majlis nikah shima dan shazni .mereka ni classmate but not my classmate tapi satu batch di SEMETRIK dan shima officemate semasa di TNB Hidro Gerik.dan seingatku ini majlis perkahwinan terakhir yang dapat saya hadiri
kenduri nani classmate SKSI. classmate yang hadir ketika itu saya,noraimah,zaidil,padin,hisyam,sabri,shahir dan intan tak berkesempatan pun menemui Pn Nani kerana sibuk dimajlis perkahwinanya..hurm hampa juga tak dapat bertemu face to face setelah 13tahun tidak ketemu ngan pengatin baru ni.dan teringat pantun dari classmate kami padin ditujukan khas kepada nani di blognya
http://padinno.com berbunyi:
anak rusa nani,
baru kembang ekor,
ape salah kami,
lalu tidak tegur.
geli hati membaca pantun dari padin dan sekarang nani telah pun selamat menjadi ibu minggu ini.
kenduri sha (classmate PUO) di bagan serai.(haish..nisa tu nape pulak duk nyorok kat langsir pelamin sha?hihihi)
kenduri kawen mas tahun 2010 bersama classmate PKA1 dan sekarang baru sahaja menimang cahaya mata.dan achik yang memakai baju biru insyallah tahun ini akan turut bersama mas.
kenduri kawen kema(rakan paling awal menamatkan zaman bujangnya) dan bersama classmate PKA1 di SMTKK
tahun ni saje beratur kawan-kawan mengakhiri zaman bujang mereka.kadang-kadang dalam sehari sampai 5 jemputan kena datang.tapi masa tak mengizinkan untuk menghadiri majlis berbahagia mereka.habia-habis pun dapat lihat picture mereka dalam FB je.tu pun nasib la diorang nak upload.kalau yang tak pernah upload.anak da berderet pun saya anggap tak kawen lagi..hihihi.harini dapat bertemu adik angkat saya hidayatu sadikin setelah 11tahun tidak berjumpa.sudah lama tidak berjumpa adikku itu.dan tak lama lagi dia juga akan mengakhiri juga zaman bujangnya.insyallah jika berkesempatan ingin juga melihat secara life hari bahagia dia dan pasangannya J.dan saya ingin berkongsi photo-photo perkahwinan kawan-kawan yang saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan mereka.maaf ye tak ada diantaranya saya tak upload dalam fb.kepada kesemua rakan-rakan yang telah mendirikan rumahtangga,baru sahaja mendirikan rumahtangga,sedang membuat persiapan perkahwinan masing-masing ataupun dalam proses menukarkan status dari sudah bertunang ke arah itu.saya ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia didunia dan akhirat dan beroleh keberkatan dan rezeki yamg melimpah ruah.amin..dan saya? jangan di tanya pada saya"bila nak kawen?","kenapa tak kawen lagi?","bila lagi?" dan apa-apa yang seangkatan dengan ayat tentang perihal kawen padaku amat sukar untuk diperjelaskan satu persatu kerana saya sendiri pun tidak tahu jodoh saya kerana itu adalah rahsia Allah.dan satu sahaja jawapan untuk menjawab kesemua soalan anda.belum tibanya masa untuk Allah pertemukan saya dengan calon suami saya dan saya sendiri pun tidak tahu siapa yang Allah pilih untuk saya.cuma satu sahaja yang saya minta doakan saya supaya bertemu jodoh dengan insan yang soleh,beriman berakhlak,berilmu,bertanggungjawab dan dapat menjadi pembimbing kepada saya dan bakal anak-anak saya untuk bekalan kami di akhirat nanti.amin....
No comments:
Post a Comment