Blogger Templates

Saturday, September 24, 2011

sinar asnaf

keratan akhbar setelah selesai penyampaian hadiah kursus modular pendek jahitan sinar asnaf

Pameran hasil kerja tangan pelajar sinar asnaf Kolej Komuniti Gerik


cikgu Khadijah bersama aimuni dan yati


bergambar besama Pn Aisyah sebelum masuk dewan menerima sijil modular khursus pendek jahitan fesyen diKolej Komuniti Gerik

baju kanak-kanak mengkhatam Al-Quran dari hasil tangan kami.


saya kembali lagi menulis secara maraton hariini.saya rasakan perjalanan hariini agak lambat sedikit.jadi masa banyak terluang untuk menulis blog.sinar asnaf ditubuhkan oleh pihak baitulmal kepada gologan kurang berkemampuan.tujuan sinar asnaf ini dipekernalkan kepada masyarakat adalah untuk membantu golongan ini mengubah nasib mereka dengan mempunyai pencarian rezeki yang tetap untuk menyara keluarga mereka.pihak baitumal membekalkan ilmu dan kemahiran kepada golongan asnaf supaya mereka tidak bergantung kepada hasil zakat dari baitulmal semata-mata.sebaliknya mereka mempunyai pencarian sendiri melalui ilmu dan kemahiran yang dibekalkan kepada mereka.sinar asnaf dijalankan di kolej komuniti gerik kepada anak-anak penerima zakat dari baitulmal untuk mempelajari ilmu dan kemahiran juga ilmu perniagaan sebagai bekalan untuk mereka meneruskan kehidupan seperti mana orang lain.usaha murni baitulmal ini perlu disokongi supaya penerima zakat dapat berdikari dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan wang dari baitulmal semata-mata. saya berpeluang menyertai mereka unutk menimba ilmu di Kolej Komuniti Gerik tetapi saya terlewat selama 2bulan daripada mereka.jangan salah faham kerana saya dan keluarga bukan penerima zakat dari baitulamal.saya hanya mengisi masa lapang sementara meneruskan pengajian yang tertangguh akibat dari masalah kesihatan terdahulu.dan syukur semasa ini saya telah pun kembali sihat.peluang itu saya gunakan untuk menimba ilmu jahitan fesyen di sana bersama pelajar asnaf yang lain.namun segala elaun yang diberikan oleh pihak baitulmal dan bantuan mesin jahit,tidak saya ambil, ianya bukan hak saya.selepas penyampaian sijil dan bantuan mesin jahit,saya kembalikan mesin jahit tersebut kepada pihak baitilmal untuk diberikan kepada orang yang lebih memerlukan.bagi saya cukuplah sekadar menumpang ilmu berguna yang akan saya bawa sepanjang hidup saya.terdapat 6 orang pelajar asnaf iaitu,aimuni,farehah,kak ija,yati,elah dan ema.seronok mempelajari perkara yang kita minat kerana saya memang sukakan menjahit dan perkara yang paling sekali ialah saya sangat mencintai ilmu dan sentiasa mendahagakan ilmu.dan sepanjang pembelajaran disana saya dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.walaupun mereka kesemua berasal dari kampung tetapi mereka berusaha untuk merubah hidup mereka kepada yang lebih baik.dan sekarang mereka telah pun memiliki perniagaan dan kedai jahitan sendiri di Pengkalan Hulu sumbangan dari baitulmal Perak.alhamdulillah saya sangat berbangga dengan mereka walaupun usia mereka masih muda mereka mampu mempunyai kedai dan perniagaan sendiri dan mula berkerjaya sebagai tukang jahit.dan saya hanya mampu mengambil tempahan secara kecil-kecilan semasa cuti semester.sangat seronok mengenali mereka dan berkongsi ilmu jahitan bersama dan teringat kenangan kami bertungkus lumus menyiapkan baju kanak-kanak mengkhatam Al-Quran dan menjahit langsir pejabat pembelajaran berterusan Kolej Komuniti Gerik.semoga ianya menjadi kenangan yang indah buat kita semua.tidak lupa juga terima kasih tak terhingga buat cikgu kami cikgu khadijah yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada kami semua.


No comments:

Post a Comment