tien,yana dan seeni.

dari kiri barisan atas:shamin,jirah,anis,nadia dan ain ate
dari kiri barisan bawah:saya,yana,syikin,ranita,aini.,may dan ain atas
yang duk kasta paling bawah:min

hang out at Gunung Helang with practical JAS Perak


actually da lama nak tulis entry sal practical team ni(walhal da 2bulan da abis praktikal) tapi tak berkesempatan tuk menulis.sekarang saya punya masa berlebih-lebih.tu pasal la banyak entry kuar dalam 1hari.hihihihi.jangan marah ye.hanya untuk mengisi masa lapang dibuang begitu sahaja.10 miggu di JAS Perak (Jabatan Alam Sekitar) bersama-sama pelajar praktikal yang lain ain atas,ain ate,shamin,tien,aini,nadia,anis,jirah,may,ee,yana,syikin,min,ranitha,hani dan satu-satunya kumbang seeni di bawah seliaan En Bakri bin Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai En. BJ oleh kami semua.kesemuanya adalah 17orang termasuk saya.ramai kan kami leh wat 1 kelas.so tak lama disana just 10 week only.but pelbagai kenangan disana.antara kenangan yang tak kan lupa:

tien:selalu je wat happening dalam kami sedang busan ngan cite-cite kelako die.pasti menggeletik ati sume dengar celoteh si dak tien ni.pastu die ni pandai wat kek.time ain atas dan syikin abis li die la cake maker tuk sambutan perpisahan ain atas dan syikin.

shamin:die ni lak orang kuat tien.mane saje tien gi mesti ade dak shamin ni.ibarat cam kembar lak die ngan tien.hihihi

ain atas:die ni selalu jadi informer if ape-ape berlaku kat JAS if saya tak dapat hadirkan diri di JAS atas alasan kesihatan(kadang-kadang jadi informer aku ponteng..hihihihi).and one more thing ingat kat dak ain atas ni mata die yang buntang dan besau itu.(sengaja die besaukan mata die wat-wat terkejut)

may:the Chinese gurl yang selalu jadi patner mamam time lunch.die slalu bawa bekal dan mesti tak lupa tomato puri kegemaran die.dalam team saya,saya rapat dengan may tak tau nape cam best je kawan ngan may ni coz die suka senyum dan selalu buat saya happy.

ain ate:die ni pun lebih kurang cam tien jugak memeriahkan suasana ngan loghat perak dengan trade mark "ate" tu la sebab ain ate gelaran tuk die.hihihi

aini:dak aini ni sopan dan ayu je orangnya.oghe kelantan.sangat suka tengok die ni.sejuk je mata mandang.

nadia:ni geng saya men game kat office.abis masa keje kami diperuntukkan tuk main game virtual families.dan saya adalah supplier kepada nadia.hihihi

anis:dak ni la dak paling comel skali kat JAS.suke tengok kecomelan dak ni dan dengar celoteh die.hope die tabah dan cepat sembuh dari penyakit yang dia hadapi sekarang

ee:Chinese gurl from USM.lebih kurang sama cam may smile always.but bila die da mula cakap cina ngan may.1 ape pun tak faham.huhuhu

jirah:dak jirah ni pendiam orangnya.if die da dapat port die abis la die ngan dunia die tak de orang lain.tapi dak ni baik orangnye.

yana:the only one student from UIA.teringat time yana present jumpa foreigner kat dalam lif.tak tau la pagi tu cam blur je.nak naik tingkat 7,saya dok tekan butang 4 padahal memang duk tingkat 4.then foreigner tu cakap "we in floor 4. i think u are so many work to do today".hahaha.malu beb.rupanya foriegner tu lecturer yang observed yana.

syikin:first impression tengok dak syikin ni ingat dak ipoh rupanya dak ganu.tak nampak langsung loghat die.yang selalu wat ingat kat die tentang kisah-kisah cintannya mewarnai hari-hari kami di office.best jugak then kami jadi pengkritik kepada syikin(kritikan membina tau)

ranitha:the one indian gurl kat JAS.ranita ni sangat sempoi.tak pernah takut datang lewat hari-hari ke office dan peliknya staff kami lagsung tak perasan.tapi berjaya juga dia menghabiskan praktikal kat JAS dengan jayanya.hihihi~jangan marah ya ranitha gurau je~

hani:the only one malay student practical yang bawa bekal tiap-tiap hari ke office.kadang-kadang saya temankan hani dan may makan bersama coz malas nak turun makan kat bawah.beli makanan kat cafe then makan sama-sama ngan may dan hani.

min:orang pertama yang saya kenal mula dari fist day kat JAS coz kami daftar pada hari yang sama di JAS.then kami dipecahkan kepada group masing-masing.min di bahagian inforcement dan saya di bahagian penguatkuasaan di tingkat 7.

seeni:the last practical student yang berdaftar di JAS dan satu-satunya pelajar boy kat JAS dan die juga satu-satunya student yang paling lama berkhidmat di JAS.maka dengan ini keseluruhan anugerah diberikan kepada ---->seeni coz die akan mendapat habuan claim praktikal paling tinggi jumlahnya berbanding kami semua atas khidmat baktinya di JAS selama 6 bulan di sana.~jangan marah ye seeni..banyakkan bersabo.kerana habuan orang yang sabo banyak habuannya..tengok..kerana kesabaran seeni hadiahnya claim palaing banyak dari kami sume.harap anda suka ye seeni..1 lagi seeni walaupun berbangsa india tetapi dia fasih berbahasa cina dan melayu.1 malaysia la katakan.

i really happy to know u all.so many thing to memories.hope kita semua berjaya dalam bidang masing-masing..and wish u all the best and wonderful in life.


class time..

first class : environmental management .
second class:air pollution
third class:combustion and energy recovery

first class is ok.

second class is difficult..wawawa!chemical engineering not may background study.my lecturer say microwave and singlet (term in chemical).hah!!microwave??oo i think microwave in the kitchen.singlet?i think..type of dress.. and reaction of chemical is

microwave + singlet =burnt..hohohohoho ;-)

third class same like second class but another field.hurm also not my background study.oho!! mechanical engineering

i hope my forth class in my background study..hurm..maybe..


selamat tinggal ayam..



ayam-ayam diatas telah pun selamat dikorban sebelum raya aidilfiti dan semasa aidilfitri untuk dijadikan juadah aidilfitri dan kenduri doa selamat.sedih jugak tengok ayam kampung dan ayam gajah ni dikorbankan.rindu pulak nak panggil "ayam..meh makan.ade makanan ni,makan banyak-banyak ye leh cepat beso".kesemuanya ada 5ekor keseluruhannya.(2 ayam gajah dan 3ayam gajah).setelah dua bulan lebih dijaga dari usia anak ayam lagi dan terpaksa jugak la pasangkan lampu mentol dalam reban ayam tuk panaskan anak ayam tersebut kerana masih kecil dan tiada ibu untuk menjaganya.Dan ini adalah penternak ayam berjaya menternak ke lima-lima ekor ayam,siap buatkan reban tuk ayam-ayam itu.